Memaparkan catatan dengan label Susu Ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Susu Ibu. Papar semua catatan

Isnin, 22 Disember 2014

Tergamam Tetiba Susu Boleh Berkurang!

Aduih, jenuh mak. Kesian lagi anak mak..!


Pernah terjadi macam tu jugak kan? Tak semua ibu-ibu atau mak-mak smooth jer perjalanan penyusuannya. Macam Huda dulu masa menyusukan anak ke 2, waktu malam (time nyusu) nak tidurkan anak, boleh pulak dia nangis. Tetiba ja. Kita nie ingatkan apalah. Semut gigit ke, gatal, demam ke apa. Rupa-rupanya lepas pujuk semua tak kena, encik suami cakap, 

"..ntah2 susu ibu tak dak dah kot..?"

Haa, lepas tu barulah Huda tahu kenapa anak nangis bagai nak rak (sebab dia kuat nyusu!). Tapi mujur Huda buat stok (alhamdulillah). Then, bila dah selidik semua Huda baru tahu punca yang menyebabkan susu berkurangan.



Hmm..Agak-Agak Kenapa Susu Badan Boleh Berkurang?


Rata-rata masalah susu badan berkurang atau tak cukup adalah disebabkan oleh pengurusan penyusuan yang tak optimum. Antaranya:
  1. Menyusu ikut jadual masa (ikut jam) dan bukannya ikut keperluan bayi
  2. Tak kosongkan breast sepenuhnya (walaupun pada hakikatnya breast tak pernah pun kosong sepenuhnya!)
  3. Anak kurang menyusu pada waktu malam
  4. Tak ada rangsangan tambahan SEKIRANYA bayi punya selera yang kecil (tak kuat nyusu)

Jadi, Apa Yang Patut Ibu Buat?


Sebolehnya, menyusukan anak dengan lebih kerap. Jika perlu, pam/perah susu dan pelbagaikan kaedah memerah susu. Selalunya waktu awal pagi kita dapat menghasilkan banyak susu kerana pada waktu tu hormon prolaktin sangat tinggi. Dan sekiranya ibu seorang yang berkerjaya, ambillah cuti. Walaupun ibu dapat pam dengan lebih kerap, TETAPI bayi adalah pam semulajadi yang paling berkesan. Ambil peluang ini untuk berehat dan menyusu mengikut kehendak bayi. Lama kelamaan aliran susu ibu in sya Allah pasti akan meningkat kembali.

Selain Amalan Di Atas, Apa Lagi Yang Harus Dilakukan?



Kita sebagai mak/ibu nie kena pandai dan cepat mencari ikhtiar ye. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah dengan mencari alternatif lain iaitu makan makanan yang dapat memperbanyakkan susu (milkbooster).  

Macam Huda sendiri, bila dah jadi keadaan macam tu, cepat-cepat amalkan lobak putih, sayur sawi, kucai dan kurma. Walaupun setakat ni tak ada lagi kajian saintifik yang menyatakan bahawa ianya berkesan, tapi ianya alhamdulillah membantu dan memang dah pun diamalkan sejak dari dulu lagi.

Walaubagaimanapun, kita semua kena faham ye, tak kiralah apa jenis makanan penggalak susu atau milkbooster sekalipun, konsep demand and supply kena tahu dan kena ikut. Kerap kosongkan breast dan kerap menyusu. Cari dulu punca apa yang menyebabkan susu berkurangan, bertenang dan kurangkan stress. Dan paling penting sekali, doa. In sya Allah, moga-moga Allah permudahkan urusan penyusuan kita. Aamiinn...







Antara Pengalaman Yang Tak Dapat Dilupakan & Cara Seorang Ibu Berkerjaya Yang Berjaya Mengatasi Masalah Susu Drop!




Untuk entry selanjutnya, Huda akan kongsikan sedikit tentang "makanan penggalak susu" yang telah pun diamalkan oleh ibu hebat di atas berserta makanan tambahan lain. In sya Allah..

^___^



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Isnin, 3 November 2014

Alahan Terhadap Susu Ibu

 AGAK-AGAK WUJUD TAK???



Comelnya....agak2 anak sapa??
hihii


Susu ibu sememangnya adalah yang terbaik untuk bayi. Tapi pernahkah anda sendiri mengalami situasi di mana anak  yang menyusu badan lebih kerap menangis dan meragam berbanding anak atau bayi lain yang mengambil susu formula?

Agak-agak KENAPA bayi anda KERAP MENANGIS dan MERAGAM?

Ianya  terletak pada DIET PEMAKANAN SEHARIAN si ibu.

Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk bayi dan akan  sedaya upaya memenuhi keperluan zat yang diperlukan oleh bayi.

TETAPI adakah makanan sumber vitamin tersebut sesuai untuk bayi? Terdapat sesetengah makanan yang sebenarnya bagus untuk ibu, tetapi boleh mendatangkan kemudaratan pada bayi.

Antaranya...



1. BUAH-BUAHAN SITRUS:





• Buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C seperti lemon, limau, oren dan limau gedang.
• Mengandungi jus berasid yang boleh mengganggu sistem penghadaman bayi yang belum matang
• Bayi yang alah kepada sitrus dalam susu ibu mungkin akan mengalami RUAM LAMPIN dan KEMBUNG PERUT



2. MAKANAN LAUT DENGAN KANDUNGAN MERKURI YANG TINGGI:
• Ikan yu, ikan todak, tenggiri raja, dan tilefish
• Tahap merkuri yang tinggi akan MENJEJASKAN OTAK dan SISTEM SARAF bayi
• Untuk sumber protein, boleh ambil ikal air tawar atau salmon



3. ALAHAN TERHADAP MAKANAN:

Ini banyak yang terjadi:

i) Sakit perut, cirit-birit, kembung perut, muntah
ii) Masalah untuk tidur
iii) Gatal-gatal, ruam, dan ekzema
iv) Kerap sakit
v) Pernafasan berbunyi

• Bayi yang menyusu badan juga boleh menghadapi masalah alahan kepada laktosa (Lactose-Intolerance). Oleh itu hadkan pengambilan susu dan produk tenusu
• Hadkan pengambilan produk gandum, kerang, kacang tanah dan produk kacang yang lain


4. MINUMAN BERKAFEIN:
• Minuman kafein boleh mengakibatkan iritasi atau keradangan pada bayi dan akan mengganggu tidurnya.
• Berjaga2 dengan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman coklat



Bayi anda akan menerima apa saja yang anda makan. Jadi makanlah dengan baik untuk penyusuan yang baik dan berkualiti. Dan jangan ingat walaupun anda meyusu badan ia tidak bermaksud susu anda itu penuh dengan khasiat yang diperlukan oleh anak.




Gambar sekadar hiasan