HEALING CRISIS / KRISIS PENYEMBUHAN SELEPAS MAKAN SHAKLEE?
Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami? Mungkin artikel ini dapat membantu anda.
"..The healing crisis is very natural and unique for each individual. The vast majority experience very mild symptoms while others experience severe issues. The individual should understand that these symptoms are temporary and will subside as the body gets healthier and able to eliminate toxins more effectively. Symptoms usually reduce or are eliminated within two to three days but on rare occasions can last a few weeks.."
- Dr David Jockers, Maximized Living doctor who's specializes in functional nutrition, functional medicine and corrective chiropractic are.
Q: Apakah
yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A: Ia merupakan satu
proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina
semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari
proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama
terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin,
badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa,
dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan
terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Q: Mengapakah krisis
penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A: Menurut
Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita
menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan
oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi
menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama
dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda
akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan
satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah
sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan
serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar
daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih
teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi
selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan
kembali bersih seperti baru.
Q: Adakah krisis
penyembuhan petanda yang baik?
A: Ya. Krisis
penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan
kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir
yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses
penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk
mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan
hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup
kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses
penyembuhan itu berlaku.
Q: Adakah setiap orang
akan mengalami petanda dan simtom yang sama semasa krisis penyembuhan?
A: Setiap orang
adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik
sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan
merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin
di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Q: Secara umumnya,
berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A: Ia sebenarnya
bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil
masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Q: Ramai orang
bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih
mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan,
Mengapa?
A: Secara
umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah
merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih
baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai
masalah seperti:
- Tidak mengamalkannya setiap
hari
- Tidak mengikut dos yang telah
di cadangkan
- Takut kepada krisis penyembuhan,
lalu berhenti dari mengambilnya
- Pemakanan yang tidak sempurna
serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
- Mengalami penyakit kronik yang
memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
- Mengalami keadaan yang kronik
yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan
tambahan
- Mengalami masalah emosi
+++++++++++++++++++++++++++++
** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. **
Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:
Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com