Khamis, 6 November 2014

5 Masker Atasi Masalah Kulit

Segmen Masker!!


Hmmm seronok sungguh kalau apa-apa yang berkaitan dengan kecantikan. Tak kiralah untuk lelaki ataupun wanita. Termasuklah Huda. Tambah-tambah kalau bahan tu senang nak dapat. Macam telur, pisang, madu, tomato dll.

Bukannya sebab apa pun. Tak semua orang sesuai dengan produk yang berlambak dipasaran. Ada yang alami alahan terutamanya pada mereka yang mengalami kulit sensitif. Jadi sebab tu lah, entry kali nie lebih kepada bahan-bahan semulajadi. 


Mohhh Kite!!!!



Masker Strawberi: Meremajakan Kulit

Bahan-bahan: 
  1. 4 biji buah strawberi-dikisar halus
  2. 2 sudu air mawar
  3. 2 sudu putih telur
  4. 1 sudu madu
Cara Membuatnya:
  • Gaulkan ke semua bahan tadi sampai sebati
  • Sapukan pada wajah dan leher, biarkan sampai kering
  • Kemudian bilas dengan air suam

Khasiat: Kaya dengan saliki dan Vitamin B, C, E & K. Ia dapat membantu menegangkan dan meremajakan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit. Gunakan 2 kali seminggu.

Masker Avokado: Atasi Kulit Kering

Bahan-bahan:
  1. Setengah biji buah avokado
  2. 4 sudu air mawar
  3. Kapas muka
Cara Membuatnya:
  • Kisar buah avokado sampai halus
  • Sapukan pada seluruh wajah dan leher
  • Biarkan selama 30 minit
  • Cuci wajah dengan kapas yang direndam dengan air mawar

Khasiat: Mengandungi asid amino. Sangat sesuai untuk golongan yang mempunyai masalah kulit kering.





Masker Tomato : Menghaluskan Wajah

Bahan-bahan:
  1. 1 biji tomato masak
Cara Membuatnya:
  • Lenyek buah tomato sampai lumat
  • Sapukan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit
  • Bilas dengan air bersih
  • Bagi mereka yang berdepan masalah kulit terbakar, perah tomato kemudia sapukan air perahan tomato tadi (dapat menyejukkan wajah dan menyamakan tona kulit)




Khasiat: Kaya dengan zat besi, protein dan Vitamin A. Dapat menghaluskan wajah dan mengatasi masalah kulit terbakar.


Masker Pisang : Melembapkan Kulit

Bahan-bahan:
  1. 1 ulas pisang
  2. 2 sudu minyak zaitun

Cara Membuatnya:
  • Lenyek pisang sampai lumat dan campurkan bersama minyak zaitun. Kacau sebati.
  • Sapukan pada wajah. Biarkan selama 10-15 minit kemudia bilas dengan air suam





Khasiat: Kandungan vitamin, serotinin dan tanin dalam pisang dikatakan amat mujarab untuk melembapkan kulit wajah. Ia juga membantu menghilangkan parut dan cela pada wajah


Masker Lemon : Mencerahkan & Mengawal Minyak

Bahan-bahan: 
  1. 1 biji perahan lemon
  2. 1 biji putih telur


Cara Membuatnya:
  • Campurkan air perahan lemon dan putih telur
  • Gaulkan sebati dan sapukan pada wajah
  • Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air suam
Khasiat: Mengandungi vitamin A, C, B1, B2 dan B3. Penggunaan secara konsisten akan membuatkan kulit wajah cerah sekata dan dapat mengatsi kulit berminyak





Sumber: Mingguan Wanita




Haaa...acanerr??
Mesti nak buat jugakkan??
Mohh lerr kite...!!!

Pakat-pakat Cantik 


















Kaitan Matahari Dan Ostematrix

Vitamin D: Matahari Dan Ostematrix


Kita selalu kaitkan Vitamin D dengan matahari. Betulkan? Macam mana nak dapatkannya?? Dengan 'mengambil' cahayanya pada waktu pagi. Tapi tak ramai yang tahu kegunaan vitamin d ini. Antaranya ialah:

• Untuk pembentukan dan perkembangan tulang
• Memperbaiki masalah tulang
• Membantu penyerapan kalsium dan fosforus oleh tulang
• Memperkukuhkan sistem imun tubuh
• Mengekalkan fungsi otak / memori (mengelakkan nyanyuk)
• Membantu dalam mengurangkan berat badan
• Mengurangkan serangan penyakit asthma
• Mengurangkan risiko penyakit radang sendi (rheumatoid arthritis)
• Melindungi tubuh dari kerosakan radiasi / radikal bebas
• Mengurangkan risiko mendapat kanser
• Membantu dalam rawatan penyakit TB (tuberkulosis / batuk kering)
• Mengurangkan risiko kematian yang disebabkan oleh serangan jantung



Cara dapatkan sumber vitamin D yang diperlukan tubuh


1. Tindak-balas kulit dan matahari
2. Makanan dan suplemen 

Dengan kerap kali berjemur di bawah matahari pagi, kulit mungkin akan dapat menghasilkan vitamin D TAPI agak-agak kita tahu tak apa yang terkandung di dalam matahari pagitu? Adakah ia benar-benar bagus dan selamat?



FAKTA yang perlu kita tahu tentang sinaran UV (matahari)


1. Vitamin D kurang terhasil dari tindak-balas matahari jika mempunyai kulit yang gelap atau jika memakai sun-block
2. Sinaran matahari pada pukul 11 pagi hingga 3 petang adalah sangat terik dan tidak selamat. 
3. Boleh menyebabkan kanser kulit
4. Boleh mendatangkan masalah penglihatan seperti katarak
5. Boleh mengganggu sistem imun tubuh
6. Akan menyebabkan kulit mengalami simptom penuaan pra-matang


KESAN sinaran UV (matahari) terhadap KULIT


  • Merosakkan kolagen pada kulit
  • Merosakkan elastin pada kulit yang menyebabkan kulit hilang keanjalan
  • Pigmentasi / kulit menjadi gelap
  • Jeragat, bintik-bintik gelap
  • Kulit kasar
  • Garis-garis penuaan
  • Warna kulit tidak sekata
  • Tompok-tompok merah
  • Kanser kulit


Walaupun kita tahu yang Vitamin D sangat penting untuk tubuh dan matahari penting untuk penghasilan Vitamin D itu, tetapi ia tetap berberisiko untuk mendapat pelbagai masalah pada kulit dan tubuh. Ada cara yang lain yang mudah dan selamat. Caranya adalah dengan pengambilan suplemen.

DAN supplemen itu pastinya Ostematrix Dari Shaklee!!

Sepintas Lalu Tentang Ostematrix



  • Mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh seperti kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan boron.
  • Sangat berkesan dan telah diakui oleh ramai pengguna.
  • Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita, dan menghalang endapan sesetengah mineral.
  • Kebanyakan kalsium dipasaran tidak menepati kandungan di atas maka sebab itulah ye bila kita mengambil ostematrix shaklee, kita akan dapat merasai kesan yang sangat cepat dan menakjubkan.
  • Dan yang pasti ianya selamat dan 100% semulajadi!!




Siapa Yang Perlu Ambil Ostematrix Shaklee?


  • Individu yang mengalami sakit pinggang, sakit lutut dan sendi
  • Individu yang sering mengalami kebas kaki/tangan (sebab tak cukup kalsium dalam badan)
  • Ibu-ibu hamil 
  • Individu yang sembelit, yang tak suka minum susu/alah pada susu
  • Ibu menyusu yang sememangnya memerlukan jumlah kalsium yang tinggi
  • Individu yang sering dalam keletihan dan stress









Manfaat Utama Ostematrix Shaklee

  • Menguatkan tulang, kuku, gigi dan sistem saraf
  • Ia juga dapat membantu merawat tulang retak, kuku rapuh, ekzema, kekejangan dan gusi berdarah
  • Membantu mengatasi kekejangan dan kebas-kebas
  • Pengambilan ostematrix sebelum tidur dapat membantu mengurangkan rasa kebas-kebas, kejang, sakit sendi
  • Membantu mengurangkan stress kerana ia dapat mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena dan membantu mood swing ketika sakit kepala
  • Mengurangkan masalah haid. Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak  dapat meringankan sakit ketika waktu datang bulan dan membantu pembuangan air kecil.
  • Membantu mengurangkan hiperaktif perut dan masalah gastrik
  • Membantu atlet sukan membekalkan kalsium dan mineral penting dalam tubuh. Justeru, pergerakan dan aktiviti lasak dapat dilakukan dengan selesa dan mudah







+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sekiranya anda ingin bertanyakan soalan boleh terus hubungi huda di alamat yang tertera ye. 


ATAUPUN

Klik sini untuk belian terus --> Saya Mahu Beli Ostematrix Terus Melalui Online

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:
Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167
Email: nurulhudasobari85@gmail.com