Jumaat, 18 April 2014

Daftar Ahli Shaklee Sekarang

Saya Nak Jadi SID !!


Tapi.....

Macamana nak daftar ahli ?




Mula-mula anda perlukan seorang pengedar bebas Shaklee yang telah mendaftar keahliannya dengan Shaklee. Kat sini kiranya sayalah  ye... saya akan daftarkan anda, Daftar menerusi web Shaklee. Kiranya dalam setengah jam confirm akan dapat ID..In sya Allah..kalau line internet dalam keadaan cantik comey...^___^*



So, saya akan key-in informations yg macam kita dok isi borang seperti nama penuh, no.kad pengenalan, alamat. no. telefon dan sebagainya. SELEPAS pembayaran yuran pendaftaran diterima. Saya  akan selesaikan urusan ni dengan pihak Shaklee (through online jer..) Anda akan dapat nombor pengenalan (ID) ahli Shaklee sebaik sahaja telah sah didaftar sebagai Shaklee Independent Distributor! 
Tahniah...
Yeeeaaaa…!!!




Berapa Yuran Keahlian Shaklee?

Bagi tujuan pendaftaran, yuran yang ditetapkan adalah sebanyak RM65. Caj tambahan dikenakan sebanyak *RM10 untuk tujuan pengeposan Kit Keahlian ke alamat anda.

atau, anda boleh dapatkan yuran pendaftaran PERCUMA sekiranya membuat pembelian sebanyak 200 uv (bersamaan kira-kira pembelian berjumlah *RM680)

*Harga Semenanjung Malaysia



Apa faedah dan kelebihan menjadi ahli Shaklee?

JIMAT - anda akan dapat penjimatan 15 hingga 20% ke atas semua rangkaian produk Shaklee pada harga ahli

UNTUNG RUNCIT - jika anda jual pada keluarga dan kawan-kawan pada harga runcit, keuntungan runcit tu adalah milik anda!

REBAT TUNAI - bagi setiap pembelian melebihi 150uv setiap bulan, anda akan menerima bayaran bonus 5-21%

BONUS TUNAI - ada beberapa jenis bonus yang akan diterima jika anda memenuhi syarat-syarat tertentu.  Ada bonus peribadi, bonus kereta, bonus kepimpinan, insentif khas dan banyak lagi! Semuanya berbentuk TUNAI

TRIP PERCUTIAN - anda boleh menikmati layanan 5-bintang trip percutian samada ke luar negara, menunaikan umrah atau dalam negara sebagai ganjaran dari Shaklee!



Perlu ke maintain points atau buat pembelian tiap bulan?

Tidak - jika anda menjadi ahli hanya untuk kegunaan sendiri, tidak perlu buat pembelian untuk dapatkan mata (points) minimum setiap bulan. Sebaliknya jika anda memang ingin berbisnes, ada mata minimum yang perlu anda dapatkan bagi melayakkan anda mendapat kelebihan dan ganjaran tunai.


Apa kelebihan mendaftar keahlian dengan saya ??
Anda akan dapat menyertai kumpulan kami yang sangat dinamik dan proaktif - yang telah melahirkan ramai usahawan wanita muda dan berjaya dengan pendapatan 3, 4, 5 mahupun 6 angka. Lebih penting kami juga terdiri dari usahawan yang berfikiran positif, berjiwa besar dan menekankan juga kekayaan rohani..Dunia dan akhirat.

Bimbingan dan sokongan berterusan secara online dan face-to-face akan membantu anda memulakan perniagaan Shaklee langkah demi langkah, samada dari aspek teknikal, motivasi, pengetahuan dan banyak lagi... Insya Allah!





Hubungi huda untuk keterangan lanjut!
Cepat2!!
huda 0134806167
fb: Nurul Huda Sobari

Rabu, 16 April 2014

Set Darah Tinggi Shaklee

Tekanan Darah Tinggi


Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Diukur?



Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut :-120/80mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. 
Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar tekanan darah optima iaitu 130/80 mmHg.




Punca:-

Berkait rapat dengan faktor genetik, berat badan berlebihan, pemakanan yang tidak sihat dan peningkatan umur

Kategori berisiko tinggi
:-
  1. berat badan berlebihan/obesiti
  2. kurang aktiviti fizikal/bersenam
  3. menghidap kencing manis/diabetes
  4. mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan
  5. sejarah darah tinggi di kalangan keluarga 


Akibat:-

kerosakan salur darah yg mengakibatkan salur darah menjadi keras dah sempit. Dan ini meninggikan kebarangkalian pesakit untuk mengalami serangan jantung dan angin ahmar juga stroke.

Cadangan Set Darah Tinggi Shaklee:-

Berikut adalah cadangan supplemen Shaklee kepada penghidap darah tinggi dalam membantu mengurangkan, mencegah walaupun bukan dijamin 100%, juga untuk pemulihan high blood pressure/darah tinggi:-
  • Lecithin: metabolisma lemak --> mengemulsi lemak yg menjadi penyebab pembentukan kolestrol, menolong tubuh menyerap lemak tepu iaitu A,D,E dan K
  • Omega Guard: mengurangkan tahap kolestrol, melancarkan peredaran darah & menghalang pembekuan, mengurangkan risiko sakit jantung
  • Garlic: menurunkan tahap kolestrol, merendahkan tekanan & mencairkan darah, bantu kekalkan tekanan darah normal & tahap kolestrol
  • Vita-E: membekalkan selenium yang cukup kerana kekurangan selenium seringkali dikaitkan dgn penyakit jantung.
  • OsteMatrix:  kekalkan tekanan darah normal, menstabilkan denyutan jantung dan darah tinggi.
  • Alfalfa Complex: membantu sistesis lemak
  • Vitamin C : mengekalkan kolestrol sihat, mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat. 




Saranan pemakanan harian:-
- ambil makanan yang rendah lemak
- kurangkan penggunaan minyak dan santan
- kurangkan pengambilan garam dan gula
- tingkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin
- kurangkan pengambilan lemak tepu dan daging


ANTARA MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN GARAM



*Tips!
tahukah anda dgn meminum air suam yg dicampur sedikit madu di waktu pagi dapat membantu mengurangkan kolestrol, dan menormalkan aturan tekanan darah.



Ehh, kalau tak silap huda lah kan, sekali kita dah makan ubat darah tinggi, selamanya kena makan tau. So prevention is much better than cure. Tambah2 kalau keluarga kita ada sejarah darah tinggi..hmmm lagi la kena banyak beringat!


Well, macam biasa kalau nak order full set/budget set, simply call/sms huda 0134806167. Or 'visit' my fb:Nurul Huda Sobari.....^___^*

Selasa, 15 April 2014

Manfaat Garlic Shaklee

Bawang Putih @ Garlic Shaklee





Garlic Complex Shaklee dibuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California di waktu musim panas.


Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai 2 ulas bawang putih segar!




Manfaat Utama Garlic Shaklee adalah:


·1.  Antibiotik yang selamat dan semulajadi - ianya selamat untuk kegunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
·                    
2. Menghalang Alergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yamg sensitif, sinus, alergi, asma, selsema, hepatitis.
·                     
3. Mempertingkatkan Sistem Penghadaman - formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman.
·                     
4. Memoderatkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
·                    
5. Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa, plumbum dan kadmium iaitu logam toksik dari tubuh dengan pantas.
·                     
6. Menurunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
·                     
7. Mencegah Kanser - membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser - Nitrosamine.
·                     
8. Menstabilkan Glukos - Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita.
·                     
9. Arthritis - bantu mengurangkan  bengkak-bengkak pada sendi serta sakit berkaitan akibat bengkak-bengkak tersebut.
·                     
10. Sejuk-sejuk pada kaki dan tangan (Cold hands and feets)





Kenapa Berbau Sangat???

Datangnya dari : pelbagai jenis komposit fisiologi yg terdiri dari bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser!









Bau bukan sebarang bau..tau.Heheee..

Isnin, 14 April 2014

Manfaat Omega Guard Shaklee



OMEGA GUARD SHAKLEE





OMEGA GUARD SHAKLEE


Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormone PMS wanita.
2. Melicinkan kulit dan ianya kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah tersumbat
4. Membantu mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan darah normal
6. Membantu mengurangkan keteganganurat leher.
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan paras kolestrol
9. Membantu mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL.
11. Mengawal masalah obesity
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil -  membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.
14. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan system imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Ia juga boleh membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, proriasis
18. Omega 3 juga dapat membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
19.  Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
20. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
21. Memelihara fungsi-fungsi sendi
22. Mencegah penyakit gout




KAYA DENGAN EPA & DHA



Selain itu, Omega 3 yang ada dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan dengan otak seperti:

a) mencegah insomnia
b) mengurangkan tekanan emosi
c) mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
d) membantu memperbaiki masalah autism
e) membantu memperbaiki masalah kanak-kanak yang hyperactive
f) mengurangkan masalah schizophrenia
g) mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak



WANITA MENGANDUNG: PERANAN OMEGA 3 




Khamis, 10 April 2014

MANFAAT VITAMIN C SHAKLEE

VITA C 500mg



 - SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS -



Kebaikan Utama

1. Membentuk Kolagen
2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
3. Peningkatan Sistem Imun
4. Memerangi Kanser
5. Mencantikkan Kulit
6. Memperbaiki Insomnia
7. Mengekalkan Kolesterol Sihat


Sustained Release Vita C 500 mg dari Shaklee merupakan sumber Vitamin C semulajadi yang boleh membekalkan Vitamin C selama berjam-jam. 

Satu tablet mengandungi Vitamin C yang bersamaan dengan 7.5 biji oren dan boleh membekalkan Vitamin C berterusan selama 5 jam.

Vitamin C yang juga kenali sebagai ascorbic acid sering dikaitkan dengan fungsinya untuk mencantikkan kulit. Ia bertindak melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat. 


Bagaimanapun Vitamin C bukan sahaja bertindak untuk kesihatan kulit, malah merupakan anti-oksidan yang berkuasa dan membantu memerangi kanser. 


Berikut adalah fungsi utama Vitamin C yang seharusnya kita ketahui.

1. Membentuk Kolagen – Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang. Vitamin C merangsang pembentukan kolagen, sekaligus mempertingkatkan kedut dan menegangkan otot.


2. Meningkatkan Sistem Imun – Membina sel darah merah dan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta mengukuhkan sistem imun. Ia juga mengurangkan simptom selsema dan mempercepatkan proses pemulihan.


3. Memperbaiki Simptom Pendarahan – Mengelakkan masalah gusi berdarah, kulit kering, ruam dan kasar, serta pemulihan kecederaan yang lambat.


4. Memerangi Kanser – Merangsang pengeluaran T-cells untuk memerangi sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita, serta memusnahkan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel-sel tubuh kita.


5. Mencantikkan kulit – Melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat.






6. Mengekalkan Kolestrol Sihat – Vitamin C berupaya untuk mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. Ia juga menghalang pendarahan dalaman 







Sebotol RM 92.50
Tahan 6 Bulan..
Berbaloi-baloi..
jadi AHLI LAGI BERBALOI_BALOI..
Jomm!!


Sabtu, 5 April 2014

Pentingnya Vitamin Kepada Ibu Mengandung

Kenapa Wanita Hamil 'WAJIB' Mengambil Vitamin


Ini adalah kerana:

- dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil

- mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir

- membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.

- mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu akibat rasa loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.

Walaubagaimanapun, sangat digalakkan untuk mengambil makanan berkhasiat dan seimbang. Haa..bukan pakat-pakat telan vitamin pastu makan makanan merapu. Ohh no no no!!



.Antara suplemen penting bagi ibu mengandung :

1. Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

2. Folic Acid - utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.


- FAKTA -


3. Kalsium - untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.

4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.



- DR HAMID ARSHAT -




Yang Best Tu Kan, Shaklee Ado Vitamin-Vitamin Yang Doktor Cakapkan Tu.... ;)

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil :
  1. Vitalea (iron)- multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex (asid folik) - lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix kalsium) - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. Magnesium di dalam OsteMatrix  membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard (omega 3)- sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula pada trimester ke 2 (bulan ke 4 kehamilan)

- VITAMIN IBU HAMIL -



Boleh juga tambah :
  1. Vitamin C - penting dalam penjagaan kolagen tubuh. Ia membantu menyerap zat besi dengan lebih cepat untuk mengelakkan anemia dikalangan ibu hamil.
     2. ESP - Sangat bagus untuk menguatkan rahim, Ia juga membantu membina tisu-tisu 
         badan di samping dapat memekatkan susu ibu apabila menyusu kelak.



- DIMAKAN SEMASA HAMIL & SEMASA BERPANTANG -







Amacam??
Banyak Khasiat ,kan?
Jomm, order dengan huda 0134806167
fb: Nurul Huda Sobari
page: Sihat & Cantik

Jumaat, 4 April 2014

KALSIUM DAN WANITA

KALSIUM ...

Apabila kita sebut tentang kalsium mesti akan dikaitkan dengan wanita..Lebih kurang macam KALSIUM DAN WANITA BERPISAH TIADA...ekekeke

Ehh, susah tau nak jumpa orang muda yang concern tentang perihal kalsium ni. Sebab apa? Sebabnya, apabila kita bercakap hal2 yang berkaitan dengan kalsium ja mesti kita ingat  yang zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang..betul kan?? Tapi, kalsium sebenarnya sangat diperlukan oleh semua golongan. Dari kecil sehingga la warga emas. Kekurangan pengambilan kalsium sebenarnya boleh menyebabkan pelbagai masalah.
Tapi di sini, saya tekankan  untuk golongan wanita. Kerana golongan ini cepat sangat kehilangan kalsium...!



Apa Masalahnya???

1) Golongan ibu hamil

- Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kaki "cramp"/kejang..aduhhs sakit sampai nak nangis o0o..
- Juga boleh menyebabkan sakit pinggang. Ini kerana si ibu terpaksa menampung berat bayi yang dikandung..iye la..lenguh tau pinggang.
- Ia akan memberi kesan khususnya pada fasa ke tiga mengandung dan di saat2 melahirkan   anak!!
- boleh menyebabkan kompilasi semasa meneran di saat-saat melahirkan anak.
- Berdasarkan kajian: kalsium yang tidak mencukupi akan meningkatkan risiko praeklampsia-tekanan darah tinggi DAN selalunya berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain…hmmm bukan darah tinggi ja tau….!
- Gejalan darah tinggi dikalangan ibu2 hamil boleh membawa maut kepada si ibu dan bayi tu sendiri..!!
- Pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
- Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.


- KALSIUM YANG CUKUP DAPAT MENGELAKKAN MASALAH KEKEJANGAN SEWAKTU BERSALIN -



- ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa –



2) Ibu menyusu

- Kalsium yang dimiliki ibu akan diserap bayi semasa bayi itu sedang membesar dan kegagalan  menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan si ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya.Eeii..mau ka rongak ??
- Juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis




“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum”
Dr. Delilah Ahmad, Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ)




-Ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid



Tapi Jangan Risau, OSTEMATRIX Shaklee dapat membantu. 


-ANTARA FUNGSI OSTEMATRIX-






- OSTEMATRIX: WANITA HAMIL -




- OSTEMATRIX: TIDUR LEBIH LENA, BADAN LEBIH SEGAR, LAWAS -






Fuhh...BEST kan??
Ehh, nak ke??
Sebotol Hanya RM61 saja..
Nak Lagi Murah?? Jadi Ahli Mehh..Jomm
Mohh Kite sms huda 0134806167
Fb: Nurul Huda Sobari
Page: Sihat & Cantik