Tips Diet Untuk Pesakit Kencing Manis
Kencing Manis terjadi bila ada lebihan gula dalam badan kita. Bila kandungan gula dalam darah tinggi dalam jangkamasa yang panjang, ia akan menimbulkan masalah lain dalam badan kita. Contohnya seperti kegagalan buah pinggang, masalah jantung, strok dan sebagainya. Bila kita dah kena penyakit kencing manis ni, darah akan lambat kering sekiranya terluka.
Jadi bagaimana kita nak mencegah kencing manis ni? Sudah tentulah dengan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang sebab diet yang rendah gula dan pemakanan yang seimbang akan mengurangkan risiko kencing manis.
Di sini ada sedikit tips untuk pesakit kencing manis. Jomm kita..!
Ihsan: Google |
1. Makan
Makanan Yang Berserat Tinggi
- Contoh: oat, beras perang, roti serat penuh (wholegrain) dan lain-lain. Menurut kajian Harvard School of Medicine, pemakanan yang tinggi dengan serat akan menurunkan risiko mendapat penyakit diabetis diantara 35% hingga 42%. Contohnya makanan oat yang sangat tinggi kandungan serat boleh larut membantu melambatkan penyerapan glukosa dalam usus seterusnya membantu mengawal paras gula. Secara tidak langsung, ia juga menurunkan paras kolesterol, mencegah sembelit dan membantu menurunkan berat badan.
2. Makan Kekacang
- Contoh: kacang ginjal, kacang pis, dan kacang kuda adalah rendah lemak dan tinggi protei. Ia juga kaya dengan serat boleh larut yang boleh menstabilkan paras gula dalam darah.
- Manakala jenis kacang seperti almond, pistachio, gajus, macademia, kacang tanah, dan kuaci juga amat baik untuk dijadikan sebagai ‘snek’. Kacang almond yang tidak dicampur dengan garam adalah sumber yang baik tinggi protein dan karbohidrat sihat disamping lemak mono tak tepu (monounsaturated) yang berfaedah untuk mengurangkan kolesterol dan risiko sakit jantung. Lemak yang baik dalam kacang almond juga membantu menstabilkan paras glukosa dalam darah dengan melambatkan penyerapan glukosa secara beransur-ansur dalam usus.
- Menurut kajian Harvard University berkenaan pengambilan kacang almond merumuskan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium seperti almond, kuaci biji labu, bayam akan mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetis sehingga 33%.
3. Makan
Ikan
- Ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi yang amat baik untuk mencegah penyakit diabetis dan membantu pesakit diabetis untuk mengawal paras glukosa darah dengan lebih baik.
- Menurut kajian Dr Sven Ebbeson dari University of Virginia, USA yang mengkaji kesan omega-3 kepada penduduk Alaska yang hampir mengidap diabetis (prediabetics). Kesimpulan dari kajian beliau menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah seseorang mendapat diabetis sepenuhnya dan membantu mengawal paras glukosa dalam darah dengan lebih baik. Ikan salmon adalah antara ikan yang kaya dengan omega-3.
- Dengan mengambil lebih sayur-sayuran dalam diet seharian membantu mengawal paras glukosa darah dan mampu mencegah diabetis. Sayur-sayuran samada dimasak atau diambil sebagai ulam adalah satu cara terbaik mencegah diabetis.
- Terdapat kajian yang dilaporkan dalam The Journal of Nutrition pada tahun 2003 menunjukkan sayuran yang pahit iaitu peria , didapati boleh mengawal diabetis kerana ia mengandungi sebatian polipeptide-p dan alkaloid yang pahit. Begitu juga dengan ulam yang pahit seperti petai didapati boleh memberi kesan yang serupa.
5. Makan
lebih Buah-buahan
- Makan lebih buah-buahan yang ‘rangup’ seperti jambu batu, epal, pear dan lain-lain.
- Kurangkan buah-buahan yang tinggi gula dan rendah seratnya seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain lagi. Lebihkan makan buah-buahan tempatan seperti betik, mangga, tembikai susu, limau bali, limau manis, duku, langsat, dokong, pisang dan lain-lain.
Sumber: Dr. Norman, Live To Serve