Ahad, 7 Disember 2014

Petua Orang Dulu-Dulu 3.0

Assalamualaikum...
Yuuuhuuu...!!
Agak-agak hari ni hari apa..?
;D
Ahad kan. So macam biasa SEGMEN PETUA!!
Kali ni Huda nak kongsikan dengan anda semua..
4 lagi petua..
Jomm kita tengok..



1. Merangupkan Jering Tua
- Caranya ialah tanamkan jering tersebut ke dalam tanah atau pasir. 
Biarkannya selama 3 hari. 
Setelah itu, keluarkan dan bersihkan jering tersebut. 
Anda akan mendapati jering tersebut akan rangup apabila dimakan.


2. Membuang Kulit Sotong Dengan Mudah
- Masukkan sotong ke dalam air beras dan biarkannya sekurang-kurangnya 10 minit.
Kemudian anda akan mendapati kulit sotong mudah lekang dan senang di cuci. Baunya juga akan berkurangan. Ataupun anda juga boleh merendamkan suratkhabar bersama-sama dengan sotong. Sambil tu boleh ramas suratkhabar pada basan sotong (kira tonyoh okay). Kulitnya akan mudah tanggal. In sya Allah..


3. Menghilangkan Hapak Beras
- Sekiranya anda mendapati beras sedikit berbau hapak, petua ini boleh membantu. Caranya ialah dengan memasukkan sehelai atau dua helai daun pandan ke dalam beras. Pastikan beras itu di basuh dahulu ye. In sya Allah daun pandan tu tadi akan memberikan aroma yang sangat wangi. 


4. Melazatkan Kentang 
- Bermacam-macam cara boleh dilakukan untuk menambahkan lagi keenakkan kentang. 
Salah satunya ialah, kentang akan lebih enak jika dimakan jika tanpa membuang kulitnya.
Gosokkan kentang dengan hampas kelapa sehingga kulitnya menjadi bersih. Seterusnya cuci dan masukkan kentang tersebut ke dalam masakan atau digoreng begitu sahaja...



Sumber: Majalah Rapi


Haa..acaner??
Pernah buat tak petua-petua yang Huda kongsikan di atas?
Hmm mesti ada yang pernah buatkan..
Antaranya hilangkan hapak beras..
Kalau belum pernah, cubalah.
^___^







++++++++++++++++++++++++++++++


** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com