Sabtu, 26 April 2014

TIPS MENJAYAKAN PENYUSUAN KALI PERTAMA


TIPS MENJAYAKAN PENYUSUAN KALI PERTAMA







Ye..ye..Saya percaya mommies kat luar sana la nie semua da tau dah betapa hebatnya kuasa susu ibu nie. DAN. Seboleh2nya nak susukan sendiri anak..Huihh, mak mana yang tak mau susukan anak dengan susu badannya sendiri..??? kannn....


Tapi hakikatnya tak semua hasrat ibu yang nak menyusukan anak dilaksanakan dengan mudah. Ada yang terus bagi susu formula bila bayi lahir. 


KEBANYAKKANNYA kerana:

- Ibu tak tau pasal kolostrum pada minggu pertama kelahiran.
- Ibu  rasa susu ibu terus  ada selepas bayi dilahirkan.
- Ibu ingat yang kalau tak dak susu yg keluar semasa hamil, maka tiada susu selepas bersalin
- Ibu stress bila bayi sering menangis
- Ibu dipengaruhi  orang sekeliling supaya memberi bayi susu formula..mak mertua ka even ibu sendiri....sedih..


CEMANA NAK BUAT??


(1) DAPATKAN MAKLUMAT YANG BETUL TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU
Ada banyak fahaman yang salah tentang penyusuan susu ibu. Contoh: saiz breast yang kecil, keturunan tiada susu dll dianggap sebagai penyebab ibu tak boleh menyusukan anaknya.

La nie kan, bakal ibu boleh cari n dapat banyak maklumat dari buku-buku berkaitan, internet, serta kelas-kelas penyusuan yang dijalankan di seluruh negara.



(2) DAPATKAN SOKONGAN


Sokongan sangat penting bagi ibu menyusu, terutama ibu baru.. kiranya baby sulung la.. Sebabnya,  ibu yang baru melahirkan anak berada dalam fasa emosi kurang stabil, perubahan hormon serta kepenatan menguruskan si kecil..Walaupun ada yang membantu.

Sokongan kuat haruslah dari suami sendiri,  dari family, kawan2  yang juga menyusukan anak mereka serta kumpulan sokongan susu ibu yang ditubuhkan di seluruh negara.



(3) DIDIK KELUARGA TENTANG SUSU IBU


Masih ada golongan masih lagi dok ingat  susu formula sebagai susu terbaik untuk bayi. Didiklah anggota keluarga terutama ibu bapa, mentua, adik beradik, dsb tentang kebaikan penyusuan susu ibu..



(4) BELAJAR JADI IBU BAPA


Ramai bakal ibubapa lebih 'bersedia' nak sambut kelahiran anak pertama dengan perkara yang berbentuk material..Conto, katil baby lah, tilam baby lah, kelambu lah..But please.. Belajarlah  dengan membanyakkan membaca dan perkongsian tentang ilmu keibubapaan, terutama tentang pengurusan bayi baru lahir.


 Walaupun naluri keibuan tu orang kata mai sendiri tapi knowledge sangat penting bagi menghadapi saat-saat tak terduga. Macam  bayi selalu nangis & ramai yang ingat bayi dok lapar, sedangkan bayi ada 1001 sebab untuk menangis.


(5) KEKUATAN ROHANI


Ramai yang mengadu " aku dah buat semua dah..tapi tak jadi jugak..". Kita kena selalu beringat yg hidup ini adalah kerana rahmat Yang Maha Esa. Kita kena teruskan usaha secara fizikal, banyakkan berdoa, bertaubat, berzikir 





Beberapa Tips Untuk Ibu Baru:


i- Pilihlah untuk bersalin di hospital rakan bayi
ii- Jangkakan bahawa seminggu pertama susu matang masih belum ada, yang ada cuma kolostrum dan payudara ibu mungkin hanya bengkak pada hari ke-4
iii- Susukan bayi mengikut kehendaknya
iv- Bayi menangis tidak semestinya dia sedang lapar
v- Bergembiralah! Nikmati pengalaman menyusukan yang paling hebat abad ini!!!





Kalau nakkan set penyusuan terhebat dari Shaklee, boleh ke sini.

Jaundis & Susu Ibu

Sebelum tu, maii kita share pasal jaundice pada bayi baru lahir..






Jaundice 

Tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir..Bila kita tekan kulit bayi, ada nmpak cam tompok kuning.. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir. 





Tahap jaundice adalah tinggi lebih kurang hari ke 4  dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran. Ingat, jaundice bukanlah tanda anak anda sakit/tidak normal atau anak anda mengalami penyakit.

Sewaktu bayi/anak kita di dalam rahim, bahan buangan akan dibuang melalui plasenta si ibu..kita panggil dia uri. Maknanya kat sini sisa buangan bayi dibantu oleh si ibu. Tapi, selepas bayi lahir, badannya sendiri akan melakukannya. 

Salah satu bahan buangan ini adalah BILIRUBIN. Badan bayi kita perlu masa untuk “belajar” membuang bilirubin sendiri. Kalau kandungan bilirubin tinggi, ini akan menyebabkan jaundice bayi tinggi. 

Hati akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayi (sel darah merah pecah lebih cepat sewaktu bayi berbanding org dewasa). Tapi, hati bayi baru lahir masih belum matang dan mengambil masa untuk menyingkirkan bilirubin. Ini sebabnya 9 daripada 10 bayi mengalami kuning. Kalau level bilirubin terlalu tinggi, biasanya bayi akan ditahan dan diletakkan di bawah cahaya fototerapi.





Sian anak kena dok dalam nie..huhu




Bilirubin hanya boleh disingkirkan melalui najis bayi!

Dinasihatkan utk susukan bayi sekerap yang boleh supaya bilirubin boleh disingkirkan dengan cepat oleh najis bayi. Cara apa bayi boleh membuang najis dgn cepat? Tentulah susu ibu yang mudah dihadam itu! 

**Bukan susu kambing, air masak atau susu formula dan bukan ayaq sengkuang cina bagai.



Ct:Sarakids