Rabu, 10 Disember 2014

Kasut Sesuai Buat Ibu Hamil

Kasut Selesa Buat Ibu Hamil


Google: Naahh..lega pakai but.hihii..


Kasut yang dipakai semasa dalam tempoh kehamilan perlu juga diberi perhatian. Selain faktor keselesaan, faktor keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan juga perlu dititikberatkan. Sebab tanpa kasut yang sesuai, susah sikit buat si ibu untuk menyeimbangkan pergerakan kerana kehamilan membuatkan keseimbangan badan menjadi kurang baik dan tubuh akan cenderung untuk condong ke depan.

Walaupun kita nie hamil, tapi tetap nak nampak cantik dan comel gitu..kan. So kat sini ada sedikit panduan yang mungkin dapat membantu anda. Jomm...!

1. Daya Sokongan Yang Kuat - kasut yang dipilih seharusnya berupaya menyerap hentakan yang kuat. Jadi, pilih tapak kasut yang mencengkam dan kalau boleh tu jangan beli kasut yang tapaknya licin sebab mudah tergelincir.

2. Elakkan Bertumit Tinggi - pilih kasut bertumit rendah atau tanpa tumit, dan elakkan yang bertumit runcing, kerana mudah membuatkan anda terjatuh.

3. Jenis Sarung - pilihan yang bijak bagi saya ^__^ . Tau sebab apa? Sebabnya adalah anda tak perlu membongkokkan badan ketika memakai kasut. Cuma sarungkan saja. Susah tau nak bongkokkan badan terutamanya bila perut semakin membesar.

4. Jangan Sekadar Muat - seeloknya beli kasut pada waktu petang ataupun malam. Sebab pada waktu macam nie, saiz kaki kita memang berada pada tahap maksimum. Dan kalau boleh tu, janganlah beli kasut yang sekadar muat. Ianya bagi mengelak masalah pengaliran darah di bahagian kaki.

5. Kasut Sukan - kalau sesuai dengan bidang tugasan harian, sangatlah digalakkan memakai kasut sukan kerana ianya lebih menjamin keselesaan dan memberi lebih keseimbangan.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com