"..ishh, aku rasa aku dah cuci bersih dah muka ni tapi kenapa jerawat masih tumbuh? Kenapa liang pori semakin jelas?? Kenapa jadi macam nie?? Apa yang tak kena..?"
BERSIHKAN WAJAH ANDA!
1. Wajah haruslah dibersihkan dengan teliti. Setiap bahagian wajah yang disolek mestilah dibersihkan dengan sempurna. Kalau boleh tengok cermin dan lihat sekiranya masih ada bahagian yang tidak bersih. Cuba lebihkan dibahagian yang dioles dengan bedak.
2. Anda harus tahu pencuci bagaimana yang sesuai dengan struktur kulit anda. Pastikan jenis kulit anda sama ada jenis kering, normal atau berminyak. Hal ini sangatlah penting kerana setiap jenis kulit memerlukan set penjagaan yang berbeza. Kulit di sekitar mata merupakan bahagian yang paling sensitif.
3. BAHAGIAN YANG SELALU DIABAIKAN! Iaitu mengenakan toner/penyegar wajah. Tips yang paling baik untuk menggunakan penyegar/toner adalah dengan memastikan setiap bahagian pada kapas, basah supaya sapuan lebih rata. Untuk makluman anda, apabila kita mencuci muka, ia akan membuka liang pori untuk dibersihkan. Penggunaan penyegar /toner adalah untuk 'mengutip' setiap sisa kotoran yang tidak dapat dibersihkan oleh pembersih wajah selain bertindak sebagai merapatkan/mengecilkan semula liang pori yang terbuka. Sebolehnya, cuba elakkan penyegar/toner yang mengandungi alkohol kerana ia akan mengeringkan kulit dan tidak sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif.
4. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan penyegar/toner, anda boleh menggunakan air. Tetapi, jangan sesekali menggunakan air panas kerana ia akan merangsang liang pori untuk membesar. Air yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk adalah yang terbaik. Setelah selesai membersihkan wajah, jangan lupa untuk lapkan sehingga wajah benar-benar kering.
5. TAHUKAH ANDA, membersihkan wajah bererti kelembapan semulajadi pada kulit akan hilang. Tetapi tidaklah begitu ketara. Oleh itu, setelah selesai membersihkan wajah anda, sapulah krim pelembap...
Orait. Memandangkan anda dah betul-betul tahu tentang langkah-langkah asas untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat, untuk entri yang seterusnya, Huda akan kongsikan dengan anda semua tentang satu rangkaian produk yang TERBAIK dan in sya Allah akan memenuhi keinginan anda untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan lebih cantik..
Tunggu tau..
^__^*
++++++++++++++++++++++++++++++
** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. **
Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:
Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com