Isnin, 19 Mei 2014

Bahaya Suntik Vamin C

Suntik Vitamin C Bahaya Ke Tidak ???




TAHUKAH ANDA??? 




contoh


KEBANYAKKAN produk Suntikan Vitamin C di salun-salun, orang perseorangan yang menjual dan menjalankan perkhidmatan suntikan ini TIDAK BERDAFTAR dengan KKM..???? Sanggupkah anda memperjudikan nyawa semata-mata untuk kecantikan dengan menggunakan ubat yang tidak berdaftar?

Kaum wanita, wajib tahu akan hal ini. Vitamin c hanya kembalikan kulit asal kita. Nak tau kulit asal cuba lihat dada dan bahagian bawah lengan anda, itu adalah warna kulit asal. Namun ramai yang berpendapat, pengambilan vitamin C mampu memutihkan kulit melebihi kulit asal. 

Dos normal ialah 200 miligram. Namun, bagi yang hidup dalam keadaan stress , tekanan kerja dan udara di sekeliling kita kurang baik, dos yang terbaik ialah 500 miligram.


Walaubagaimanapun, mengikut North American Dietary Reference Intake, dos yang dicadangkan ialah 100 miligram sehari dan tidak melebihi 2 grams (2000miligrams) sehari  bagi orang dewasa yg sihat. 

Namun, AWAS dengan suntikan-suntikan vitamin c di klinik-klinik kecantikan, spa dan penjual perseorangan. Adakalanya, 1 kali suntikan 4000 miligram yang masuk ke dalam darah kita. Bayangkan seminggu 3 kali suntikan. Nah!!! Dos melebihi dan boleh mengundang bahaya!!!!!!!

Suntikan vitamin C tidak boleh melebihin dos yang ditetapkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan pembuluh darah kita mengeras dan menggangu pengaliran darah.


Kesan Suntikan Vitamin C

(overdose)




kesian....



" Pengaliran darah yang baik dihasilkan oleh kerjasama antara jantung, darah dan komponen-komponennya serta pembuluh darah itu sendiri. Apabila terjadinya terjadinya gangguan pada salah satu komponen tersebut, maka pengaliran darah akan terganggu. Akibatnya, bekalan darah tidak mencukupi dan lebih mudah untuk mendapat stroke/lumpuh dan serangan jantung. Oleh itu, pengaliran darah yang lancar sangat penting untuk kesihatan.



Kesan masa panjang juga boleh menganggu fungsi ginjal dan ia boleh membawa kematian.

Pengambilan vitamin c lebih 3 gram sehari boleh menyebabkan cirit birit. Cukup bagi setiap individu lelaki dan perempuan dewasa dengan memakan 1 biji Oren sehari.

Ada banyak lagi kesan kalau kita overdose vitamin c nie. Boleh klik di sini



*Ladies, janga terlalu ghairah ingin cantik, sehingga merosakkan kesihatan anda. Berhati-hati dengan produk-produk suntikan vitamin C diluar. Ambillah supplement sebagai alternatif lain jika anda tidak dapat mengamalkan makanan seimbang. BERSYUKURLAH APA YANG ADA.





**ppsstt..amek VIT C Shaklee jerr...Banyak yg kita akan dapat selain kulit cantik. Tak caya mai tengok nie...


heheheee:)

INGAT NA!!