Jumaat, 21 November 2014

Nak Cantik Tapi Jangan Sampai Gadai Nyawa

Hati-Hati Beli Dan Buat Rawatan Kecantikan


Ihsan Google

Walaupun ramai yang tak nak mengaku, tapi percayalah hakikatnya memang ada di kalangan kita yang obses kepada kecantikkan! Hanya kerana hendak memiliki bentuk badan yang langsing, kaum wanita ini SANGGUP BUAT APA SAHAJA, ASAL CANTIK. Bila dah desperate, memang tak kira baik buruk dah. Main redah je. Bukan setakat mencuba pelbagai produk yang berlambak di pasaran dan melakukan rawatan di spa tapi ada yang sampai sanggup buat pembedahan plastik hanya semata-mata nak tampil sempurna!

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pakar Bedah Plastik Estetik Antarabangsa (ISAPS) pada tahun 2011, 15 juta penduduk dunia menjalani pembedahan plastik hanya semata-mata untuk menambah daya tarikan pada diri mereka. Dan top country tahu negara mana?? Huda yakin korang semua mesti tahu punyalah. Negara itu ialah Korea, Jepun dan China!

Kiranya pembedahan plastik dah jadi macam satu sindrom dah kan? Orang ramai pun dah tak berapa nak kisah dah. Hmm..tak patut..tak patut.


Ihsan Google



TIPS: MEMBELI DAN MEMBUAT RAWATAN KECANTIKAN


  1. Baca isi kandungan produk dan tarikh luput.
  2. Kenalpasti ketulenan produk dengan menyemak nombor pendaftaran dengan BPFK.
  3. Dapatkan nasihat doktor sebelum membeli produk dan melakukan sebarang rawatan kecantikan mahupun pelangsingan.
  4. Bagi anda yang mahu melakukan rawatan kosmetik, dapatkan konsultasi daripada pakar untuk mengetahui risiko dan prosedur rawatan.
  5. Semak kelayakan doktor yang akan membuat rawatan. Jangan sesekali melakukan prosedur ini dengan golongan yang tidak diiktiraf kerana ia mungkin membahayakan nyawa anda!



Yang ni tak berkaitan kot. Suka tengok famili Beckham.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610

Email: nhudas8575@gmail.com