Isnin, 10 November 2014

Tampil Langsing Bak Model Dengan Jus

Perghh..!!


Tetiba jerr terbeliak mata den ni haa..Tajuk pun dah menakutkan. Takut tak jadi!!
Sebenarnya ada kaedahnya ye. Bukan telan jus semata-mata..

DAN

Yang pastinya yang dok terbeliak biji mata + teruja tu mesti kebanyakkannya individu yang berbadan gempal ataupun chubby yang comel-comel gitu..alalaalaa

Biasalah. Insan comel (sedap sikit dak..hihii) nie sudah semestinya ada impian untuk mendapatkan tubuh dan penampilan menarik bak model dalam majalah kan. Okay.. (semangat!!). Bagi merealisasikan matlamat bak Gunung Everest itu maka haruslah mulakan dengan diet seimbang. 

Ingat ye. DIET SEIMBANG!!! 

Tapi di sini lebih kepada pengambilan jus...

Jus merupakan antara menu diet sihat yang kita boleh amalkan setiap hari. Selain dapat berikan kesihatan yang baik, ia juga dapat membantu menurunkan berat badan TAPI tak semua jus tau.

ihsan encik google

Kombinasi Jus Buah Dan Sayur



ihsan encik google

Kita pun tau sayur dan buah-buahan memang baik untuk manfaat kesihatan kita. Tapi tak ramai yang tahu dan pastinya 'lalu'  apabila ke duanya digabungkan untuk menghasilkan jus minuman maka ia adalah satu tindakan yang bijak kuasa dua!!

Yang selalu dibuat orang ialah campuran sawi, epal dan perahan lemon. Kandungan zat antioksidan yang tinggi termasuk potassium berserta serat dikatakan berkesan untuk proses turunkan berat badan.


Amalkan Epal


Bagi kita yang pentingkan kesihatan, digalakkan untuk amalkan memakan epal setiap hari. Kalau jemu asyik2 dengan buah epal je tiap-tiap hari, boleh la dijelmakan ke 'bentuk' jus. Campurkan sikit dengan daun saderi dan sedikit dengan perahan lemon. Minum ketika bersarapan. Boleh kenyang tau sebab ada serat yang banyak.



Buah Pir


Sedapnya buah pir nih!! Susah Nak dapat di Perlis nie (sebab tak pernah jumpa lagi). Buah pir sangat kaya dengan vitamin, mineral, kalium, magnesium, dan fosforus. Setakat la tak pernah lagi la buat jus..hohooho


Ambil Lobak


Lobak kaya dengan vitamin A dan tinggi magnesium, kalsium, kalium dan keratin. Ia berupaya meningkatkan sistem kekebalan tubuh disamping membantu dalam proses turunkan berat badan. Lobak Merah buat jus sedap woo..Tambah sikit dengan ESP SHAKLEE. Fuhh sodapp!!! Tak percaya cerr buat. Mesti nak tiap-tiap hari . Dijamin!! 



Pesanan Penaja


  • Jangan Sesekali Purus Asa. Never!!
  • Kalau Tetap Tak Jadi (sebab first time kan), Tetap Teruskan. Terus Dan Terus.
  • Jadikan Amalan Setiap Hari 



Acanerr??

Mohh Kite...!!!