Assalamualaikum..
Memandangkan hari ini hari Ahad jadi Huda nak buat lagi satu entry berkaitan dengan PETUA..
Last week kita ada petua untuk hilangkan kuning baby (jaundis), petua kurangkan jerawat, petua hilangkan bau ketiak, dan sebagainya. Kali ini Huda nak tambah lagi 4 jenis petua..
Jomm kita..
Ulam Raja Banyakkan Susu Ibu
Bagi ibu yang baru melahirkan anak, amalkan memakan ulam raja bersama nasi untuk memperbanyakkan susu badan. Di samping itu, ia juga baik untuk awet muda. Selain ualam raja, kita juga boleh amalkan dengan memakan sawi, halba, minuman soya yang sudah pastinya ESP SHAKLEE, ALFALFA SHAKLEE, lobak dan lain-lain lagi.
Buah Mengkudu Hilangkan Kelemumur
Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kelemumue, ambil 3 biji buah mengkudu yang sudah tua. Campurkan dengan sedikit air. Kemudian ramas dan tapis. Guna air tersebut untuk dilumurkan pada kulit kepala yang berkelemumur itu. Biarkan selam 5 minit dan kemudian cuci seperti biasa. Boleh diamalkan sehingga kelemumur hilang.
Air Tapai Penawar Bisa
Jika anda digigit lipan, sapukan air tapai pulut pada bahagian yang disengat. In sya Allah, berkurangan sakit itu.
Petua Rawat Demam Denggi
Bagi mengurangkan gejala demam denggi, ambil 3 tangkai daun betik jantan. Kisar dengan sedikit garam dan air. Tapis airnya dan minum 2 kali sehari.
Orang dulu-dulu macam tu lah ye. Banyak petua yang kadang-kadang kita sendiri pun tak pernah dengar. Ye lah. Dulu-dulu mana kenal dengan Shaklee kan. Jadi mereka ni lebih kepada penggunaan bahan semulajadi.
Oklah..
Tunggu minggu depan pula ye untuk lain petua.
Manalah tahu ada petua masakan pula kan..hihii
Bye....
^___^*
Terima Kasih Google..hihii |
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. **
Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:
Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com