Isnin, 15 Disember 2014

Penyusuan Bayi Pramatang

Susu Ibu Bukan Sekadar Makanan Biasa


Banyak kajian telahpun dibuat. Semuanya membuktikan yang susu ibu nie adalah yang cecair yang terbaik yang perlu diberikan kepada bayi pramatang. Sebenarnya Huda baru ja tahu yang susu ibu bayi pramatang berbeza dengan susu ibu bayi cukup bulan.  Kandungan susu ibu ni mempunyai nutrien yang tepat untuk bayi pramatang. Allahuakbar, hebatnya ciptaan Dia...!


Jomm kita tengok Kelebihan Susu Ibu Bayi Pramatang nie..


  1. Lebih senang dihadam dan bayi dapat minum susu ibu dari tiub tanpa banyak masalah. Buah pinggang lebih senang memproses susu ibu.
  2. Padat dengan sumber melawan jangkitan. Sekaligus mengurangkan risiko bayi menghadapi jangkitan usus yang serius yang boleh membawa maut. Bayi pramatang benar-benar memerlukan kolostrum walaupun hanya dapat minum beberapa hari selepas dilahirkan.
  3. Lebih senang menghadamkan lemak sebab ada enzim lipase (yang bertugas dalam membantu proses metabolisme lemak)
  4. Mengurangkan risiko masalah penglihatan yang dihadapi oleh bayi pramatang.
  5. Mengandungi nutrisi yang dapat membantu usus bayi menerima makanan daripada mulut dan mengelakkan bayi sering muntah.
  6. Menggalakkan perkembangan otak dan intelektual yang lebih baik kerana susu ibu mengandungi asid lemak dan hormon-hormon yang penting untuk pembentukan otak. 

Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi Pramatang


Bagi kita sebagai ibu nie, membekalkan susu kepada bayi adalah satu terapi yang bagi Huda sangat sukar dicari. Kenapa Huda cakap macam tu? Sebabnya, iyelah, bila dah bergelar ibu nie membuatkan diri berasa sangat penting dan diperlukan oleh anak. Hanya ibu saja yang mampu untuk memberikan cecair semulajadi kepada anaknya. 

Walaupun bayi dilahirkan pramatang dan membuatkan ibu tak mampu untuk berada dekat dengan anak setiap masa , tapi ibu masih mampu untuk memberi susunya. Dan pasti akan timbul rasa gembira dan puas sebab dapat membuat sesuatu untuk kesihatan anak. Besarnya pengorbanan seorang ibu!



Makanan terbaik untuk bayi adalah susu ibu


Testimoni: Menyusu Anak Pramatang Dengan Shaklee


Supplement Yang In Sya Allah Membantu. Apa Yang Penting, Kita Kena Faham Konsep Demand & Supply









Alhamdulillah..kita sebagai ibu nie kena lagi kuat sama ada dari segi mental ataupun fizikal. Bukan senang nak 'kerah kudrat' nak jaga anak pramatang nie. Banyak sangat benda yang kita kena belajar. Pemakanan tu paling penting selain ilmu. Penuhkan ilmu di dada mengenai kehamilan dan kelahiran dan seterusnya tentulah mengenai dunia penyusuan nie..




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com