Rabu, 30 April 2014

PERSONALITI PENYUSUAN BAYI ANDA

Betul ke bayi lelaki lebih kuat menyusu daripada bayi perempuan?


Oppss! Jom kita skodeng2 dulu info ni

"Kenali Personaliti Penyusuan Si Manja Anda"





Biasanya lah kan, kita nie selalu dok ingat yang bayi lelaki nie minum lebih banyak & lebih excited daripada bayi perempuan. Kiranya baby boy kuat nyusu lah orang kata. DAN yang selalu huda dok dengaq ( masa dlm tempoh nyusu anak no 2) bayi yang kerap menyusu & terlalu lama jarak penyusuan menunjukkan yang si ibu nie xdak susu @ susu tak cukup. Sebab tu anak kerap je ‘melekat’ dengan kita.


Hishh, BETUL ker derr??


Yang sebenarnya ye, bayi nie macam kita la jugak. Ada PERSONALITI masing2. Menurut kajian dari Universiti Yale tentang bayi yang menyusu badan nie menunjukkan bahawa SETIAP BAYI MENYUSU BADAN MEMILIKI PERSONALITI YANG BERBEZA.

Ada 5 jenis kategori..

Barracuda, excited-inefective, proscrastinator, gourmet dan rester.

Apa dia tu hah??
Haaa…mai kita teruskan menyelam….


1. Barracuda

Bayi yang berpersonaliti barracuda ni boleh dikatakan jenis yang kuat minum susu. Mereka ni tak sabar2 nak menyusu, mungkin mengamuk bila ibu lambat sikit. Jarak penyusuan pun mungkin tak panjang, dalam 10-20 minit dah mintak susu. (ehh, macam ank yg no 2 jaa..)





Penyelesaian : Ibu kena ambil masa untuk belajar posisi dan cara latching yang betul SEBELUM bayi mintak susu. Sebab dia ni jenis tak sabar, bila dia dah nak tu tak boleh tunggu2 dah, jadi gunakan masa dia tengah tenang untuk berlatih.

Potensi nak dapat nipple crack sangat tinggi


2. Exicted-Ineffective

Bayi jenis nie macam tak sabaq, tapi bila time nyusu suka main2. Gelak-gelak bagai & bila tak dapat nyusu dengan sempurna, dia frust plak..

Penyelesaian : Susukan dia masa dia tengah mamai : baru bangun tidur atau time2 lalok nak tidur. Kena selalu ‘burp’ bayi jenis ni, Sebab dia senang kembung.


3. Procrastinator

Yang nie jenis mencabar sikit. Jenis yg high-expectation. Demand. Masa susu ibu belum ada & baru ada kolostrum dia dah demand nak susu. Biasanya ibu yang ada bayi jenis procrastinator ni akan terdorong nak bagi susu formula.. Yelah bayi ansyik menangis je kan..Siapa tak gelabah…

Ehh, JANGAN le bagi susu formula.

Penyelesaian : Teruskan menyusu dan stimulasi berterusan. Ibu perlukan sokongan yang padu dan kesabaran yang tinggi. In sya Allah cuma untuk 3-4 hari ja ponn..


4. Gourmet

Gourmet ada kaitan dengan seni presentasi makanan. Jadi bayi jenis ni suka menikmati keindahan makanan dia dulu sebelum makan. Dalam kes ni, dia suma main2 dengan puting ibunya.

Tapi kalau dia dah boring dan nak mula menyusu, dia akan menyusu sampai habis!

Penyelesaian : Ibu kena sabar & susukan bayi di tempat tenang supaya takde lah rasa 'penat' sangat bila nak kena layan bayi Gourmet ni..


5. Rester

Jenis bayi yang minum lambat-lambat (biar lambat asal selamat..haha). Siap boleh pause lagi. Sesi penyusuan pun jadi lama. Kadang2 sampai sejam duk menyusu. Kadang2 sampai tertidur masa menyusu.

Penyelesaian : Ibu jangan risau sebab makin lama bayi makin belajar bahawa bukannya best pun minum sikit2, lambat kenyang. Lagipun kalau masih dalam pantang kan tak buat apa, Layankan saja lah. Tapi awas kalau berat badan dia tak naik2. Bawalah berjumpa pakar dalam bidang penyusuan sebab takut memang dia tak cukup susu, yelah asyik tidur saja.






Haa…Moh kita mengelamun sebentar sambil fikir. “..Anak aku nie jenis yg macam mana..?” Lepas nie jangan lerr risau sangat kalau anak kuat nyusu @ kurang nyusu. Kalau baby sihat, ceria, berat pun bertambah nak risaukan apa lagi dak?? Apa yang penting, kita enjoy and seronok untuk menyusukan anak..





ehh, tetiba plak kluar gambar kartun..hehee




Macam biasa ye, kalau nakkan set penyusuan lengkap boleh je klik sini...