Bekas Menyimpan Susu Perahan
Hasil Google: Suatu ketika dulu, peti sejuk rumah pernah penuh cenggini.. Bahagia Ku Rasa ^________^ |
Sebenarnya, tak banyak kajian berkaitan dengan alatan yang terbaik untuk menyimpan susu ibu dan kalau ada pun kadang-kadang tu bercanggah antara satu sama lain. Tak kiralah bagaimana mak-mak nak simpan susu perahan, pastikan bekas tu betul-betul selamat dan bersih. Huda ada google pasal bekas menyimpan susu nie. Rata-ratanya menggunakan beg plastik khas yang dibuat khas untuk menyimpan susu perahan. Selain tu, ada jugak yang simpan dalam botol susu, bekas dadih, dan ada juga yang simpan dalam plastik aiskrim (sebab baru ku tahu!).
Bekas Plastik Sebagai Tempat Simpan Susu Perahan
- Seeloknya, guna plastik yang dibuat khas untuk simpan stok ebm kita tu yang rata-ratanya tebal dan tahan lasak
- And of coz, yang dapat jimat ruang dalam peti sejuk kita
- Plastik penyimpan yang nipis tak digalakkan untuk digunakan sebagai bekas menyimpan stok susu sebab dikhuatiri mudah bocor dan pecah bila kita sejukbekukan susu tu
5 Kaedah Yang Harus Dijadikan Panduan Sekiranya Kita Nak Guna Bekas Membuat Dadih Sebagai Bekas Menyimpan Stok Ebm
- Tengok dulu kod yang ada dibawah bekas dadih tu.
- Cuba elakkan dari menggunakan bekas yang ada kod nombor 3, 6 dan 7
- Bekas yang paling selamat adalah yang ada kod nombor 5 sebab ianya diperbuat daripada polypropylene.
- Jangan guna lebih dari 1 kali sebab dikhuatiri bahan kimia mungkin menyerap masuk dalam susu.
- Pusat Racun Negara menyatakan bahawa, penggunaan bekas dadih adalah selamat sekiranya ia diperbuat daripada polypropylene. Namun penggunaan yang berulangkali amat tidak digalakkan
Sumber: Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu
Alahaii..sedap pulak bila tengok lama-lama dadih nie. |
Sebagai mak atau abah kepada bayi yang so adorable, kita juga kena ada sedikit ilmu pengetahuan tentang hal-hal nie semua. Nampak remeh tapi kesan dia sangat besar pada anak-anak kita. Selain dari harga, aspek lain pun kena ambil perhatian jugak macam kebersihan, keselamatan dan sebagainya. Dan yang pasti BERSIH. ^___^
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. **
Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:
Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com