Ahad, 15 Jun 2014

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Risiko Mendapat Osteoporosis

Assalamualaikum...

Hari nie berapa gelas susu yang kita dah minum? Minumlah sekurang-kurangnya 2 gelas susu berkalsium tinggi..^__^*

Orait. Seperti yang dijanjikan ye, hari nie nak sambung sikit pasal osteoporosis.  Tapi yang ini more on faktor-faktor yang meningkatkan risiko mendapat osteoporosis. Artikel nie diambil dari htaiping.moh.gov.my

Antaranya:

■ ATLET PROFESIONAL - yang menggunakan tenaga di tahap optimum seperti pelari marathon.

■ KURANG BERSENAM & DIET RENDAH KALSIUM - badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikan individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yg tinggi walaupun dengan nutrient yg cukup. Beberapa kajian menunjukkan bahawa senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan tulang (BMD) wanita yang menopause.

■ WANITA - lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3% kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5% setiap tahun bagi wanita.

■ BERBANGSA ASIA @ CAMPURAN ASIA - warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang tinggi berbanding warga Eropah dan Asia.

■ TERLALU KURUS & MEMILIKI KERANGKA TULANG YANG KECIL - berat badan berlebihan melindungi tulang daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat atau hormon leptin.

■ SEJARAH KELUARGA - ibunyg pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko 2x ganda lebih tinggi.

■ MENGALAMI KERETAKAN @ PATAH TULANG KETIKA DEWASA

■ MEROKOK & PENGAMBILAN ALKOHOL BERLEBIHAN

■ PENYERAPAN NUTREN & MAKANAN TIDAK SEMPURNA - nutrien yang tidak diserap dengan sempurna juga berisiko mendapat osteoporosis.

■ MENOPAUSE - wanita boleh kehilangan sehingga 4% kepadatan tulang setiap tahun untuk 5 hingga 10 tahun pertama selepas menopause. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30% dlm tempoh 10 tahun tersebut!!

■ PARAS HORMON RENDAH ketika menopause atau selepas melakukan pembedahan , embuang kedua-dua belah ovari.

■ RAWATAN KIMOTERAPI

■ AMENORRHEA - tiada haid dikalangan wanita muda yg menyebabkan estrogen rendah. Ia boleh terjadi kepada wanita yg melakukan senama terlalu ekstrim.

■ KURANG VITAMIN D - ia membantu badan menyerap kalsium dengan baik.

■ PEMGAMBILAN SESETENGAH UBAT - seperti heparian (untuk cairkan darah)

♡♡♡♡♡

Kalau anda dalam kategori seperti di atas, silalah cepat2 ambil tindakan. Makanlah lebih kalsium yg ada vitamin d sama. Minum susu atau makan makanan yg dari produk tenusu.

Nakkan satu vitamin yang lengkap dengan nutrisi yg berkaitan dengan kalsium dll, saya cadangkan OSTEMATRIX SHAKLEE. Complete.  ;)

Fb: Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167
Id Shaklee: 1071145