Isnin, 16 Jun 2014

Kebaikan Pisang

*** SESI TAMBAH ILMU ***

Assalamualaikum...

♥♥♥♥♥

Hari nie nak santai jer. Tak nak beratkan kepala memikirkan benda2 yang 'heavy' untuk di taip..

Pisang is one of my favourite fruit. Termasuklah anak-anak sekali.

♥♥♥♥♥

Kebaikan Pisang

PISANG mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian...

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.



**ppsstt...BERSAMBUNG :)

Anak2 plak dok buat bunyi bagai..
Nanti kita sambung lagi okay..

Fb: Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167
Id Shaklee: 1071145