Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Ahad, 14 Disember 2014

Petua Orang Dulu-Dulu 4.0

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera ..
Kepada Anda Semua Moga Bahagia..
Disamping Keluarga Yang Tercinta..
Semoga Kekal Selamanya Hingga Ke Syurga...
In Sya Allah..Aamiin.

Hari nie Huda nak tambah 4 lagi petua. Huda dapat dari satu page. Lupa nama page tu. Takpa. Nanti bila dah dapat cari, Huda letak link tau..
 ^___^
Hari nie Huda ada banyak jemputan kenduri kahwin. Biasalah. Musim cuti sekolah katakan. Tapi sebelum bersiap apa yang patut, Huda kenalah buat entry ni dulu kan..
Jomm kita..!


1. Mengembalikan Kesegaran Sayur
- Kalau anda simpan sayur beberapa hari dalam peti ais, kesegarannya pasti akan hilang. Jadi untuk kembalikan kesegaran sayur yang dah tak fresh tu, anda rendamkan sayuran tadi di dalam air yang telah dicampur dengan setitik cuka. Selain untuk kesegaran, cuka juga bertindak sebagai agen menghilangkan kotoran..
Tapi kalau Huda pulak, cuka memang tak pernah beli. -__-
Apa yang Huda buat, Huda selalu rendam sayuran atau buah-buahn dalam air yang berisi setitik dua basic H. ;D


2. Membersihkan Minyak Gorengan
- Ambil beberapa keping asam keping dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tu akan bertindak sebagai agen penyerap kehitaman pada minyak gorengan anda. 
Tapi yang nie Huda tak pernah buat. Sebab lepas guna minyak buat kali yang ke 2 Huda suka buang. Minyak memang tak pakai banyak sangat pun.hihii..^__^


3. Mengharumkan Dapur
- Bagi mengatasi masalah bau dapur yang kurang best especially lepas menyiang ikan, kita boleh rebus beberapa keping kayu manis, cengkih dan cuka biasa. Pastu bila air rebusan tu dah sejuk, bolehlah semburkan atau pun lapkan pada kabinet dapur, jubin dan sekitar dapur rumah kita. 


4. Membersihkan Siput Sedut
- Ambil sebekas hampas kelapa dan gaulkan dengan siput sedut tadi tan biarkan semalaman. Besok tu baru anda buang hujung cengkerang siput  tu sebelum di masak. Dengan itu, bau lumpur dari siput sedut akan hilang..



Cubalah..
^_____^*
Bye..!!






+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Ahad, 7 Disember 2014

Petua Orang Dulu-Dulu 3.0

Assalamualaikum...
Yuuuhuuu...!!
Agak-agak hari ni hari apa..?
;D
Ahad kan. So macam biasa SEGMEN PETUA!!
Kali ni Huda nak kongsikan dengan anda semua..
4 lagi petua..
Jomm kita tengok..



1. Merangupkan Jering Tua
- Caranya ialah tanamkan jering tersebut ke dalam tanah atau pasir. 
Biarkannya selama 3 hari. 
Setelah itu, keluarkan dan bersihkan jering tersebut. 
Anda akan mendapati jering tersebut akan rangup apabila dimakan.


2. Membuang Kulit Sotong Dengan Mudah
- Masukkan sotong ke dalam air beras dan biarkannya sekurang-kurangnya 10 minit.
Kemudian anda akan mendapati kulit sotong mudah lekang dan senang di cuci. Baunya juga akan berkurangan. Ataupun anda juga boleh merendamkan suratkhabar bersama-sama dengan sotong. Sambil tu boleh ramas suratkhabar pada basan sotong (kira tonyoh okay). Kulitnya akan mudah tanggal. In sya Allah..


3. Menghilangkan Hapak Beras
- Sekiranya anda mendapati beras sedikit berbau hapak, petua ini boleh membantu. Caranya ialah dengan memasukkan sehelai atau dua helai daun pandan ke dalam beras. Pastikan beras itu di basuh dahulu ye. In sya Allah daun pandan tu tadi akan memberikan aroma yang sangat wangi. 


4. Melazatkan Kentang 
- Bermacam-macam cara boleh dilakukan untuk menambahkan lagi keenakkan kentang. 
Salah satunya ialah, kentang akan lebih enak jika dimakan jika tanpa membuang kulitnya.
Gosokkan kentang dengan hampas kelapa sehingga kulitnya menjadi bersih. Seterusnya cuci dan masukkan kentang tersebut ke dalam masakan atau digoreng begitu sahaja...



Sumber: Majalah Rapi


Haa..acaner??
Pernah buat tak petua-petua yang Huda kongsikan di atas?
Hmm mesti ada yang pernah buatkan..
Antaranya hilangkan hapak beras..
Kalau belum pernah, cubalah.
^___^







++++++++++++++++++++++++++++++


** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Ahad, 30 November 2014

Petua Orang Dulu-Dulu 2.0


Assalamualaikum..

Memandangkan hari ini hari Ahad jadi Huda nak buat lagi satu entry berkaitan dengan PETUA..
Last week kita ada petua untuk hilangkan kuning baby (jaundis), petua kurangkan jerawat, petua hilangkan bau ketiak, dan sebagainya. Kali ini Huda nak tambah lagi 4 jenis petua..
Jomm kita..


Ulam Raja Banyakkan Susu Ibu

Bagi ibu yang baru melahirkan anak, amalkan memakan ulam raja bersama nasi untuk memperbanyakkan susu badan. Di samping itu, ia juga baik untuk awet muda. Selain ualam raja, kita juga boleh amalkan dengan memakan sawi, halba, minuman soya yang sudah pastinya ESP SHAKLEE, ALFALFA SHAKLEE, lobak dan lain-lain lagi.

Buah Mengkudu Hilangkan Kelemumur

Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kelemumue, ambil 3 biji buah mengkudu yang sudah tua. Campurkan dengan sedikit air. Kemudian ramas dan tapis. Guna air tersebut untuk dilumurkan pada kulit kepala yang berkelemumur itu. Biarkan selam 5 minit dan kemudian cuci seperti biasa. Boleh diamalkan sehingga kelemumur hilang.

Air Tapai Penawar Bisa

Jika anda digigit lipan, sapukan air tapai pulut pada bahagian yang disengat. In sya Allah, berkurangan sakit itu.

Petua Rawat Demam Denggi

Bagi mengurangkan gejala demam denggi, ambil 3 tangkai daun betik jantan. Kisar dengan sedikit garam dan air. Tapis airnya dan minum 2 kali sehari.


Orang dulu-dulu macam tu lah ye. Banyak petua yang kadang-kadang kita sendiri pun tak pernah dengar. Ye lah. Dulu-dulu mana kenal dengan Shaklee kan. Jadi mereka ni lebih kepada penggunaan bahan semulajadi. 

Oklah..
Tunggu minggu depan pula ye untuk lain petua.
Manalah tahu ada petua masakan pula kan..hihii
Bye....

^___^*

Terima Kasih Google..hihii


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Ahad, 23 November 2014

Petua Orang Dulu-Dulu

Assalamualaikum..

Hari ini sengaja Huda buat entri berkaitan dengan petua. Macam-macam jenis petua ada. Tapi kali ni cuma sempat buat 5 saja. Jomm kita...


Atasi Masalah Bayi Kuning


Bayi yang baru lahir selalunya akan berhadapan dengan masalah kuning. Salah satu cara untuk merawatnya adalah dengan menggunakan daun belimbing buluh. Daun direbus dan air rebusan daun belimbing buluh itu digunakan sebagai air mandian bayi. Mandikan bayi setiap pagi selama 3 hari berturut-turut. In sya Allah kuning akan turun..



Daun Sirih Hilangkan Bekas Jerawat


     Haa..parut jerawat memang menjejaskan kulit muka kita. Jadi bagi yang mahu menggunakan cara tradisional untuk menghilangkannya bolehlah cuba petua ni ya. Ambil beberapa helai daun sirih muda kemudian tumbuk hingga hancur. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia kering seketika. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan 3 kali seminggu.

     Tapi kan, kalau kita ni jenis yang malas nak 'renyah' boleh amalkan dengan menyapu Vitamin E Shaklee 2 kali seminggu ke seluruh wajah. Bagaimana caranya? Mudah saja. Dengan menggunting sedikit bahagian kapsul Vitamin E Shaklee. Keluarkan isinya dan sapu ke seluruh wajah atau ditempat jerawat tadi.



Limau Nipis Hilangkan Bau Ketiak Hangit


Bagi mereka yang mengalami masalah ketiak hangit, bolehlah gosok limau nipis di bahagian tersebut selama 2-3 minit. Amalkan 3 kali seminggu. In sya Allah masalah bau itu akan dapat di atasi.

     Anda boleh juga amalkan Alfalfa Shaklee setiap hari. Bagaimana caranya? Senang saja. Tak payah susah-susah nak mencari bahan. Cuma dengan memakan Alfalfa Shaklee sebanyak 2-3 biji sehari ataupun bergantung kepada tahap badan masing-masing. Maksimum dos 10 biji sehari. Ingat ye. Jangan lebih dari 10 biji sehari tau.Pastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.Alfalfa Shaklee memang terkenal dengan NATURAL BODY DEODORIZER.



Menghilangkan Lebam Bawah Mata


Ramai yang menghadapi masalah sembap apabila kurang tidur. Namun bagi yang tak boleh mengelakkannya makan amalkanlah petua ini ye. Ambil uncang teh yang dah digunakan lalu lekapkan pada mata. Biarkan semalaman. Kiranya kita tidur dengan uncang-uncang sekali. Pastikan buat di kedua belah mata ye. Hahaa...Lakukan 3 kali seminggu. In sya Allah...


Petua Kempis Perut Selepas Bersalin


Biasalahkan. Asal lepas bersalin saja bentuk tubuh mesti tak seperti dulu. Perut semestinya penuh dengan lemak. Siapa yang punya kulit tebal dibahagian perut lagilah ketara buncitnya itu. Hihii...Tapi jangan risau. Kita ada banyak kaedah yang boleh diamalkan. Ambil 5 helai daun sirih dan cuci bersih. Rebus dengan air sebanyak 3 cawan besar. Didihkan sehingga air sirih menjadi satu cawan. Biarkan ia suam dan bolehlah diminum. Minum pada waktu pagi. Ia amat sesuai diamalkan oleh ibu lepas bersalin bagi mengempiskan perut. Amalkan 2 kali seminggu.

Cara yang lain pula ialah dengan mengamalkan Set Back To Normal Shaklee. Set yang membantu mengembalikan bentuk tubuh anda. Tapi yang paling penting sekali ialah konsisten menggunakan set ini, jaga pemakanan dan lakukan senaman. In sya Allah..


Ihsan Google


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com


Ahad, 9 November 2014

Tercekik Tulang Ikan

PETUA

Apa Nak Buat Kalau Tercekik Tulang Ikan??

Fuhh, memang sedikit tak selesa kalau tercekik tulang. Selalunya tulang ikan la kan. Tulang ayam tak pernah lagi la.huhuu..

Nak di jadikan cerita, hari Jumaat lepas satu famili balik kampung (Sg Petani ja ponn). Biasalah kan, kalau balik rumah mak abah ja tak kiralah mertua sekalipun, mesti dapat makan sedap-sedap.

Tapi hari tercekik tulang bukannya hari Jumaat tapi Sabtu, kelmarin. Mahunya tak , makan laju kemain. Yalah. Mak masakkan lauk kegemaran Huda. Ikan masak pindang! Slurrpp. Perghh!! (sedap baq hang!!). Ada la lagi lauk lain tapi tetap tak boleh 'celen' ikan masak pindang tu.
Makan punya makan, elok nak habis sepinggan, ALAMAK. TERCEKIK TULANG LA...!! huhuu..

Terus basuh tangan. Ambil telefon dan 'wasap' Mak Ngah Solehah ('wasap' kan free..hehee).

"Mak Ngah, mai petua kalau tercekik tulang ikan sat"

Mak Ngah pun bagilah petua...

■ Segelas air kosong
■ Baca Bismillah
■ Selawat ke atas Nabi SAW
■ Baca ayat 38 Surah Yasin
■ Niat nak hilangkan tulang yg terlekat
■ Tiup sikit kat gelas tadi tu
■ Minum ( amek sikit air tu dan sapu sikit di bahagian yg tercekik tadi...)


Huda buat 2-3 kali dan Alhamdulillah. Hilang. Semua dengan izinNya juga ye. Korang semua cubalah petua dari Mak Ngah Solehah.

Cuba tau...!



Sabtu, 28 Jun 2014

Masker ESP Dan Vitamin E

Assalamualaikum...

Semangat aii tau Jemah.hihii. Sebab malam nie aii rajin buat masker express. Alah, esp+vitamin e. Tapi kali nie aii tak guna yogurt sebab tak dak.heheh. Jadi guna air je lah.

Nak tengok cemana rupanya??! Haa..di hujung entry nie ada gambo yer. Jomm la buat sama2.

Nak cantik tak?
Nak comey tak?
Macam Kak Ton??

Comey tak Kak Ton??
Hihii..Kak Ton memang comey.

Ok lah. Nanti aii nak share kenapa aii suka yogurt untuk jadikan sebagai base masker express. Tunggu....

:D


Fb: Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 0134806167

Jumaat, 27 Jun 2014

Cara Paling Senang Buat Masker

Assalamualaikum..
Apa khabar? Sihat na..

Cewah. Macam karang surat tak rasmi lak. Hihii..

Okay2. Memandangkan aii rajin sikit walaupun tak sampai setengah, aii nak kongsikan 1 cara paling senang nak buat masker. Sesuai la untuk orang macam aii yang 'sangat rajin' dan suka benda-benda yang cepat. Almaklumlah, aii kan busy memanjang. :P

Orait. Bahan-bahan untuk buat masker yang paling senang di alam semesta ialah:

♥ 1 sudu kecil ESP
♥ 1 biji vitamin e shaklee ( keluarkan isinya ye )
♥ 2 sudu besar yogurt plain/ air (aii suka yogurt ^_^*)

Caranya:
♡ Mix kan semua bahan di atas
♡ Pastu sapukan ke seluruh wajah (make sure muka bersih tau)
♡ Biarkan lebih kurang 20-30 minit @ semalaman
♡ Last sekali cuci lerr..

*sekali bancuh boleh buat 2/3 kali

Senang kan? Bancuh tak sampai 2 minit dah boleh sapu dimuka dah. Express. :D

Yang kat atas tu cuma cadangan saja. Korang boleh buat ikut cara sendiri. Buat 2 kali seminggu pun cukup dah rasanya. Janji konsisten. Nak cantik tak?? Haa...

Apa yang korang rasa lepas bermasker shaklee nie?
Ada rasa apa2 tak. Macam:

- Rasa lebih segar?
- Muka dah tak berminyak ?
- Rasa lembab?

Sebab aii rasa berbeza lepas sapu masker. Best tau. Tapikan kalau kita rajin dan konsisten, kita akan dapat lebih dari tu. Antaranya:

♥ Blackheads dan whiteheads semakin berkurang
♥ Wajah semakin cerah
♥ Kulit semakin halus dan lembut
♥ Bekas2 jerawat semakin pudar
♥ Liang pori mengecil

Semuanya dengan izin Allah. Yakin dan konsisten.  ^_^*

Okay lah.
Selamat Mencuba.
^___^*

Fb: Nuul Huda Sobari
Id shaklee: 1071145
Cell: 0134806167

Khamis, 26 Jun 2014

Apa Ku Kisah ??!

Assalamualaikum...

Berhabuk sudah bersarang pun sudah. Gara-gara tidak diambil kisah. Apa kisahnya entry kali nie ye. Haa..tajuknya ialah AL KISAH.

Redundancy. Kalau Pn Hasnah (lecturer BEL) tengok sure kena marah. Hehee..

Bukannya apa ye. Lately,  ada terbaca dan tertengok hasil rampasan produk pelangsingan yang mengandungi racun. Salah satu tu produk quite famous plak tu. Alah, korang mesti lagi terer dan tahu dari aii punyalah.

Kan? ^__^*

Ehh, korang jangan la cakap yg aii nak kondem ke takutkan ke apa ke..tau. Cuma nak highlight kan aje. Kita nie kan bijak2 belaka. Zaman moden lah katakan. Kalau nakkan satu2 produk kesihatan/ produk kurus sekali pun, kena la check betul2. Jangan sampai taksub nak kurus dan cantik, diri sendiri tergadai.

Meh aii bagi petua sikit. Petua macam mana nak pilih produk kesihatan yang selamat..

/ Pilih produk yang 'evidence-based'. Produk mestilah telah dibuat kajian tentang manfaatnya dan kajian tu mestilah diiktiraf oleh badan-badan yang bertauliah.

/ Ambil mengikut kepada keperluan dan masalah kesihatan masing-masing. Jangan sesekali ikut orang. Badan masing2 tak sama ye.

/ Pastikan supplement/produk kesihatan yang anda ambil tu HALAL, ada kelulusan KKM.

Haa..simple je kan. Senang ja nak ingat. Bila semua tu dah confirm SELAMAT, maka silalah telan! Hihihii.Macam aii, aii pilih Shaklee. Trusted brand gittew..^_^*

*Ingat ye. Pilihan adalah ditangan kita. Jadilah pengguna yang bijak.

Sekian.
Selamat Meng'check'.

Fb: Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 0134806167

Jumaat, 13 Jun 2014

Petua Gigi Putih Bersih

Assalamualaikum..

^__^*

Hari nie saya rajin sikit sebab nak bagi petua..hihi..Petuanya ialah menjadikan Gigi Lebih Putih.

Gigi merupakan antara aset yang paling penting. Jika gigi anda kekuningan sudah pastinya akan membuatkan anda berasa kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai.

Jika anda adalah salah seorang yang tergolong dalam masalah nie, rilex..jangan risau..cool..^__^

Antra Petua Gigi Menjadi Lebih Putih

1. Colekkan sedikit kapur sirih dibahagian kapas. Gosok perlahan-lahan di celah-celah gigi yg kuning. Make sure selalu buat tau..

2. Bakar sebiji pinang sehingga hangus dan kemudian tumbuk halus. Gosokkan serbuk pinang ini ke gigi. Bila dah selesai gosok, kumur ye..

3. Mrnggoreng sedikit biji asam jawa tanpa minyak dan kemudian di tumbuk halus dan ambillah debunya. Godok pada gigi setiap hari sampai nampak kesan putih..

4. Cara nie paling popular.  Guna abu. Bakar daun kelapa sehingga menjadi abu. Gosokkan pada gigi sampai putih..

Kemudian gunakan ubat gigi..

Selamat Mencuba !!!

^______^*

Huda 0134806167
Fb: Nurul Huda Sobari
Shaklee Id: 1071145