Isnin, 28 April 2014

CARA URUSKAN SUSU IBU

Senang Jerr Nak Simpan



Semua nie based on apa yang ada dalam artikel, dari blog2, dan dari sedikit pengalaman saya sendiri masa anak ke dua. Anak pertama dulu dan buat sat jaa....huhuuu. So, jangan jadi macam saya. Menyesal tak sudah..!!


1. PAM SUSU IBU-SETIAP BREAST SELAMA 10 MIN

(Perah guna tangan, pam manual / bateri / elektrik (double / single pam)

·   Susu yg baru di pam / perah boleh bertahan pada suhu bilik Max. 4jam.
·   Susu perahan boleh diberi terus kpd bayi atau di simpan dlm peti sejuk /disejukkan dalam   cooler bag berisi ice pack (4 ice pack tahan 12jam untuk tampung 6-8 biji botol susu simpan)
(ice pack boleh diulang pakai selama 1 tahun. Bekukan ice pack Min.8 jam sebelum guna)
·   Simpan susu perahan dalam ice box pun boleh. Isi dengan ais kiub banyak-banyak

 Cara terbaik - tuang susu yang diperah ikut keperluan bayi ke dalam botol susu minum. Lebihan susu dalam botol susu simpan disimpan dlm peti sejuk bahagian bawah untuk dijadikan stok untuk keesokan hari @ Untuk Bayi


2. SEJUKKAN SUSU  (peti sejuk belah bawah – Max 48 jam)

1. Dalam tempoh 48 jam, susu perahan perlu diguna untuk bekalan anak keesokan hari @ pun
    dibekukan.

Jika untuk bekukan terus;
      2. Susu perlu disejukkan Min. 1/2 jam sebelum dibekukan @ dicampur ke dalam botol simpan   berisi separuh susu beku. 

SELEPAS DISEJUKKAN DALAM PETI AIS MINIMUM 1/2JAM

Sekiranya Untuk Bayi Menyusu·   
Susu sejuk yang cair,- tuang ke dalam botol susu minum, rendam seketika dlm air panas hingga tahap suam yg sesuai untuk bayi. (titikkan sikit kat tangan sebelum bagi kat baby). Susu yang tidak habis diminum dalam tempoh 1jam tidak boleh ulang minum atau di simpan dalam peti ais semula.

Sekiranya Untuk Beku (simpanan/stok)
· Simpan lebihan susu yang tidak bercampur dengan lebihan susu yang telah diminum oleh bayi ke dalam botol simpan @ plastik khas
· Guna botol simpan / plastik – boleh isi ikut berapa auns baby minum @ isi penuh botol (perlu tinggal ruang kosong dalam ½ inci sebab susu beku akan mengembang.
· Labelkan tarikh susu dipam, masa dan berapa auns@ml. Kalau hantar kat pengasuh jangan lupa tuliskan nama sekali.






3. PANDUAN BEKUKAN SUSU  (peti sejuk-bahagian atas)

       a)   Peti sejuk 1 pintu – Max. 2 minggu
       b)   Peti sejuk 2 pintu – Max. 3 bulan
       c)   Deep Freezer – Max. 6 bulan
       d)   Bawa susu beku dalam perjalanan – Susun susu beku dalam cooler box hingga 2/4 cooler box. Tambah kiub ais yg diselangselikan dengan garam sebanyak mungkin. (Sebab garam agen pembeku yg terbaik). Kalau perjalanan jauh yg amek masa lebih kurang 2jam, sebagai langkah keselamatan, kalau boleh tu check susu beku setiap 2-3 jam sekali. buang ais yg dh cair n gantikan lerr..Macam biasa jangan lupa garam ye.


**PERINGATAN- susu beku cair tak boleh dibekukan kembali sebab antibody dalam susu ibu dah hilang.
                                 
e)    Bila dah dibekukan, sebahagian antibodi dah hilang sebab nak lawan bakteria semasa   
       dalam proses pembekuan tapi jauh lebih baik daripada susu tepung. Sebab susu tepung
       tak dak antibodi.
       f)    Sekiranya susu telah dicairkan – susu tersebut perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam.


4. CARA CAIRKAN SUSU IBU
(Perlu digunakan dalam tempoh 24jam-simpan dibahagian peti sejuk bawah)

      a)   Ambil stok yang kita pam dulu..
      b)   Lalukan bawah pili air sehingga susu mencair. Memang bazir air. Sekali sekala bolehla. @
c)   Lalukan sekejap bawah pili air sampai susu cair sikit je. Letakkan dalam bekas berisi air & simpan dalam peti sejuk belah bawah semalaman. Esok pagi dah boleh isi dalam botol susu anak ikut berapa auns yang dia perlukan. Simpan botol susu minum balik dalam peti ais belah bawah. Susu beku yang dah cair kena guna dalam tempoh 24jam.
d)   Kalau tak nak isikan dalam setiap botol minum susu pun boleh. Esoknye bawak je stok  botol susu simpan / plastik simpan yg dah cair pegi umah pengasuh. Isi botol2 susu / plastik susu dalam cooler bag siap dengan ice pack yg tahan 12jam.
e)   Ok. Kalau dalam tempoh 24 jam susu cair baby tak sentuh lagi, Susu tu boleh dicampur dalam makanan baby. Tak ponn bagi adik beradik lain minum..Bukan apa, sayang beb..huhu
      
      



Contoh: Rendam susu secara manual





Simple Schedule






**Kekadang tu memang la kita rasa down, susah sangat nak pam n simpan, macam2 step nak kena follow. Tapi tu semua sat jaa..Ingat, kalau kita rasa susah, ada orang lagi susah dari kita. Jadi, tabahlah wahai hati. Masa la nie berlalu dengan pantas. Percayalah....

**Ohh, kalau nakkan set penyusuan lengkap dari shaklee boleh je klik sini.

*