Khamis, 1 Januari 2015

Bahaya Anak Memilih Makan

Kanak-Kanak Kurang Nutrisi


Bertuahnya kita berada dalam sebuah negara yang bernama Malaysia. Selain aman damai (depan mataku), kita juga bertuah sebab boleh makan apa saja. Kiranya mudah untuk mendapat makanan. Cakap jer nak makan apa. In sya Allah akan dapat..

Berlainan pula dengan dunia kanak-kanak ye. Boleh dikatakan kebanyakkan mereka nie mesti memilih untuk makan. Cerewet. Peaky eater. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kaji Selidik Nutrisi di Asia Tenggara (SEANUTS), mereka mendapati bahawa 1 daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menunjukkan simptom tak cukup zat makanan yang mana boleh membantutkan tumbesaran mereka. 

Puncanya apa? Sebab pola pemakanan @ diet harian mereka tak seimbang. Kajian hasil kerjasama antara SEANUTS dan UKM juga mendapati bahawa 1 daripada 5 orang kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan. Kalau obesiti, agak-agak terlebih nutrisi atau kurang nutrisi?? Kanak-kanak mungkin nampak macam sihat atau terlebih makan (obesiti) tapi mereka mungkin tidak mendapat nutrisi yang cukup oleh badan seperti vitamin D dan kalsium.

Kekurangan vitamin dan mineral seperti vitamin A, iodin dan iron adalah faktor utama yang menyebabkan terjadinya "hidden hunger". 


"..Hidden hunger prevents children from achieving the full development of their physical, intellectual and social potential.."




Jangan lupa, anak yang masih minum 7-8 botol susu sehari juga menyebabkan mereka tidak mahu makan. Dalam erti kata yang lain, susu formula menyebabkan anak kenyang dan bila kenyang, anak tak nak makan makanan berkhasiat lain terutamanya sayur dan buah-buahan.






Bagaimana Shaklee Dapat Membantu ??










~kalau dapat berikan anak-anak makanan yang sempurna khasiatnya lagi bagus. Tak perlu lagi dah makanan tambahan nie. Tapi kena tabah dan kuatkan hati. Besar cabarannya tu..In sya Allah. Huda doakan yang terbaik buat para ibubapa di luar sana..GOOD LUCK ^______^



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com



Rabu, 31 Disember 2014

Bapa Juga Mampu Susukan Anak

Bapa & Penyusuan Susu Ibu


Kita kena tahu ye, bapa adalah orang ketiga penting untuk dirujuk oleh ibu sekiranya mereka ini menghadapi masalah penyusuan. (selepas nurse dan pakar laktasi)

Kajian telah pun membuktikan yang sokongan padu daripada suami dapat memastikan penyusuan susu ibu berjalan dengan lancar dan dapat diteruskan dalam jangkamasa yang lama. 98% ibu yang berjaya menyusukan anaknya mempunyai pasangan yang menghargai penyusuan susu ibu (tahniah! ^_____^)

Sebab itulah, kita (suami isteri) kena ada ilmu penyusuan. Tak kiralah sikit ataupun banyak.



Apa Yang Bapa Boleh Lakukan?

  • Bersedia mendengar luahan hati isteri dan yakinkan kepadanya yang anda juga sentiasa berada di sisi. 
  • Berikan kata-kata semangat kepada isteri dengan mengingatkan kembali saat-saat menyusukan anak.
  • Nyatakan rasa yakin anda kepada isteri yang dia mampu menyusukan anak dan mampu berikan yang terbaik buat anak.
  • Membantu menguruskan si kecil terutamanya pada awal pagi (terutamanya selepas kelahiran)
  • Membantu menyediakan alat perahan susu.
  • Membantu membersihkan alatan mengepam dan simpan stok susu ditempat yang sepatutnya.


Lagi Bagus Kalau Bapa...


  • Mendodoikan anak dengan irama perlahan, zikir, ataupun bacaan Al-Quran
  • Getaran suara bapa berupaya menenangkan dan menidurkan bayi
  • Satu cara lagi ialah meletakkan bayi di atas dada bapa yang berbaring
  • Telinga bayi dapat mendengar degupan jantung dan gerakan perlahan pernafasan bapa seolah-olah membuai bayi untuk tidur...


Google: Naah...3 sekali ^_________^




Sumber: Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu



Agak-agaknya...???

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Zinc Complex Khazanah Lelaki

Hmm..macam mana tu?


Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Ia memainkan peranan yang penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pramatang dan rambut gugur.




Oleh sebab itu, zinc amatlah diperlukan dari zaman remaja hingga ke umur tua.




Manfaat Utama Lain:


  • Mengaktifkan 200 jenis enzim - zinc berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protin, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.
  • Membentuk kolagen - membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
  • Memperbaiki diabetes - membantu mengeluarkan insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya memperbaiki diabetes.
  • Bintik putih di kuku - bintik putih di kuku adalah tanda kekurangan zinc yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.
  • Mempercepatkan pemulihan luka - luka akan lebih cepat pulih luar dan dalam., pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.
  • Memperbaiki masalah prostat - melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat dalam kadar 70%.
  • Kemampuan seks lelaki - pengambilan zinc untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.


  • Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu penguncupan uterus dan mengembalikan daya tahannya.
  • Memperbaiki radang kulit - kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat batu.
  • Mengekalkan deria bau - untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif

Perbezaan Shaklee


Ianya dirumus dari zinc glukonat semulajadi dan bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan untuk mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com




Selasa, 30 Disember 2014

Urut Wajah Lambat Tua

Urut Wajah??

Kenapa ia penting? Sebab ianya adalah untuk melambatkan proses penuaan. Kulit yang berkedut, berbintik-bintik dan tak lembap menunjukkan proses penuaan sedang pun berlaku. Ingat tau, bila kita dah masuk 30an, kulit wajah tak boleh bergantung sepenuhnya dengan make up saja okay.

Urutan wajah antara yang popular di Malaysia nie. Selain untuk tujuan kecantikan, ia juga bertujuan untuk mengurangkan tekanan, sakit kepala akibat migraine dan resdung.




Sumber: wom.my



Kenapa Urutan Wajah Nie Penting?


  • Urutan wajah tak dapat elakkan penuaan tapi bertindak untuk melambatkannya
  • Kerap melakukan urutan wajah akan melambatkan tanda-tanda penuaan
  • Badan akan berasa lebih segar dan bertenaga kerana peredaran darah berlaku dengan sangat baik. 
  • Urutan wajah akan merawat sel-sel kulit yang rosak
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mengurangkan tekanan


Kita Perlu Urutan Wajah Jika..


  • Kita kurang keyakinan diri
  • Mahukan kulit yang kekal sihat
  • Ada tanda-tanda penuaan yang semakin ketara seperti pigmentasi, jeragat dan kedutan
  • Nak muda sentiasa! ^______________^




Tunggu sat . . .
Kalau gamak kata TAK CUKUP MASA nak pergi lakukan urutan wajah. SILA FOLLOW CARA wanita ini. TAPI JANGAN TUNGGU SAMPAI 7 TAHUN!





Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.






+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610

Email: nhudas8575@gmail.com

Isnin, 29 Disember 2014

Ohh Abam Bo Roy...

Khas buat para isteri..


Sumber: Google



Perasan tak, kebanyakkan lelaki yang dah berkahwin rata-ratanya mesti perut akan mara ke hadapan. Kekadang tu tertanya-tanya jugak KENAPA boleh jadi macam tu. Ada yang kata isteri pandai masak jamu suami makan (TAHNIAH ^______^!) dan disebabkan ehem2 (malam jumaat).sshhhh.....rahsia!

Tahu ke tak, maksud Huda perut mara kehadapan? BOROI. -_______-

Sebenarnya, terdapat kajian yang membuktikan bahawa lelaki yang banyak lemak dibahagian perut lebih berisiko terkena penyakit diabetes, angin ahmar dan jantung. Apa-apa pun, sebelum kita cop kegemukan ataupun boroi tu kepada penyakit berbahaya, kita kenalah pastikan yang encik abam kita tu buat ujian BMI (indeks jisim tubuh).



Ada Kaitan Dengan Penyakit Jantung

Perut buncit dikatakan berkaitan dengan penyakit jantung tapi ia sebenarnya bukanlah secara langsung. Jika dikaitkan kegemukan tubuh keseluruhan, ia secara langsung berkaitan dengan penyakit jantung. Faktor utama buncit adalah disebabkan oleh pemakanan yang tak seimbang dan kurangnya bersenam. 

Kedua-dua ini menyebabkan lelaki berisiko tinggi menghidap kencing manis dan masalah kolestrol. Apa yang pasti adalah masalah nie adalah antara faktor risiko mendapat masalah jantung.



Ubah Gaya Hidup


Ya para isteri solehah yang sayangkan encik suami sekalian, kalau boleh pastikan encik suami:

  • kurangkan makanan yang bergoreng dan berkolestrol tinggi. 
  • kurangkan pemakanan yang berunsurkan karbohidrat seperti nasi putih, roti putih, kentang, makanan yang manis
  • kurangkan makanan yang berkalori tinggi seperti berlemak atau berminyak
  • minuman bergas kenalah ditinggalkan terus (tak minum langsung lagi bagus)

Apa yang bagus ialah:

  • makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan
  • digalakkan memakan lebih protein daging putih serta kurangkan mengambil daging merah
  • lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari 3 kali seminggu (berjalan cepat pun dah cukup dah)




Sebelum tu, mohh kita tengok apa yang terjadi pada lelaki pujaan kepada akak solehah nie...



Kita kena ingat, seseorang lelaki yang dah meningkat usia, hormon testosteronnya semakin berkurang. Sebab tu mereka lebih cenderung untuk gemuk terutama dibahagian pinggang. Jadi sebagai isteri, mohh ler kita sediakan santapan yang berkhasiat dan lazat buat encik suami....^______^




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Sabtu, 27 Disember 2014

Advance Joint Health Complex

Advance Joint Health Tablet








Ia mengandungi 1 bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangkamasa seawall 5 hari – hampir 28% lebih cepat dari mana-mana jenama yang ada dipasaran. Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti membantu:

1.   Meningkatkan fleksibiliti
2.   Menggalakkan mobility
3.   Meningkatkan fungsi sendi
4.   Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa yang panjang






Ianya juga merangkumi kombinasi nutrient kesihatan sendi yang direka khas iaitu zinc, kuprum, manganese dan vitamin C; dimana setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal di dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

Tidak seperti kebanyakkan suplemen kesihatan sendi yang lain, ia tidak mengandungi kondroitin, 1 bahan yang terbukti dalam ujian klinikal yang dapat menghalang penyerapan glukosamin. Ianya adalah 100% bebas kekerang dan 100% vegetarian dimana tidak ada langsung unsur haiwan di situ.


Boswellia & Bahan Utama Lain



Ekstrak Boswellia: Ianya diperolehi dari resin pokok Boswellia serrata. Ekstrak botanical ini mengandungi asid boswellik yang menghalang formasi leukotrien; sejenis kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. Ekstrak proprietary Boswellia yang diginakan di dalam Advance Joint Health Complex mengandungi konsentrasi yang tinggi AKBA (3 acetyl-11-keto-beta-boswellic acid), satu asid boswellik dan lain-lain konstituen Boswellia yang digabungkan untuk menghasilkan bioaktiviti yang lebih unggul dari AKBA.

Di dalam kajian klinikal yang terbaru, peserta yang mengambil ekstrak Boswellia dalam AJHT ini menunjukkan keselesaan sendi yang lebih baik, pergerakan yang lebih mudah dan kemampuan yang lebih untuk melakukan aktiviti harian, berbanding mereka yang mengambil satu lagi jenis ekstrak Boswellia yang mengandungi tahap AKBA yang lebih tinggi.


Ektrak Jagung Membekalkan Glukosamin Yang Pekat

Glukosamin: Ia adalah sejenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans; komponen struktur rawan dan ceair diantara tulang yang membekalkan pelinciran. Banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan supplement glukomin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobility dan fleksibiliti. AJHT menampilkan glukosamin hidroklorid; sumber yang paling tinggi konsentrasinya. Ianya diperolehi dari sumebr sayuran, berbanding dengan kebanyakan glukosamin yang diperolehi dari sumber kekerang.

Vitamin C: AJHT membekalkan 100% Daily Value vitamin C, satu nutrient yang diperlukan bagi sintesis kolagen.


Zink, Kuprum dan Manganese: Mineral sureh ini diperlukan untuk membina tisu penghubung. 























+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com





Jumaat, 26 Disember 2014

Merokok Jejas Peluang Pasangan Timang Anak

SIAPA SANGKA??






Merokok menjadikan sebab utama kenapa SPERMA BERMASALAH. Morokok membuatkan suami anda (khas buat encik suami!)  menghidu bahan toksik yang merosakkan sistem kesuburan suami tanpa kita sedari. Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas dan menyebabkan KUALITI SPERMA MEROSOT

Mengikut kajian, MEROKOK MEROSAKKAN SPERMA SECARA TERUS APABILA AIR MANI TERCEMAR DENGAN TOKSIK yang menyebabkan KEROSAKAN PADA PROTEIN DAN NUTRIEN DALAM AIR MANI. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan.

Lagi lama encik suami anda merokok (syukur suamiku tak merokok..) lagi bermasalah kualiti sperma suami anda. Sebab apa? Sebab merokok MENGURANGKAN BILANGAN SPERMA. KERANA BAHAN KIMIA MENCEGAH PENYERAPAN VITAMIN DAN MINERAL DALAM AIR MANI seperti B12, vitamin E dan zat galian.

APA LAGI KAITAN SPERMA & MEROKOK?


  • Merendahkan tahap hormone kesuburan.
  • Mengganggu pergerakan sperma. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik supaya senang sampai ke ovum.
  • Menyebabkan penghasilan sperma berbentuk tak normal akibat tindak balas radikal bebas daripada bahan kimia rokok


Sumber: Dr.Zubaidi



“..Previous studies show that men who smoke are less fertile than men who don't smoke..”



- Mohamad Eid Hammadeh, PhD, professor of obstetrics and gynecology a the University of the Saarland, Homburg/Saar, Germany




Apa Kaitan Merokok & Vivix??


Tahukah kita yang Vivix membantu para lelaki diluar sana berhenti merokok?














Pasti kita semua tersenyum kelat   -___________-

  1. Merokok Membahayakan Kesihatan Isteri & Anak - Orang yang berasa disekeliling perokok lebih cepat dapat penyakit berbanding dengan suami yang merokok.
  2. Hisap Asap Bas Lebih Jimatkan Wang - Bahaya kandungan asap bas lebih kurang sama dengan bahaya kandungan asap rokok
  3. Rezeki Menjauh - Melekatkan sebatang rokok yang dah terang-terang HARAM di mulut, rezeki semakin menjauh.
  4. Vivix Lebih Jimat Dari Rokok - Sebotol Vivix (retail) hanya RM475 untuk sebulan kalau ahli lagi jimat!


Alhamdulillah. Ramai yang dah pun berjaya berhenti merokok dengan Vivix Shaklee. Faktor sukar mendapatkan zuriat bukan hanya terletak pada isteri sahaja. Yelah. Kuasa Allah siapalah kita untuk menidakkannya kan. At least kita berikhtiar. Selain berjumpa dengan pakar, ikhtiar juga dengan supplement tradisional dan juga moden. Yang penting, jangan pernah sekali putus berdoa dan berikhtiar. In sya Allah. Mentari pasti muncul jua...








+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com