Selasa, 24 Disember 2013

BUAH PIC Mampu SIngkirkan Toksin

   BUAH YG SEDAP  DIMAKAN, CANTIK-HIASAN KEK & PASTRI

Secara amnya, ada 2 jenis pic; putih & kuning yang dipasarkan secara besar-besaran didunia TAPI lazimnya ramai tang menggemari pic kuning kerana rasanya yang lebih manis.

  Selain kaya dengan sumber vitamin, ia juga mengandungi mineral dan bahan antioksidan yang tinggi, disamping beberapa bahan yang dapat membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh.





  • VITAMIN
   Kandungan utama pic semestinya vitamin & SEBIJI PIC memberikan kebaikan 10 jenis vitamin iaitu A, C, E, K dan 6 pecahan vitamin B Compleks. Vitamin A dan beta karotena membantu mencapai sasaran penglihatan optimum, manakala vitamin c sebagai antioksidan yang membantu memperbaiki sistem imun tubuh.
   Vitamin E turut bertindak sebagai antioksidan sementara vitamin K amat penting bagi kelancaran sel darah & saluran arteri. Tidak ketinggalan ye, ia membekalkan sumber tiamin, riboflavin, niasin , folat & asid pantotenik yang semuanya penting untuk kesihatan sel serta saraf kita.


  • SERAT
   Menurut JAbatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), seorang wanita dewasa disarankan mengambil 25gram sehari manakala lelaki dewasa sehingga 38gram untuk serat harian mereka. 
   Pic pula menawarkan 3gram serat yang mudah dihadam selain menghalang masalah sembelit & kembung perut. Pengambilan makanan berserat amat ditekankan untuk kesihatan usus & pada masa yang sama, dapat membantu mengawal paras kolestrol, sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung.


  •  KALIUM
   Pic mengandungi jumlah kalium yang tinggi bagi membantu mengurangkan masalah berkaitan buah pinggang, selain mengurangkan ulser. 
   Ia juga menawarkan beberapa kebaikan lain antaranya magnesium, fosforus, zinc, zat besi, mangan & kalsium. Mineral tambahan ini melindungi serta menyokongsel darah merah, sistem saraf & tulang.


  •  SEBATIAN BIOAKTIF
   Menurut kajian Pusat Penyelidikan Texas, AgriLife, sebatian dalam buah2an berbiji batu seperti pic ini, berupaya menjadi senjata kepada sindrom metabolik dimana obesiti & masalah keradangan yang berlaku pada seseorang yang boleh membawa kepada kompilasi kesihatan yang serius. 
   "Kajian yang kami adakan menunjukkan buah2an yg berbiji batu seperti pic, plum dan nektar mempunyai sebatian bioaktif yang berpotensi melawan sindrom ini. 
   "Kajian juga jelas menunjukkan sebatian fenolik yg ada dalam buah ini mempunyai komponen antiobesiti, antiradang, dan antidiabetis di beberapa bahagian sel berlainan dan mungkin dapat mengurangkan pengoksidaan kolestrol tidak baik LDL 

- Dr Luis Cisneros-Zevallos, Saintis Makanan & Makmal Penyelidikan AgriLife -



ct:norfaizah mohamed