Ahad, 9 November 2014

Tercekik Tulang Ikan

PETUA

Apa Nak Buat Kalau Tercekik Tulang Ikan??

Fuhh, memang sedikit tak selesa kalau tercekik tulang. Selalunya tulang ikan la kan. Tulang ayam tak pernah lagi la.huhuu..

Nak di jadikan cerita, hari Jumaat lepas satu famili balik kampung (Sg Petani ja ponn). Biasalah kan, kalau balik rumah mak abah ja tak kiralah mertua sekalipun, mesti dapat makan sedap-sedap.

Tapi hari tercekik tulang bukannya hari Jumaat tapi Sabtu, kelmarin. Mahunya tak , makan laju kemain. Yalah. Mak masakkan lauk kegemaran Huda. Ikan masak pindang! Slurrpp. Perghh!! (sedap baq hang!!). Ada la lagi lauk lain tapi tetap tak boleh 'celen' ikan masak pindang tu.
Makan punya makan, elok nak habis sepinggan, ALAMAK. TERCEKIK TULANG LA...!! huhuu..

Terus basuh tangan. Ambil telefon dan 'wasap' Mak Ngah Solehah ('wasap' kan free..hehee).

"Mak Ngah, mai petua kalau tercekik tulang ikan sat"

Mak Ngah pun bagilah petua...

■ Segelas air kosong
■ Baca Bismillah
■ Selawat ke atas Nabi SAW
■ Baca ayat 38 Surah Yasin
■ Niat nak hilangkan tulang yg terlekat
■ Tiup sikit kat gelas tadi tu
■ Minum ( amek sikit air tu dan sapu sikit di bahagian yg tercekik tadi...)


Huda buat 2-3 kali dan Alhamdulillah. Hilang. Semua dengan izinNya juga ye. Korang semua cubalah petua dari Mak Ngah Solehah.

Cuba tau...!