Tips Diet Untuk Pesakit Kencing Manis
Kencing Manis terjadi bila ada lebihan gula dalam badan kita. Bila kandungan gula dalam darah tinggi dalam jangkamasa yang panjang, ia akan menimbulkan masalah lain dalam badan kita. Contohnya seperti kegagalan buah pinggang, masalah jantung, strok dan sebagainya. Bila kita dah kena penyakit kencing manis ni, darah akan lambat kering sekiranya terluka.
Jadi bagaimana kita nak mencegah kencing manis ni? Sudah tentulah dengan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang sebab diet yang rendah gula dan pemakanan yang seimbang akan mengurangkan risiko kencing manis.
Di sini ada sedikit tips untuk pesakit kencing manis. Jomm kita..!
Ihsan: Google |
1. Makan
Makanan Yang Berserat Tinggi
- Contoh: oat, beras perang, roti serat penuh (wholegrain) dan lain-lain. Menurut kajian Harvard School of Medicine, pemakanan yang tinggi dengan serat akan menurunkan risiko mendapat penyakit diabetis diantara 35% hingga 42%. Contohnya makanan oat yang sangat tinggi kandungan serat boleh larut membantu melambatkan penyerapan glukosa dalam usus seterusnya membantu mengawal paras gula. Secara tidak langsung, ia juga menurunkan paras kolesterol, mencegah sembelit dan membantu menurunkan berat badan.
2. Makan Kekacang
- Contoh: kacang ginjal, kacang pis, dan kacang kuda adalah rendah lemak dan tinggi protei. Ia juga kaya dengan serat boleh larut yang boleh menstabilkan paras gula dalam darah.
- Manakala jenis kacang seperti almond, pistachio, gajus, macademia, kacang tanah, dan kuaci juga amat baik untuk dijadikan sebagai ‘snek’. Kacang almond yang tidak dicampur dengan garam adalah sumber yang baik tinggi protein dan karbohidrat sihat disamping lemak mono tak tepu (monounsaturated) yang berfaedah untuk mengurangkan kolesterol dan risiko sakit jantung. Lemak yang baik dalam kacang almond juga membantu menstabilkan paras glukosa dalam darah dengan melambatkan penyerapan glukosa secara beransur-ansur dalam usus.
- Menurut kajian Harvard University berkenaan pengambilan kacang almond merumuskan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium seperti almond, kuaci biji labu, bayam akan mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetis sehingga 33%.
3. Makan
Ikan
- Ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi yang amat baik untuk mencegah penyakit diabetis dan membantu pesakit diabetis untuk mengawal paras glukosa darah dengan lebih baik.
- Menurut kajian Dr Sven Ebbeson dari University of Virginia, USA yang mengkaji kesan omega-3 kepada penduduk Alaska yang hampir mengidap diabetis (prediabetics). Kesimpulan dari kajian beliau menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah seseorang mendapat diabetis sepenuhnya dan membantu mengawal paras glukosa dalam darah dengan lebih baik. Ikan salmon adalah antara ikan yang kaya dengan omega-3.
- Dengan mengambil lebih sayur-sayuran dalam diet seharian membantu mengawal paras glukosa darah dan mampu mencegah diabetis. Sayur-sayuran samada dimasak atau diambil sebagai ulam adalah satu cara terbaik mencegah diabetis.
- Terdapat kajian yang dilaporkan dalam The Journal of Nutrition pada tahun 2003 menunjukkan sayuran yang pahit iaitu peria , didapati boleh mengawal diabetis kerana ia mengandungi sebatian polipeptide-p dan alkaloid yang pahit. Begitu juga dengan ulam yang pahit seperti petai didapati boleh memberi kesan yang serupa.
5. Makan
lebih Buah-buahan
- Makan lebih buah-buahan yang ‘rangup’ seperti jambu batu, epal, pear dan lain-lain.
- Kurangkan buah-buahan yang tinggi gula dan rendah seratnya seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain lagi. Lebihkan makan buah-buahan tempatan seperti betik, mangga, tembikai susu, limau bali, limau manis, duku, langsat, dokong, pisang dan lain-lain.
Sumber: Dr. Norman, Live To Serve
Kencing manis memang bahaya dan boleh menjadi pembunuh senyap kepada anda. Amalakan gaya hidup sihat dan ambil vitamin untuk cegah abda terkena penyakit ini.
BalasPadambahaya kencing manis yang menakutkan boleh ragut nyawa anda kapan sahaja
Jiran huda meninggal sebab kening manis. Mula2 kena potong ibu jari kaki, then potong plak kaki sampai ke paras lutut. Al fatihah.
PadamKencing manis mmg bahaya...x kena gaya mau potong kaki..lagi 1 yg guna insulin tu.ngeri tgk...jom lah jaga kesihatan anda dari sekarang.
BalasPadamSebut pasal insulinkan, tadi first time huda jumpa orang yg wajib suntik insulin tiap2 hari. Cucuk sendiri plak tu.
PadamPemilihan makanan adalah sangat penting. Lebihkan makan yang berkhasiat. Beringat sebelum kena ye.
BalasPadamerti penuaan
Yes. Pemakanan penyumbang besar.
Padamamalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan...
BalasPadamberkesankah omega guard?
Kita nie dah la malas bersenam. Makan pun ikut sedap mulut. Lagi sedap bertambah2 la makannya tu.huhuu
PadamPenyakit yang paling ditakuti...pemakanan memang sangat2 kena jaga banyak pantang, ambil supplement yang betul untuk merawat diabetes.
BalasPadamKeistimewaan Gla Complex
Supplement in sya Allah membantu selain menjaga diet harian.
PadamJaga pemaknan adalh point penting dalam setiap penyakit..
BalasPadamKepentingan Minyak Ikan Pada Wanita Hamil
sebelum kena baik jaga pemakanan dari awal kan..sekarang penyakit banyak berpunca dari makanan
BalasPadamBACA SINI JIKA FOBIA MAKAN UBAT BILA DEMAM
Mencegah lebih baik dari merawat... cepat2 lah tukar gaya pemakanan kepada pemakanan yang tidak sihat...
BalasPadamAmalkan diet sihat sebagai langkah pencegahan,beringat sebelum kena. Panyakit tak kenal usia...so, hati2 dari awal semua...:)
BalasPadamPahit melawan manis.. Pahit itu ubat, manis menjadi racun ehehe
BalasPadamJadi dari awal kalau nak makan better makanlah pemakanan yang seimbang. Air pula lebihkan air masak.
BalasPadamPesakit diabetes ni memang kena pantang banyak makanan... salah makan sikit memang naik lah bacaan gulanya...
BalasPadamAtasi Berat Badan Berlebihan Sebelum Di Ejek Seperti Tong Drum Oleh Suami Sendiri!!!
Jika tidak di kawal boleh membawa padah..takutlah kalau sampai kena potong sana sini..jadi jom ikhtiar dgn cara mkn suplemen shaklee In Shaa Allah membantu
BalasPadamHantaran Kahwin Shaklee Untuk Yang Tersayang
kencing manis memang bahaya, macam biras saya ada kencing manis baru umur 40an dah kena potong kaki, sekarang ni mula macam2 penyakit kronik lain dikesan macam darah tinggi dan batu karang, kesian tengok asyik keluar masuk wad je
BalasPadamInfo Penyusuan Yang Perlu Diketahui Jika Anda Pertama Kali Bakal Bergelar Ibu
penyakit ini memang sangat merbahaya..jadi kita harus atasinya dari sekarang dengan menjaga pemakanan
BalasPadamArwah abah ada kencing manis.. Tapi mnggal Sebab penyakit lain.. Kan dia berjangkit dgn buah pinggang dll.. So Mmg Sgt bahaya..
BalasPadamRESVERATROL : ELAK ANDA MATI CEPAT
sebelum kita masuk dalam fasa prediabetes, better cegah dengan pemakanan yang baik. tapi elakkan dari termasuk dalam golongan prediabetes!sebab kena jaga semua aspek termasuk pemakanan, senaman dll
BalasPadamAPA DAH JADI DENGAN PERUT BERANGIN
Cegah sebelum terlambat..kita mampu mengubahnya.
BalasPadamJemput baca: RESEPI MINUM PETANG YANG PALING TAK DAPAT DILUPAKAN
Cegah sebelum terlambat..kita mampu mengubahnya.
BalasPadamJemput baca: RESEPI MINUM PETANG YANG PALING TAK DAPAT DILUPAKAN
Yang takde kencing manis pun boleh amalkan diet ni
BalasPadamRisau Kena Potong Kaki
Mencegah lebih baik..
BalasPadamPesakit Diabetes kene extra jaga pemakanan..bahaya kalau dh ada diabetes, then main hentam jek makan.. Yang belum kene pun kene jugak jaga pemakanan supaya tak tergolong plk dalam kategori pesakit diabetes pada masa depan nnti..
BalasPadamJemput baca perkongsian>> 10 Amalan Sunat Hari Jumaat yang Perlu Anda Ketahui