Rabu, 24 Disember 2014

5 Kaedah Dijadikan Panduan Kalau Nak Guna BEKAS BUAT DADIH Untuk Simpan Stok EBM

Bekas Menyimpan Susu Perahan


Hasil Google: Suatu ketika dulu, peti sejuk rumah pernah penuh cenggini..
Bahagia Ku Rasa ^________^



Sebenarnya, tak banyak kajian berkaitan dengan alatan yang terbaik untuk menyimpan susu ibu dan kalau ada pun kadang-kadang tu bercanggah antara satu sama lain. Tak kiralah bagaimana mak-mak nak simpan susu perahan, pastikan bekas tu betul-betul selamat dan bersih. Huda ada google pasal bekas menyimpan susu nie. Rata-ratanya menggunakan beg plastik khas yang dibuat khas untuk menyimpan susu perahan. Selain tu, ada jugak yang simpan dalam botol susu, bekas dadih, dan ada juga yang simpan dalam plastik aiskrim (sebab baru ku tahu!).


Bekas Plastik Sebagai Tempat Simpan Susu Perahan

  • Seeloknya, guna plastik yang dibuat khas untuk simpan stok ebm kita tu yang rata-ratanya tebal dan tahan lasak
  • And of coz, yang dapat jimat ruang dalam peti sejuk kita
  • Plastik penyimpan yang nipis tak digalakkan untuk digunakan sebagai bekas menyimpan stok susu sebab dikhuatiri mudah bocor dan pecah bila kita sejukbekukan susu tu

5 Kaedah Yang Harus Dijadikan Panduan Sekiranya Kita Nak Guna Bekas Membuat Dadih Sebagai Bekas Menyimpan Stok Ebm


  1. Tengok dulu kod yang ada dibawah bekas dadih tu.
  2. Cuba elakkan dari menggunakan bekas yang ada kod nombor 3, 6 dan 7
  3. Bekas yang paling selamat adalah yang ada kod nombor 5 sebab ianya diperbuat daripada polypropylene.
  4. Jangan guna lebih dari 1 kali sebab dikhuatiri bahan kimia mungkin menyerap masuk dalam susu.
  5. Pusat Racun Negara menyatakan bahawa, penggunaan bekas dadih adalah selamat sekiranya ia diperbuat daripada polypropylene. Namun penggunaan yang berulangkali amat tidak digalakkan


Sumber: Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu




Alahaii..sedap pulak bila tengok lama-lama dadih nie.



Sebagai mak atau abah kepada bayi yang so adorable, kita juga kena ada sedikit ilmu pengetahuan tentang hal-hal nie semua. Nampak remeh tapi kesan dia sangat besar pada anak-anak kita. Selain dari harga, aspek lain pun kena ambil perhatian jugak macam kebersihan, keselamatan dan sebagainya. Dan yang pasti BERSIH. ^___^




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

6 ulasan:

  1. Masa Arif dulu, stock susu memang banyak sangat sampai 200 botol ebm habis diguna. Lepas tu memang beli bekas dadih ni. Bekas dadih ni kalau guna untuk sekejap ok, tapi kalau letak di deep freezer lebih dari 3 bulan, ia mudah pecah.

    Ketahui Makanan Yang Menambahkan Kahak Anak

    BalasPadam
  2. Bekas Plastik mmg x elok utk diguna berulang kali.selalu kita disogookan macam tu.mcm kita isi air pada bekas kordial.tal elok sebenarnya pd kesihatan.apetah lg pada baby
    .kita kena pastikan plastik tu berkualiti dan tips dr huda mmg bagus

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas pwrkongsian ini dear...memang banyak kita kena tahu ilmu ni ....sebab kena betul betul tahu cara simpan stok susu yang betul kan....

    Penyusuan Susu ibu Begitu IstimewaBagi Ibu dan Bayi

    BalasPadam
  4. Bagi ibu-ibu yang bekerja boleh baca perkongsian ni untuk simpan stok susu dengan baik.

    testimoni terbaik vitamin C

    BalasPadam
  5. Baru ku tahu.ingatkan simpan dlm botol susu je.hihi

    BalasPadam
  6. bagus info ni..suus ibu memnag bagus untuk bayi tapi kalau penyimpaan susu yang tidak betul boleh membhyakan bayi anda..

    3 Langkah Untuk Kurus

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^