Ahad, 30 November 2014

Petua Orang Dulu-Dulu 2.0


Assalamualaikum..

Memandangkan hari ini hari Ahad jadi Huda nak buat lagi satu entry berkaitan dengan PETUA..
Last week kita ada petua untuk hilangkan kuning baby (jaundis), petua kurangkan jerawat, petua hilangkan bau ketiak, dan sebagainya. Kali ini Huda nak tambah lagi 4 jenis petua..
Jomm kita..


Ulam Raja Banyakkan Susu Ibu

Bagi ibu yang baru melahirkan anak, amalkan memakan ulam raja bersama nasi untuk memperbanyakkan susu badan. Di samping itu, ia juga baik untuk awet muda. Selain ualam raja, kita juga boleh amalkan dengan memakan sawi, halba, minuman soya yang sudah pastinya ESP SHAKLEE, ALFALFA SHAKLEE, lobak dan lain-lain lagi.

Buah Mengkudu Hilangkan Kelemumur

Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kelemumue, ambil 3 biji buah mengkudu yang sudah tua. Campurkan dengan sedikit air. Kemudian ramas dan tapis. Guna air tersebut untuk dilumurkan pada kulit kepala yang berkelemumur itu. Biarkan selam 5 minit dan kemudian cuci seperti biasa. Boleh diamalkan sehingga kelemumur hilang.

Air Tapai Penawar Bisa

Jika anda digigit lipan, sapukan air tapai pulut pada bahagian yang disengat. In sya Allah, berkurangan sakit itu.

Petua Rawat Demam Denggi

Bagi mengurangkan gejala demam denggi, ambil 3 tangkai daun betik jantan. Kisar dengan sedikit garam dan air. Tapis airnya dan minum 2 kali sehari.


Orang dulu-dulu macam tu lah ye. Banyak petua yang kadang-kadang kita sendiri pun tak pernah dengar. Ye lah. Dulu-dulu mana kenal dengan Shaklee kan. Jadi mereka ni lebih kepada penggunaan bahan semulajadi. 

Oklah..
Tunggu minggu depan pula ye untuk lain petua.
Manalah tahu ada petua masakan pula kan..hihii
Bye....

^___^*

Terima Kasih Google..hihii


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Sabtu, 29 November 2014

AIR ASAM BERKERISIK

SEGMEN RESEPI: AIR ASAM BERKERISIK


Baru tengok saja TAPI terliur tahap jingga! Hehee..
Tapi betul tau..
Sedap sungguh sampai tak tahu nak cerita macam mana!
Sebenarnya resipi Air Asam Berkerisik tu Huda dapat dari "muka buku"..
Mak saudara Huda yang start dulu..hahaa
Saja nak kongsikan di sini..
Dengan korang semua..
Tapi Huda tahu..
Korang semua lagi expert dalam bab nak buat air asam yang macam dalam gambar tu kan..
Jomm tengok apa bahan-bahannya..




Ihsan: Pesan Nenek 

Bahan-Bahannya:

Bahan A
** 3 biji cili merah
** 15 cili api
** 1 sudu makan belacan bakar
** 2 sudu teh garam
** 2 sudu teh gula
Bahan B
2 biji tomato - dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris nipis
1 sudu makan kerisik
1 biji cili merah - dihiris bulat nipis
2 atau 3 biji limau kasturi - diambil jusnya. Kulitnya dihiris-hiris
2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak - gaul dan asingkan bijinya.

Cara Membuatnya:

Di dalam lesung, tumbuk bahan A hingga lumat. (Mesin pun boleh)
Masukkan cili merah hiris. Lenyek-lenyekkan saja.
Masukkan bawang besar. Tumbuk manja-manja saja.
Masukkan tomato. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata.
Masukkan bahan tumbuk/mesin, gaul rata.
Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang sudah dihiris. Gaul rata.
Siap!!

Makan dengan nasi panas-panas + ikan bakar. Tak kiralah ikan pari ataupun ikan kembung a.k.a temenung. Fuhh, terangkat habis!! 
Silap haribulan, mak mertua lalu pun tak perasan..hihii
Hmm okay lah. 
Jumpa lagi minggu depan okay..
Bye..!!
^___^*





Jumaat, 28 November 2014

Kaitan Makan Dan Kanser Serviks

Apa faktor risiko kanser pangkal rahim?
Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:
  • Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) - faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.
  • Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim.
  • Herpes - wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim
  • Ubatan - anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim
  • Merokok - meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.

Apakah gejala kanser pangkal rahim?
Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain. Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:
  • Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
  • Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
  • Pendarahan selepas putus haid
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Penambahan lelehan dari faraj
  • Jika anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.



Ihsan Google

Menurut seorang pakar perubatan dari Hospital Hiranandani, India, satu pertiga kes kematian membabitkan kanser serviks adalah disebabkan pola diet yang salah. Sebenarnya peryakit ini boleh dicegah dengan mengambil beberapa jenis makanan seterusnya mempraktikkan diet yang baik untuk kesihatan. Antara yang disyorkannya adalah:

Kaya Vitamin A


  • banyak makanan yang kaya dengan vitamin A. Antaranya ialah lobak merah, oren, telur tuna serta produk tenusu


Kaya Vitamin B Folat


  • bagi mencegah kanser serviks, seseorang individu perlu mengambil makanan yangkaya dengan B Folat. Ia kemudiannya bertindak membantu menurunkan paras homocysteine dan zat yang boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal pada serviks. 
  • antara makanan yang dikenalpasti ialah brokoli, kubis dan lain-lain lagi.

Kaya Bahan Antioksidan



  • Buah avokado memang terkenal sebagai bahan antioksidan yang tinggi. Pada masa yang sama, ia juga mampu melawan radikal bebas sekaligus dapat mencegah dari berkembangnya kanser.
  • Selain avokado; bluberi, lada, ceri, dan ikan salmon juga boleh diamalkan.
  • Menurut Pakar Pemakanan dari Shaklee, penyakit kanser tidak dapat dielakkan tetapi risikonya masih boleh dikurangkan. Antaranya kita digalkkan untuk mengambil banyak makanan yang tinggi dengan antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Ini kerana antioksidan dapat menstabilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh badan kita. 
  • Selain itu, ada juga yang mendakwa bahawa asid lemak omega-3 dapat membantu mencegah kanser. Tetapi buat masa ini, masih tiada bukti dan kajian saintifik yang kukuh yang dapat mengesahkan bahawa asid lemak omega-3 dapat membantu mencegah serangan kanser.



Kaya Polyphenol & Flavonoid



  • Pengambilan teh hijau, minyak zaitun, anggur merah, tomato, kacang merah, kacang tanah dan lada amatlah sangat digalakkan bagi membantu mencegah penyakit kanser. 
  • Kandungan polyphenol dan flavonoid dikatakan membantu menyekat penularan sel-sel tersebut.



Sumber: Mingguan Wanita


++++++++++++++++++++++++++++++


** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Khamis, 27 November 2014

Kebaikan Lecithin Shaklee

Fakta Menarik Mengenai Lecithin





  • Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke,heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.
  • Kenapa orang yang nak kurus sukakan Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.


  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yang tercemar,bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat penting. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak!
  • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab itu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
  • Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
  • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka yang ada alergik, high fever, asma, bronkitis dan emphysema.
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  • Lecithin juga adalah zat untuk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab itu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.
  • Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan utk membuat BILE. BILE ni fungsinya mencairkan lemak dan pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan

***Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin.






Antara fungsi lain bagi Lecithin


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Haa..kalau nakkan Lecithin Shaklee nie, boleh  hubungi saya ataupun order terus dari Shaklee. Tapi pastikan anda mempunyai kad kredit atau kad debit. Klik jer di sini -> Saya Mahu Beli Lecithin Shaklee Terus Melalui Online

Di sini ada tutorial -> Bagaimana Caranya Menggunakan E-Sell Atau Online Ordering Untuk Beli Vitamin Shaklee . Boleh refer ye..




** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Rabu, 26 November 2014

Healing Crisis Selepas Amalkan Suplemen Shaklee

HEALING CRISIS / KRISIS PENYEMBUHAN SELEPAS MAKAN SHAKLEE?


Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami? Mungkin artikel ini dapat membantu anda.

"..The healing crisis is very natural and unique for each individual. The vast majority experience very mild symptoms while others experience severe issues. The individual should understand that these symptoms are temporary and will subside as the body gets healthier and able to eliminate toxins more effectively. Symptoms usually reduce or are eliminated within two to three days but on rare occasions can last a few weeks.."
- Dr David JockersMaximized Living doctor who's specializes in functional nutrition, functional medicine and corrective chiropractic are. 

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A: Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q: Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simtom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A: Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q: Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q: Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi







+++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com



Selasa, 25 November 2014

Hilangkan Blackheads Dan Whiteheads

"Blackheads" & "Whiteheads"


Ihsan Google


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan "Blackhead" dan "Whitehead"?

·         "Blackhead" - nama dalam perubatan adalah Open Comedo. Ia adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar 'Sebaceous'. Bila ia terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut bertukar menjadi hitam. Oleh sebab itu hanya bahagian atas yang berwarna hitam.
·         "Whiteheads" - nama dalam perubatan disebut sebagai Closed Comedo. Ia adalah jerawat yang  terdiri daripada minyak dan kulit serum yang mati dan memalam  liang pori-pori di muka .  "Whiteheads" boleh ditakrifkan sebagai: sesuatu yang kecil, mutiara atau tompok putih yang terbentuk di dalam kulit di mana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut (sebab mengapa mereka juga dikenali sebagai Closed Comedo).



Insan Google


Cara Menghilangkan "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD" Dengan Vitamin Semulajadi

Sebenarnya memang sukar nak hilangkan masalah "Blackhead" dan "Whitehead" ni. Huda rasa ramai yang dah berhabis wang ringgit tetapi masalah yang sama tak selesai-selesai juga. Alhamdulillah, ada cara menghilangkan "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD"  dengan vitamin semulajadi Shaklee. Yang penting kena konsisten dalam menggunakan Vitamin E Shaklee ini.


Cara Menggunakan Vitamin E Dalam Merawat "BLACKHEAD" & "WHITEHEAD"  
  • Cuci muka dan bilas bagi besih. Gunting sikit kapsul Vitamin E Shaklee dan picit untuk keluarkan isi di dalamnya. Kemudian sapu minyak patinya di seluruh bahagian muka sebelum tidur, esoknya barulah dicuci.
  • Makan Vitamin E sebiji sehari secara konsisten



In sya Allah masalah di atas dapat diatasi jika konsisten dalam penggunaannya. Selain itu untuk mengatasi masalah ini elok juga amalkan langkah-langkah di bawah:-
  • pastikan pengambilan air kosong mencukupi 3 liter sehari.
  • cuci muka sekurang-kuranga 2x sehari.
  • tidur yang cukup.
  • makan makanan yang mencantikkan kulit seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
  • lakukan riadah yang membantu mengeluarkan peluh.
  • kawal makanan berlemak dan tinggi kolestrol.
  • Vitamin E Complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 


++++++++++++++++++++++++++++++

Haa..kalau nakkan Vitamin E Shaklee nie, boleh  hubungi saya ataupun order terus dari Shaklee. Tapi pastikan anda mempunyai kad kredit atau kad debit. Klik jer di sini -> Saya Mahu Beli Vitamin E Shaklee Terus Melalui Online

Di sini ada tutorial -> Bagaimana Caranya Menggunakan E-Sell Atau Online Ordering Untuk Beli Vitamin Shaklee . Boleh refer ye..




** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

Isnin, 24 November 2014

Kerana Terdesak Ubat Diet Pun Ubat Dietlah

Membongkar Rahsia Ubat Diet





Memandangkan dengan cara menelan ubat diet yang memberi keputusan yang kita nak lebih cepat maka ianya sering menjadi pilihan. Mungkin sebab terliur dengan iklan yang membuatkan hati kita meronta-ronta untuk mencuba. 

Tapi, sebagai seorang pengguna yang bijak kita kena selalu prihatin dengan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Makna kata, kita kena selidik dulu apa yang ada dalam sesuatu 'ubat diet' tu yang membolehkan berat badan kita turun secara mendadak.

Lebih menakutkan sekiaranya ubat diet itu diambil tidak mendapat saringan dari doktor yang bertauliah. Dalam kebanyakan kes yang melibatkan produk pelangsingan haram ataupun ubat diet yang diharamkan, ia didapati mengandungi bahan kimia seperti phentermine, amphetamine, sibutramin, fenfluramine yang diakiui mampu mengurangkan berat badan tetapi kesan sampingan yang dihadaoi adalah seperti risiko serangan sakit jantung, dan angin ahmar.

Di sini ada sedikit fakta mengenai 'ubat diet':

1. Undang masalah kesihatan 

  • kebanyakan ubat diet menggunakan sejenis zat yang di namakan sebagai ephedra yang berperanan sebagai agen pembakar lemak. Bahan ini merupakan perangsang yang kuat terhadap sistem saraf manusia. 
  • kesannya: mulut mudah menjadi kering malah penggunanya berhadapan dengan masalah insomnia, sembelit, dan peningkatan tekanan darah. Jika ianya tidak dibendung dikhuatiri akan mengundang pelbagai lagi masalah kesihatan.


2. Halang nutrisi

  • ubat diet sebenarnya menekan nafsu makan sehingga dapat menghalang kemasukan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.
  • kesannya: mudah merasa mengantuk, sukar tidur, sembelit


3. Merosakkan hati

  • sesetengah ubat diet yang dihasilkan membuatkan lemak semulajadi susah untuk dicerna oleh tubuh. Disebabkan itu, lemak berkenaan turut disingkirkan sedangkan ianya masih diperlukan.


4. Membazirkan  wang

  • pengguna seperti kita kekadang mudah sangat terpengaruh dengan kesan pantas ubat diet. "Akibat terdesak terpaksa ku telan jua". Sedangkan masih ada banyak lagi cara yang selamat dan efektif malah menjimatkan wang. Walaupun kesannya mengambil sedikit masa namun dari aspek kesihatan ianya selamat dan berkesan. Macam Shaklee...hihii




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com



Ahad, 23 November 2014

Petua Orang Dulu-Dulu

Assalamualaikum..

Hari ini sengaja Huda buat entri berkaitan dengan petua. Macam-macam jenis petua ada. Tapi kali ni cuma sempat buat 5 saja. Jomm kita...


Atasi Masalah Bayi Kuning


Bayi yang baru lahir selalunya akan berhadapan dengan masalah kuning. Salah satu cara untuk merawatnya adalah dengan menggunakan daun belimbing buluh. Daun direbus dan air rebusan daun belimbing buluh itu digunakan sebagai air mandian bayi. Mandikan bayi setiap pagi selama 3 hari berturut-turut. In sya Allah kuning akan turun..



Daun Sirih Hilangkan Bekas Jerawat


     Haa..parut jerawat memang menjejaskan kulit muka kita. Jadi bagi yang mahu menggunakan cara tradisional untuk menghilangkannya bolehlah cuba petua ni ya. Ambil beberapa helai daun sirih muda kemudian tumbuk hingga hancur. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia kering seketika. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan 3 kali seminggu.

     Tapi kan, kalau kita ni jenis yang malas nak 'renyah' boleh amalkan dengan menyapu Vitamin E Shaklee 2 kali seminggu ke seluruh wajah. Bagaimana caranya? Mudah saja. Dengan menggunting sedikit bahagian kapsul Vitamin E Shaklee. Keluarkan isinya dan sapu ke seluruh wajah atau ditempat jerawat tadi.



Limau Nipis Hilangkan Bau Ketiak Hangit


Bagi mereka yang mengalami masalah ketiak hangit, bolehlah gosok limau nipis di bahagian tersebut selama 2-3 minit. Amalkan 3 kali seminggu. In sya Allah masalah bau itu akan dapat di atasi.

     Anda boleh juga amalkan Alfalfa Shaklee setiap hari. Bagaimana caranya? Senang saja. Tak payah susah-susah nak mencari bahan. Cuma dengan memakan Alfalfa Shaklee sebanyak 2-3 biji sehari ataupun bergantung kepada tahap badan masing-masing. Maksimum dos 10 biji sehari. Ingat ye. Jangan lebih dari 10 biji sehari tau.Pastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari.Alfalfa Shaklee memang terkenal dengan NATURAL BODY DEODORIZER.



Menghilangkan Lebam Bawah Mata


Ramai yang menghadapi masalah sembap apabila kurang tidur. Namun bagi yang tak boleh mengelakkannya makan amalkanlah petua ini ye. Ambil uncang teh yang dah digunakan lalu lekapkan pada mata. Biarkan semalaman. Kiranya kita tidur dengan uncang-uncang sekali. Pastikan buat di kedua belah mata ye. Hahaa...Lakukan 3 kali seminggu. In sya Allah...


Petua Kempis Perut Selepas Bersalin


Biasalahkan. Asal lepas bersalin saja bentuk tubuh mesti tak seperti dulu. Perut semestinya penuh dengan lemak. Siapa yang punya kulit tebal dibahagian perut lagilah ketara buncitnya itu. Hihii...Tapi jangan risau. Kita ada banyak kaedah yang boleh diamalkan. Ambil 5 helai daun sirih dan cuci bersih. Rebus dengan air sebanyak 3 cawan besar. Didihkan sehingga air sirih menjadi satu cawan. Biarkan ia suam dan bolehlah diminum. Minum pada waktu pagi. Ia amat sesuai diamalkan oleh ibu lepas bersalin bagi mengempiskan perut. Amalkan 2 kali seminggu.

Cara yang lain pula ialah dengan mengamalkan Set Back To Normal Shaklee. Set yang membantu mengembalikan bentuk tubuh anda. Tapi yang paling penting sekali ialah konsisten menggunakan set ini, jaga pemakanan dan lakukan senaman. In sya Allah..


Ihsan Google


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com