Sabtu, 15 November 2014

Punca Kemaruk Makanan Tertentu

Kemaruk Makanan


Ia disebabkan kerana tubuh badan kita kemaruk dengan makanan yang meningkatkan aktiviti kelenjar hormon yang dominan. Kita sukakan makanan tertentu yang meningkatkan aktiviti kelanjar dominan sebab tubuh badan kita akan merasa "puas hati"  apabila hormon dominan meningkat. 

Contohnya macam ni..

"..Huda suka sangat makan makanan yang masam. Tak kiralah asam boi, buah mangga dan lain-lain. Kalau makan buah jambu sekalipun, Huda akan makan bersama asam. Kiranya makan benda-benda masam ni dah jadi satu aktiviti kegemaran sejak dari zaman anak dara. Dan walaupun dah berkahwin, berkerjaya, "tabiat" kegemaran ni tetap diminati.."

&

"..Amalina adik kepada Huda tak berapa suka makan makanan yang masam. Tapi lebih kepada makanan yang yang memberi rasa sederhana seperti sup panas dan buah-buahan segar tanpa asam boi.."



Pengaruh Hormon Ikut Kumpulan

Kumpulan P 

  • merupakan mereka yang mempunyai kelenjar pituitari yang aktif (masa form 4 belajar segala jenis kelenjar kan hihi). Mereka senang di kesan sebab punya bentuk kepala yang agak besar berbanding orang lain.
  • mereka punya soket mata yang bulat sebab tu mereka ni kelihatan awet muda. Bentuk tubuh pula sering mempunyai rangka kaki yang panjang dan rangka tubuh yang pendek.
  • Mereka nampak seperti kanak-kanak riang. Sifat utama kumpulan ini ialah suka berangan dan berfantasi. Mudah didekati tapi susah nak difahami dan sering berkhayal dalam dunia fantasi mereka.
  • Mereka berhati baik dan mudah kalau kita nak minta tolong. Mereka ni merupakan pekerja yang senang mengikut arahan. Makanan kegemaran mereka biasanya yang berempah dan agak panas. Mereka bercitarasa lembut dan bersederhana


Kumpulan L 

  • Kumpulan ni mempunyai perut yang besar. Walaupun badan tak berapa gemuk tapi perut still buncit dan kendur. Mereka punya perwatakan yang suka berjenaka dan pendengar yang setia. Sebagai kawan, mereka boleh dipercayai dan menghiburkan.
  • Kumpulan golongan nie sangat gemarkan makan makanan yang berlemak. Masak lemak cili api, masak lemak kubis, kari kepala ikan, nasi lemak..haaa banyak lagi lah. Sebab tu lah mereka ni mudah terkena masalah yang berkaitan dengan jantung dan kolestrol. (sila klik sini). 



Kumpulan Adrenal

  • Kumpulan ni punya kelompok paling ramai. Mereka mempunyai bentuk tubuh epal. Rangka tubuh bahagian atas agak berisi manakala dibahagian bawah nampak kecil. Bentuk muka mereka sering kali bulat.
  • Kumpulan nie rajin bekerja, bersemangat dan sering berjaya dalam kerjaya. Tapi mudah stress dan cepat marah (sila klik sini) . Mereka tak pandai mengawal rasa marah. Namun sifat setia kawan dan prihatin adalah jiwa mereka.
  • Mereka sering menjadi bos dalam sebuah organisasi. Oleh sebab mereka mengumpul lemak dibahagian muka, leher dan badan di bahagian atas, wajahmereka menjadi terlalu bulat dan berpenampilan tidak menarik.
  • Makanan kegemaran mereka ialah karbohidrat dan juga yang masin-masin dan mereka mudah terkena penyakit kencing manis. (sila telan vivix ye..hihi)


Kumpulan T   

  • Merupakan kumpulan yang agak besar. Mempunyai bentuk muka yang bujur dan panjang. Sering mempunyai bentuk badan yang seimbang dimana bahagian tangan dan kaki kelihatan sama panjang.
  • Mereka cenderung dalam sukan jenis marathon. Kiranya "hantu" sukan..Sebab terlalu minat sukan.
  • Makanan mereka sederhana saja. Tak berapa manis dan tak berapa pedas. Yang sedang-sedang saja..bak lagu Iwan Dangdut.hihi..  tapi kadang-kadang mereka ni agak cerewet dalam memilih makanan kegemaran mereka.
  • Mereka amat sensitif, suka pendam perasaan, perahsia dan sangat berhati-hati dalam memilih sahabat.
  • Penyakit yang sering melanda mereka ialah penyakit jantung dan masalah saluran darah. sila klik sini

Kumpulan O

  • Huruf O merujuk ovari wanita. Biasanya ahli kumpulan ini terdiri daripada golongan wanita sahaja. Mereka mempunyai lemak yang banyak dibahagian paha dan punggung.
  • Bentuk badan mereka ialah jenis pear. Mereka bersifat penyayang dan mempunyai ciri-ciri keibuan yang tinggi. Mereka sering bercakap tanpa memikirkan akibat. Sebab tu mereka sering dilabel celupar.
  • Makanan kegemaran ialah yang berasaskan keju. Gemarkan kek, mentega dan kuih-kuih yang lembut dan berkrim.
  • Masalah kesihatan yang sering mengganggu mereka ialah masalah berkaitan rahim seperti fibroid dan masalah period.



Sumber: Dr. Rushmini, Perunding Kecantikan Marissa Esthetic