Memaparkan catatan dengan label Kebaikan Pisang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebaikan Pisang. Papar semua catatan

Ahad, 2 November 2014

Manfaat Memakan Pisang

Potasium Cegah Strok






Hantu Pisang?
Pantang Nampak Pisang?

Gelaran yang biasa orang bagi kalau kita nie memang suka makan pisang. Tak kira la pisang berangan ka, aiskrim pisang ka, pisang goreng cheese ka......fuhhh sodaaap!!

Tahu ke idok apa manfaat yang ada pada pisang? Baaaanyak sangat ye. Antaranya ada dalam gambar di bawah nie....




Kebaikan Epal Dan Pisang



Makanan yang kaya dengan potasium seperti pisang mampu mencegah seseorang daripada terkena strok. Menurut pakar penyelidik dari Kolej Perubatan Albert Einstein New York, Amerika Syarikat, Sylvia Wassertheil-Smoiller, wanita yang mengambil makanan tinggi potasium memiliki risiko serangan strok yang lebih kecil.

"Penelitian sebelumnya menunjukkan bahawa pengambilan potasium mampu menurunkan tekanan darah


Dalam kajian itu, pengambilan makanan 90 orang wanita yang berumur dalam lingkungan 50-79 dicatat setiap hari!

DAN 

Daripada jumlah tersebut, 80% daripada mereka mengamalkan makanan tinggi potasium dan selebihnya tidak. HAsilnya, wanita yang mengambil makanan yang tinggi potasium seperti kentang, ikan, brokoli, avokado dan betik dikatakan kurang tededah dengan serangan strok.








Sumber: Sinar Harian



Nak pi cari pisanglah. Ada pasar malam kat rumah nie ha....
Weeehoooo!!!!











Isnin, 16 Jun 2014

Kebaikan Pisang

*** SESI TAMBAH ILMU ***

Assalamualaikum...

♥♥♥♥♥

Hari nie nak santai jer. Tak nak beratkan kepala memikirkan benda2 yang 'heavy' untuk di taip..

Pisang is one of my favourite fruit. Termasuklah anak-anak sekali.

♥♥♥♥♥

Kebaikan Pisang

PISANG mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian...

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.



**ppsstt...BERSAMBUNG :)

Anak2 plak dok buat bunyi bagai..
Nanti kita sambung lagi okay..

Fb: Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167
Id Shaklee: 1071145