Sabtu, 10 Januari 2015

Herba Banyakkan Susu

Susu Tak Banyak??!


Antara sebab utama mak-mak tak ada semangat nak teruskan penyusuan adalah disebabkan oleh merasa susu badan tak cukup. Sebenarnya banyak punca yang mengaitkan dengan kurangnya pengeluaran susu badan. Antaranya ialah abnormaliti hormon (hormon yang berfungsi dalam penyusuan, anatomi payudara yang tak normal, kurang stimulasi dan pengosongan payudara secara efektif. Tapi kebanyak masalah nie dapat diatasi atas bantuan daripada pakar selain daripada sokongan kaum keluarga terutamanya suami.

HERBA




  1. Herba ataupu ubatan yang digunakan bagi membantu memulakan, mengekalkan dan meningkatkan penghasilan susu disebut galactogogue.
  2. Ianya diberikan kepada ibu yang punya masalah dalam menghasilkan susu yang secukupnya selepas 5-7 hari melakukan segala yang perlu seperti menyusu dengan lebih kerap, memerah susu dan sebagainya.
  3. Herba adalah lebih semulajadi berbanding dengan ubatan tetapi tiada kajian khusus dijalankan ke atas banyak herba yang biasa digunakan oleh orang dulu-dulu.
  4. Herba yang biasa disarankan ialah halba (fenugreek). Herba ini diluluskan oleh Food and Drug Administration US.
  5. Ianya dapat meningkatkan hormon prolaktin dalam aliran darah.
  6. Cara pengambilannya adalah 1-4 kapsul (580mg-610mg) sebanyak 3/4 kali sehari
  7. Kadang-kadang ianya didatangkan dalam bentuk daun teh.
  8. Kesannya dapat dilihat seawal 1-3 hari. Bergantung pada individu masing-masing.
  9. Apabila penghasilan susu sudah pulih, ibu boleh berhenti mengambilnya.
  10. Pengambilan dalam jangkamasa yang panjang juga selamat dan tiada kesan sampingan yang serius.
  11. Walaubagaimanapun, pengambilannya tidak digalakkan kepada ibu yang menghidap Diabetes Mellitus, ibu yang mengambil ubat warfarin (ubat cair darah) ataupun ibu yang alah pada kekacang.
  12. Di negara Eropah, herba seperti goat's rue, milk thistle dan alfalfa dikaitkan dengan peningkatan susu ibu. 
  13. Antara herba yang sering disebut dapat memperbanyakkan susu ibu ialah habbatus sauda, misai kucing, bunga melur ( digiling/ditumbuk dan diletakkan di payudara ibu), daun kaduk, pokok buas-buas, kucai, sawi dan lain-lain lagi.
  14. Kesan sampingan daripada halba jarang ditemui. Namun ada ibu yang mengalami cirit-birit dan ia dapat menukarkan bau peluh dan air kencing seperti bau maple.
Sumber: Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu













Seorang Ibu Yang Panik Bila Susu Drop...






Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jangan sekali rasa putus asa hanya disebabkan susu sikit. Ikhtiar dan dapatkan nasihat dari pakar laktasi. Positif  dan yakinlah ANDA MAMPU SUSUKAN BAYI ANDA...^__________^









+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com