Kemaruk Makanan
Ia disebabkan kerana tubuh badan kita kemaruk dengan makanan yang meningkatkan aktiviti kelenjar hormon yang dominan. Kita sukakan makanan tertentu yang meningkatkan aktiviti kelanjar dominan sebab tubuh badan kita akan merasa "puas hati" apabila hormon dominan meningkat.
Contohnya macam ni..
"..Huda suka sangat makan makanan yang masam. Tak kiralah asam boi, buah mangga dan lain-lain. Kalau makan buah jambu sekalipun, Huda akan makan bersama asam. Kiranya makan benda-benda masam ni dah jadi satu aktiviti kegemaran sejak dari zaman anak dara. Dan walaupun dah berkahwin, berkerjaya, "tabiat" kegemaran ni tetap diminati.."
&
"..Amalina adik kepada Huda tak berapa suka makan makanan yang masam. Tapi lebih kepada makanan yang yang memberi rasa sederhana seperti sup panas dan buah-buahan segar tanpa asam boi.."
Pengaruh Hormon Ikut Kumpulan
Kumpulan P
- merupakan mereka yang mempunyai kelenjar pituitari yang aktif (masa form 4 belajar segala jenis kelenjar kan hihi). Mereka senang di kesan sebab punya bentuk kepala yang agak besar berbanding orang lain.
- mereka punya soket mata yang bulat sebab tu mereka ni kelihatan awet muda. Bentuk tubuh pula sering mempunyai rangka kaki yang panjang dan rangka tubuh yang pendek.
- Mereka nampak seperti kanak-kanak riang. Sifat utama kumpulan ini ialah suka berangan dan berfantasi. Mudah didekati tapi susah nak difahami dan sering berkhayal dalam dunia fantasi mereka.
- Mereka berhati baik dan mudah kalau kita nak minta tolong. Mereka ni merupakan pekerja yang senang mengikut arahan. Makanan kegemaran mereka biasanya yang berempah dan agak panas. Mereka bercitarasa lembut dan bersederhana
Kumpulan L
- Kumpulan ni mempunyai perut yang besar. Walaupun badan tak berapa gemuk tapi perut still buncit dan kendur. Mereka punya perwatakan yang suka berjenaka dan pendengar yang setia. Sebagai kawan, mereka boleh dipercayai dan menghiburkan.
- Kumpulan golongan nie sangat gemarkan makan makanan yang berlemak. Masak lemak cili api, masak lemak kubis, kari kepala ikan, nasi lemak..haaa banyak lagi lah. Sebab tu lah mereka ni mudah terkena masalah yang berkaitan dengan jantung dan kolestrol. (sila klik sini).
Kumpulan Adrenal
- Kumpulan ni punya kelompok paling ramai. Mereka mempunyai bentuk tubuh epal. Rangka tubuh bahagian atas agak berisi manakala dibahagian bawah nampak kecil. Bentuk muka mereka sering kali bulat.
- Kumpulan nie rajin bekerja, bersemangat dan sering berjaya dalam kerjaya. Tapi mudah stress dan cepat marah (sila klik sini) . Mereka tak pandai mengawal rasa marah. Namun sifat setia kawan dan prihatin adalah jiwa mereka.
- Mereka sering menjadi bos dalam sebuah organisasi. Oleh sebab mereka mengumpul lemak dibahagian muka, leher dan badan di bahagian atas, wajahmereka menjadi terlalu bulat dan berpenampilan tidak menarik.
- Makanan kegemaran mereka ialah karbohidrat dan juga yang masin-masin dan mereka mudah terkena penyakit kencing manis. (sila telan vivix ye..hihi)
Kumpulan T
- Merupakan kumpulan yang agak besar. Mempunyai bentuk muka yang bujur dan panjang. Sering mempunyai bentuk badan yang seimbang dimana bahagian tangan dan kaki kelihatan sama panjang.
- Mereka cenderung dalam sukan jenis marathon. Kiranya "hantu" sukan..Sebab terlalu minat sukan.
- Makanan mereka sederhana saja. Tak berapa manis dan tak berapa pedas. Yang sedang-sedang saja..
bak lagu Iwan Dangdut.hihi..tapi kadang-kadang mereka ni agak cerewet dalam memilih makanan kegemaran mereka.
- Mereka amat sensitif, suka pendam perasaan, perahsia dan sangat berhati-hati dalam memilih sahabat.
- Penyakit yang sering melanda mereka ialah penyakit jantung dan masalah saluran darah. sila klik sini
Kumpulan O
- Huruf O merujuk ovari wanita. Biasanya ahli kumpulan ini terdiri daripada golongan wanita sahaja. Mereka mempunyai lemak yang banyak dibahagian paha dan punggung.
- Bentuk badan mereka ialah jenis pear. Mereka bersifat penyayang dan mempunyai ciri-ciri keibuan yang tinggi. Mereka sering bercakap tanpa memikirkan akibat. Sebab tu mereka sering dilabel celupar.
- Makanan kegemaran ialah yang berasaskan keju. Gemarkan kek, mentega dan kuih-kuih yang lembut dan berkrim.
- Masalah kesihatan yang sering mengganggu mereka ialah masalah berkaitan rahim seperti fibroid dan masalah period.
Sumber: Dr. Rushmini, Perunding Kecantikan Marissa Esthetic
Saya termasuk yang mana boleh saja. Yang penting kalau nak makan berpada pada lah ..ingat jangan sampai terlebih saiz sudah.
BalasPadamBagaimana nak tahu kanak-kanak itu Hiperaktif
Ha ah kan nila. Nak makan apa pun tak kisah janji kena selalu beringat dan berpada-pada.
Padamruoanya ada kumpulan2 juga ye... Baru tahu... thanks sharing this info...
BalasPadamKisah Benar!!! Sembelit Ibu Muda Ketika Berpantang Undang Masalah Jiwa
Ku pun baru tahu ada kumpulan kemaruk makanan..
PadamTak pernah tau pun ada kumpulan2 ni.. kalau jenis bedal apa saja tu kategori apa pulak ye.. hahaha.. anyway good info sis..
BalasPadamKESAN KEKURANGAN COLLAGEN PADA TUBUH
Baru tahu aryni ada kumpulan kemaruk makan..thnkz for info.. :D
BalasPadamBanyak juga kumpulan kemaruk makanan rupanya..Zoe kumpulan adrenal..kena order Vivix ni
BalasPadammitos-cantik-faktaauta
Kumpulan kemaruk makanan? Baru tau arini. Huhu. Kadang2 je kemaruk certain makanan. Selalu bedal je semua. Hehe.
BalasPadamTips & Panduan >> Checklist: Apa yang perlu ada dalam 'Beg
Thanks for sharing..x pernah tau pun sebelum ni..
BalasPadambolehkah kurus dengan minyak ikan?
Baru tahu ada jugak fakta yg mcm ni..mekang menarik..hehe
BalasPadamsaya tergolong kumpulan mane yek.? konfius kejap.. hehehehe...
BalasPadamInfo berguna untuk semua..terutama kepada yang mementingkan penampilan..
BalasPadamIkan Budu
info yang menarik..baru ku tahu arini ada jugak ada pengaruh hormon ikut kumpulan...good info..
BalasPadamBahayakah Plasenta Privia
Sy tak tahu kemaruk yang mana 1..jangan kemaruk makanan pelik2 dan susah nak dapat dah la...cuma aritu kemaruk mangga asam boi.bila dh dpat, dah kembali normal hihi
BalasPadamSELAMAT HARI DIABETES SEDUNIA 2014
Ada kumpulan juga ya yg kemaruk makanan ni?? Tapi xleh nak tahu lah ida kategori mana.. Konfius jp fikir ida kump yg mne 1.. Sbb main bedal je ape pon..
BalasPadamTIPS DAN PETUA PENJAGAAN MATA SERTA GIGI
Baru ari ni tau info ni..tq for sharing
BalasPadamWah.. Ada kumpulan ye.. Baru tau.. Nice sharing.. Tapi yg penting, mcm mana pun bentuknya.. Makan Kena berpada pada.. Tambah2 zaman sekarang, terdedah kpd beribu jenis penyakit.. Radikal Bebas.. Sbb tu perlu kpd vitamin..
BalasPadamCegah Pelbagai Penyakit Dengan Hanya 1 Botol Penawar
Good info..baru tau..sebelum ni mmg tak tau langsung
BalasPadamWah baru saya tahu.rupanya ada kategori kemaruk...gud info, tq 4 sharing
BalasPadamoh..ada kumpulan hormon ya..baru tahu..tapi apa2 pun penjagaan pemakanan dan kesihatan amat penting :D
BalasPadam:: anmashealthcare.blogspot.com ::
Apa pun kumpulan kita, yang paling penting perlu jaga dan hati-hati dengan apa yang dimakan. Jangan makan ikut hati dan nafsu. Nak kelihatan cantik, sihat dan gorgeous sila ambik suplemen SHAKLEE...
BalasPadamajusyopz.blogspot.com
Seblm ni memang tak tau pun pasal kumpulan kumpulan ni..saya kmpulan yg mana..hehehhe
BalasPadamAda juga ye jenis kumpulan mengikut hormone.. hehe... Yang penting badan sihat..
BalasPadamJemput baca: Makanan yang menurunkan kandungan gula di dalam darah
Saya obviously kumpulan P hehhe pernah terbaca pasal kumpulan individu berkaitan kelenjar dan hormon ni, ni baru refresh balik. Saya pun dah lupa pasal ni eheheh thanks for sharing
BalasPadamkumpulan mana ye saya ni hehehe? kesihatan harus dijaga,makan makan juga kan hheheh
BalasPadamhttp://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/11/breastfeeding-kepuasan-berganda-dengan.html
Hehe saya pun tak masuk mana-mana group. Semua makanan teringin..
BalasPadamMenarik info ni..kemaruk makan pun ada grup? Biar kemaruk jangan mengaruk sudah
BalasPadamTenaga Terlebih Tak Boleh Tidur