Selasa, 6 Mei 2014

Vitamin Cinta: Vitamin E & Alfalfa

Kebaikan Vitamin E Dan Alfalfa Buat Suami Isteri


Vitamin Cinta nie hot dikalangan husband <3 wife tau. Tapi kan, kenapa Vitamin E dan Alfalfa nie dipanggil vitamin cinta naa?? Meh kita skodeng apa yang ada..




Ehh, bahaya ke..??


Suami & Vitamin E


Kebanyakan lelaki yg mengambil vitamin E sekurang2nya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dalam menikmati hubungan suami isteri berbanding yg tidak mengambilnya. Manakala wanita pula yg mengambilnya sekurang2nya selama 3 bulan, akan membantu meningkatkan "sexual desires" dan menikmati hubungan cinta dengan lebih baik. 

Antioksidan yg seimbang dalam Vitamin E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah pada alat sulit lelaki dan membantu ereksi yg lebih baik. Maka, Vitamin E telah terbukti membantu lelaki terutama yg mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan. 

Pengambilan Vitamin E berdosage tinggi iaitu 600-800IU setiap hari membantu badan wanita dalam menghasilkan estrol & progresterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi dimana "estrogen berlebihan" akan menyebabkan simptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, senggugut dan 'mood swings'...


 Sebotol Tahan 4 bulan



Pastikan vitamin E tu yang semulajadi tau. Macam mana nak check samada natural atau tidak? Ok cuba cek tengok labelnya pada botol - alpha tocopherol dan pastikan vitamin E itu beserta dengan unsur selenium sekali agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.


Isteri & Alfalfa


Perempuan kalau dah berkahwin ehem2 ok lagi. Tapi bila dah bersalin semuanya jadi kembang. Bukan setakat badan ja kembang..huhuu. Malu nak type lebih2. Paham2 sendiri lah ye.. Banyak testimoni (isteri makan alfalfa) semakin 'mantop'. Ehem2 yg mantop..hihii....Tapi kan, macam mana alfalfa yang kecil tu boleh mantopkan yg dah tak berapa ketat??

Haa...Tahukah anda Alfalfa ni mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido).

Ok. Sekarang dah tahu la kan cemana alfalfa nie bertindak..??



Tahan Berbulan-bulan






Antara testimoni customer yg berpuas hati..






Lepas nie, kalau husband&wife amalkan 2 benda nie, confirm hari2mau..heheheee...



Nak Order??
Call/sms huda 0134806167
Fb: Nurul Huda Sobari
Shaklee Id: 1071145



Apa Kena Mengena Makan Dengan Kanser Serviks ??

Atau Kanser Pangkal Rahim


Scary!!


Perkataan pertama yg terkeluar dari mulut. Tengok gambaq ja wehh!! Tapi dalam nie, kita boh gambar yg biase2 jerr..Kita tau kan, kanser nie orang pompuan jaa yg kena..Apa yg boleh di advise, tolong la buat checkup. Setahun sekali ja ponn..(betulkan kalau huda salah). Mak sedara huda meninggal pun sebab kanser ni..last stage baru dapat kesan.




 Dia nie kan mai sengap2. Signal apa tak bagi tetiba keluaq simpang..CONTOH. Ya la. Kalau tanya doktor sekali pun, rata2 mesti cakap yg "..dia nie tak dak tanda2 drastik.." Sebab tu lah, bila p buat check up ja, terkejut sbb kanser tu dah sampai tahap ke tiga & ke empat dah..

T__T

Merambu ayaq mata....!!
(Tapi tak semua macam tu..)

Kajian dari Pakar Perubatan dari Hospital Fortis, India berkata, satu pertiga kes kematian (kanser serviks) disebabkan pola diet yg salah. 

Penyakit mana pun, kita boleh cegah, in sya Allah, melalui banyak kaedah. Antaranya di sini ialah dengan mengubah tabiat/pola/diet pemakanan. Banyak makanan yg membantu kita tau....Antara yg disyorkan ialah:


Kaya Dengan Vitamin A 

Seperti lobak merah, buah oren, telur, tuna, produk2 tenusu, Carotomax Shaklee ;). Di katakan bahawa makanan ini paling baik utk mencegah kehadiran kanser serviks.




saja boh bambar carotomax shaklee..dia kan kaya dgn vitamin A..


Kaya Dengan Vitamin B Folate

Makanan yg mengandungi B Folate membantu menurunkan paras homocysteine dan zat yg menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal pada serviks. Antara makanan yg kaya dengan b folate ialah brokoli, kubis, B Complex Shaklee ;).




Kaya Dengan AntiOksidan

Buah avocado nie famous sbg bahan antioksidan yg tinggi. Ia juga mampu melawan radikal bebas sekaligus mencegah dari berkembangnya sel kanser. Selain avokado, bluberi, lada, ceri, ikan salmon, brokoli, bunga kubis dll juga dapat membantu ye..



avocado


Kaya Dengan Polyphenol & Flavonoid


Pengambilan teh hijau, minyak zaitun, buah anggur merah, tomato, kacang merah dan lada sangat digalakkan dalam membantu usaha mencegah kanser serviks nie. Kandungan polyphenol dan flavonoid di katakan dapat menyekat penularan sel2 tersebut..




Orang kata, baik cegah sebelum melarat. Nak makan apa ponn kena beringat. Tak kira la kanser ka apa ka an an....ngeeee


ct:mingguanwanita

Rabu, 30 April 2014

PERSONALITI PENYUSUAN BAYI ANDA

Betul ke bayi lelaki lebih kuat menyusu daripada bayi perempuan?


Oppss! Jom kita skodeng2 dulu info ni

"Kenali Personaliti Penyusuan Si Manja Anda"





Biasanya lah kan, kita nie selalu dok ingat yang bayi lelaki nie minum lebih banyak & lebih excited daripada bayi perempuan. Kiranya baby boy kuat nyusu lah orang kata. DAN yang selalu huda dok dengaq ( masa dlm tempoh nyusu anak no 2) bayi yang kerap menyusu & terlalu lama jarak penyusuan menunjukkan yang si ibu nie xdak susu @ susu tak cukup. Sebab tu anak kerap je ‘melekat’ dengan kita.


Hishh, BETUL ker derr??


Yang sebenarnya ye, bayi nie macam kita la jugak. Ada PERSONALITI masing2. Menurut kajian dari Universiti Yale tentang bayi yang menyusu badan nie menunjukkan bahawa SETIAP BAYI MENYUSU BADAN MEMILIKI PERSONALITI YANG BERBEZA.

Ada 5 jenis kategori..

Barracuda, excited-inefective, proscrastinator, gourmet dan rester.

Apa dia tu hah??
Haaa…mai kita teruskan menyelam….


1. Barracuda

Bayi yang berpersonaliti barracuda ni boleh dikatakan jenis yang kuat minum susu. Mereka ni tak sabar2 nak menyusu, mungkin mengamuk bila ibu lambat sikit. Jarak penyusuan pun mungkin tak panjang, dalam 10-20 minit dah mintak susu. (ehh, macam ank yg no 2 jaa..)





Penyelesaian : Ibu kena ambil masa untuk belajar posisi dan cara latching yang betul SEBELUM bayi mintak susu. Sebab dia ni jenis tak sabar, bila dia dah nak tu tak boleh tunggu2 dah, jadi gunakan masa dia tengah tenang untuk berlatih.

Potensi nak dapat nipple crack sangat tinggi


2. Exicted-Ineffective

Bayi jenis nie macam tak sabaq, tapi bila time nyusu suka main2. Gelak-gelak bagai & bila tak dapat nyusu dengan sempurna, dia frust plak..

Penyelesaian : Susukan dia masa dia tengah mamai : baru bangun tidur atau time2 lalok nak tidur. Kena selalu ‘burp’ bayi jenis ni, Sebab dia senang kembung.


3. Procrastinator

Yang nie jenis mencabar sikit. Jenis yg high-expectation. Demand. Masa susu ibu belum ada & baru ada kolostrum dia dah demand nak susu. Biasanya ibu yang ada bayi jenis procrastinator ni akan terdorong nak bagi susu formula.. Yelah bayi ansyik menangis je kan..Siapa tak gelabah…

Ehh, JANGAN le bagi susu formula.

Penyelesaian : Teruskan menyusu dan stimulasi berterusan. Ibu perlukan sokongan yang padu dan kesabaran yang tinggi. In sya Allah cuma untuk 3-4 hari ja ponn..


4. Gourmet

Gourmet ada kaitan dengan seni presentasi makanan. Jadi bayi jenis ni suka menikmati keindahan makanan dia dulu sebelum makan. Dalam kes ni, dia suma main2 dengan puting ibunya.

Tapi kalau dia dah boring dan nak mula menyusu, dia akan menyusu sampai habis!

Penyelesaian : Ibu kena sabar & susukan bayi di tempat tenang supaya takde lah rasa 'penat' sangat bila nak kena layan bayi Gourmet ni..


5. Rester

Jenis bayi yang minum lambat-lambat (biar lambat asal selamat..haha). Siap boleh pause lagi. Sesi penyusuan pun jadi lama. Kadang2 sampai sejam duk menyusu. Kadang2 sampai tertidur masa menyusu.

Penyelesaian : Ibu jangan risau sebab makin lama bayi makin belajar bahawa bukannya best pun minum sikit2, lambat kenyang. Lagipun kalau masih dalam pantang kan tak buat apa, Layankan saja lah. Tapi awas kalau berat badan dia tak naik2. Bawalah berjumpa pakar dalam bidang penyusuan sebab takut memang dia tak cukup susu, yelah asyik tidur saja.






Haa…Moh kita mengelamun sebentar sambil fikir. “..Anak aku nie jenis yg macam mana..?” Lepas nie jangan lerr risau sangat kalau anak kuat nyusu @ kurang nyusu. Kalau baby sihat, ceria, berat pun bertambah nak risaukan apa lagi dak?? Apa yang penting, kita enjoy and seronok untuk menyusukan anak..





ehh, tetiba plak kluar gambar kartun..hehee




Macam biasa ye, kalau nakkan set penyusuan lengkap boleh je klik sini...

Selasa, 29 April 2014

Banyakkan Susu Badan

Ada Banyak Cara. . .






Antaranya:-

1. Cari pam yang sesuai dgn kita & kalau boleh menjimatkan masa + selesa.
2. Check kalau2 ada masalah sedutan @ apa2 yg boleh sebabkan susu semakin kurang
3. Kerapkan mengepam @ menyusu --> setiap 2 jam sekali. Kalau rasa perlu buat hyperstimulation/power-pumping silakan.
4. Make sure bayi menyusu pada ke dua2 belah breast sehingga dia berhenti sendiri (sampai dia kenyang)
5. Tingkatkan masa mengepam. Contoh: lepas bayi menyusu, sambung pula dengan sesi mengepam at least 5-10minutes (utk tujuan rangsangan)
6. Bagi bayi yg belum start dengan solid food, kalau boleh elakkan beri air masak, susu formula dll.
7. Make sure mommies banyakkan makanan yg kaya dgn protein & kalsium utk hasilkan lebih banyak susu badan.
8. Ibu jugak kena minum air masak bnyk2, banyakkan berehat (kalau boleh).





9. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama.
10. Perbanyakkan menyusu bayi untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok.
11. Banyakkan sesi mengepam di pejabat & di rumah walaupun  bayi anda tu dah kenyang.
12. Elakkan penggunaan botol susu di rumah ketikan anda bersama bayi. Selalunya bayi yg minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.
13. Elakkan makan benda2 yg boleh membuatkan susu badan drop. Contoh: pil perancang. Kurangkan stress ye.
14. Point nie paling best. Amalkan supplement yg dapat mempernbanyakkan susu badan. Contoh: alfalfa & esp dari shaklee.







Ada banyak info pasal supplement penyusuan nie. Just klik di sini jerr...



* Apa yang penting, kita kena faham konsep demand and supply. Lagi banyak permintaan lagi banyak lerr susu terhasil. Yang penting kita enjoy menyusu !!

Yeeeaaaayyy..!!!!






Isnin, 28 April 2014

CARA URUSKAN SUSU IBU

Senang Jerr Nak Simpan



Semua nie based on apa yang ada dalam artikel, dari blog2, dan dari sedikit pengalaman saya sendiri masa anak ke dua. Anak pertama dulu dan buat sat jaa....huhuuu. So, jangan jadi macam saya. Menyesal tak sudah..!!


1. PAM SUSU IBU-SETIAP BREAST SELAMA 10 MIN

(Perah guna tangan, pam manual / bateri / elektrik (double / single pam)

·   Susu yg baru di pam / perah boleh bertahan pada suhu bilik Max. 4jam.
·   Susu perahan boleh diberi terus kpd bayi atau di simpan dlm peti sejuk /disejukkan dalam   cooler bag berisi ice pack (4 ice pack tahan 12jam untuk tampung 6-8 biji botol susu simpan)
(ice pack boleh diulang pakai selama 1 tahun. Bekukan ice pack Min.8 jam sebelum guna)
·   Simpan susu perahan dalam ice box pun boleh. Isi dengan ais kiub banyak-banyak

 Cara terbaik - tuang susu yang diperah ikut keperluan bayi ke dalam botol susu minum. Lebihan susu dalam botol susu simpan disimpan dlm peti sejuk bahagian bawah untuk dijadikan stok untuk keesokan hari @ Untuk Bayi


2. SEJUKKAN SUSU  (peti sejuk belah bawah – Max 48 jam)

1. Dalam tempoh 48 jam, susu perahan perlu diguna untuk bekalan anak keesokan hari @ pun
    dibekukan.

Jika untuk bekukan terus;
      2. Susu perlu disejukkan Min. 1/2 jam sebelum dibekukan @ dicampur ke dalam botol simpan   berisi separuh susu beku. 

SELEPAS DISEJUKKAN DALAM PETI AIS MINIMUM 1/2JAM

Sekiranya Untuk Bayi Menyusu·   
Susu sejuk yang cair,- tuang ke dalam botol susu minum, rendam seketika dlm air panas hingga tahap suam yg sesuai untuk bayi. (titikkan sikit kat tangan sebelum bagi kat baby). Susu yang tidak habis diminum dalam tempoh 1jam tidak boleh ulang minum atau di simpan dalam peti ais semula.

Sekiranya Untuk Beku (simpanan/stok)
· Simpan lebihan susu yang tidak bercampur dengan lebihan susu yang telah diminum oleh bayi ke dalam botol simpan @ plastik khas
· Guna botol simpan / plastik – boleh isi ikut berapa auns baby minum @ isi penuh botol (perlu tinggal ruang kosong dalam ½ inci sebab susu beku akan mengembang.
· Labelkan tarikh susu dipam, masa dan berapa auns@ml. Kalau hantar kat pengasuh jangan lupa tuliskan nama sekali.






3. PANDUAN BEKUKAN SUSU  (peti sejuk-bahagian atas)

       a)   Peti sejuk 1 pintu – Max. 2 minggu
       b)   Peti sejuk 2 pintu – Max. 3 bulan
       c)   Deep Freezer – Max. 6 bulan
       d)   Bawa susu beku dalam perjalanan – Susun susu beku dalam cooler box hingga 2/4 cooler box. Tambah kiub ais yg diselangselikan dengan garam sebanyak mungkin. (Sebab garam agen pembeku yg terbaik). Kalau perjalanan jauh yg amek masa lebih kurang 2jam, sebagai langkah keselamatan, kalau boleh tu check susu beku setiap 2-3 jam sekali. buang ais yg dh cair n gantikan lerr..Macam biasa jangan lupa garam ye.


**PERINGATAN- susu beku cair tak boleh dibekukan kembali sebab antibody dalam susu ibu dah hilang.
                                 
e)    Bila dah dibekukan, sebahagian antibodi dah hilang sebab nak lawan bakteria semasa   
       dalam proses pembekuan tapi jauh lebih baik daripada susu tepung. Sebab susu tepung
       tak dak antibodi.
       f)    Sekiranya susu telah dicairkan – susu tersebut perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam.


4. CARA CAIRKAN SUSU IBU
(Perlu digunakan dalam tempoh 24jam-simpan dibahagian peti sejuk bawah)

      a)   Ambil stok yang kita pam dulu..
      b)   Lalukan bawah pili air sehingga susu mencair. Memang bazir air. Sekali sekala bolehla. @
c)   Lalukan sekejap bawah pili air sampai susu cair sikit je. Letakkan dalam bekas berisi air & simpan dalam peti sejuk belah bawah semalaman. Esok pagi dah boleh isi dalam botol susu anak ikut berapa auns yang dia perlukan. Simpan botol susu minum balik dalam peti ais belah bawah. Susu beku yang dah cair kena guna dalam tempoh 24jam.
d)   Kalau tak nak isikan dalam setiap botol minum susu pun boleh. Esoknye bawak je stok  botol susu simpan / plastik simpan yg dah cair pegi umah pengasuh. Isi botol2 susu / plastik susu dalam cooler bag siap dengan ice pack yg tahan 12jam.
e)   Ok. Kalau dalam tempoh 24 jam susu cair baby tak sentuh lagi, Susu tu boleh dicampur dalam makanan baby. Tak ponn bagi adik beradik lain minum..Bukan apa, sayang beb..huhu
      
      



Contoh: Rendam susu secara manual





Simple Schedule






**Kekadang tu memang la kita rasa down, susah sangat nak pam n simpan, macam2 step nak kena follow. Tapi tu semua sat jaa..Ingat, kalau kita rasa susah, ada orang lagi susah dari kita. Jadi, tabahlah wahai hati. Masa la nie berlalu dengan pantas. Percayalah....

**Ohh, kalau nakkan set penyusuan lengkap dari shaklee boleh je klik sini.

*

Sabtu, 26 April 2014

TIPS MENJAYAKAN PENYUSUAN KALI PERTAMA


TIPS MENJAYAKAN PENYUSUAN KALI PERTAMA







Ye..ye..Saya percaya mommies kat luar sana la nie semua da tau dah betapa hebatnya kuasa susu ibu nie. DAN. Seboleh2nya nak susukan sendiri anak..Huihh, mak mana yang tak mau susukan anak dengan susu badannya sendiri..??? kannn....


Tapi hakikatnya tak semua hasrat ibu yang nak menyusukan anak dilaksanakan dengan mudah. Ada yang terus bagi susu formula bila bayi lahir. 


KEBANYAKKANNYA kerana:

- Ibu tak tau pasal kolostrum pada minggu pertama kelahiran.
- Ibu  rasa susu ibu terus  ada selepas bayi dilahirkan.
- Ibu ingat yang kalau tak dak susu yg keluar semasa hamil, maka tiada susu selepas bersalin
- Ibu stress bila bayi sering menangis
- Ibu dipengaruhi  orang sekeliling supaya memberi bayi susu formula..mak mertua ka even ibu sendiri....sedih..


CEMANA NAK BUAT??


(1) DAPATKAN MAKLUMAT YANG BETUL TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU
Ada banyak fahaman yang salah tentang penyusuan susu ibu. Contoh: saiz breast yang kecil, keturunan tiada susu dll dianggap sebagai penyebab ibu tak boleh menyusukan anaknya.

La nie kan, bakal ibu boleh cari n dapat banyak maklumat dari buku-buku berkaitan, internet, serta kelas-kelas penyusuan yang dijalankan di seluruh negara.



(2) DAPATKAN SOKONGAN


Sokongan sangat penting bagi ibu menyusu, terutama ibu baru.. kiranya baby sulung la.. Sebabnya,  ibu yang baru melahirkan anak berada dalam fasa emosi kurang stabil, perubahan hormon serta kepenatan menguruskan si kecil..Walaupun ada yang membantu.

Sokongan kuat haruslah dari suami sendiri,  dari family, kawan2  yang juga menyusukan anak mereka serta kumpulan sokongan susu ibu yang ditubuhkan di seluruh negara.



(3) DIDIK KELUARGA TENTANG SUSU IBU


Masih ada golongan masih lagi dok ingat  susu formula sebagai susu terbaik untuk bayi. Didiklah anggota keluarga terutama ibu bapa, mentua, adik beradik, dsb tentang kebaikan penyusuan susu ibu..



(4) BELAJAR JADI IBU BAPA


Ramai bakal ibubapa lebih 'bersedia' nak sambut kelahiran anak pertama dengan perkara yang berbentuk material..Conto, katil baby lah, tilam baby lah, kelambu lah..But please.. Belajarlah  dengan membanyakkan membaca dan perkongsian tentang ilmu keibubapaan, terutama tentang pengurusan bayi baru lahir.


 Walaupun naluri keibuan tu orang kata mai sendiri tapi knowledge sangat penting bagi menghadapi saat-saat tak terduga. Macam  bayi selalu nangis & ramai yang ingat bayi dok lapar, sedangkan bayi ada 1001 sebab untuk menangis.


(5) KEKUATAN ROHANI


Ramai yang mengadu " aku dah buat semua dah..tapi tak jadi jugak..". Kita kena selalu beringat yg hidup ini adalah kerana rahmat Yang Maha Esa. Kita kena teruskan usaha secara fizikal, banyakkan berdoa, bertaubat, berzikir 





Beberapa Tips Untuk Ibu Baru:


i- Pilihlah untuk bersalin di hospital rakan bayi
ii- Jangkakan bahawa seminggu pertama susu matang masih belum ada, yang ada cuma kolostrum dan payudara ibu mungkin hanya bengkak pada hari ke-4
iii- Susukan bayi mengikut kehendaknya
iv- Bayi menangis tidak semestinya dia sedang lapar
v- Bergembiralah! Nikmati pengalaman menyusukan yang paling hebat abad ini!!!





Kalau nakkan set penyusuan terhebat dari Shaklee, boleh ke sini.

Jaundis & Susu Ibu

Sebelum tu, maii kita share pasal jaundice pada bayi baru lahir..






Jaundice 

Tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir..Bila kita tekan kulit bayi, ada nmpak cam tompok kuning.. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir. 





Tahap jaundice adalah tinggi lebih kurang hari ke 4  dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran. Ingat, jaundice bukanlah tanda anak anda sakit/tidak normal atau anak anda mengalami penyakit.

Sewaktu bayi/anak kita di dalam rahim, bahan buangan akan dibuang melalui plasenta si ibu..kita panggil dia uri. Maknanya kat sini sisa buangan bayi dibantu oleh si ibu. Tapi, selepas bayi lahir, badannya sendiri akan melakukannya. 

Salah satu bahan buangan ini adalah BILIRUBIN. Badan bayi kita perlu masa untuk “belajar” membuang bilirubin sendiri. Kalau kandungan bilirubin tinggi, ini akan menyebabkan jaundice bayi tinggi. 

Hati akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayi (sel darah merah pecah lebih cepat sewaktu bayi berbanding org dewasa). Tapi, hati bayi baru lahir masih belum matang dan mengambil masa untuk menyingkirkan bilirubin. Ini sebabnya 9 daripada 10 bayi mengalami kuning. Kalau level bilirubin terlalu tinggi, biasanya bayi akan ditahan dan diletakkan di bawah cahaya fototerapi.





Sian anak kena dok dalam nie..huhu




Bilirubin hanya boleh disingkirkan melalui najis bayi!

Dinasihatkan utk susukan bayi sekerap yang boleh supaya bilirubin boleh disingkirkan dengan cepat oleh najis bayi. Cara apa bayi boleh membuang najis dgn cepat? Tentulah susu ibu yang mudah dihadam itu! 

**Bukan susu kambing, air masak atau susu formula dan bukan ayaq sengkuang cina bagai.



Ct:Sarakids