Memaparkan catatan dengan label Healthy And Beauty. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Healthy And Beauty. Papar semua catatan

Isnin, 16 Jun 2014

Kebaikan Pisang

*** SESI TAMBAH ILMU ***

Assalamualaikum...

♥♥♥♥♥

Hari nie nak santai jer. Tak nak beratkan kepala memikirkan benda2 yang 'heavy' untuk di taip..

Pisang is one of my favourite fruit. Termasuklah anak-anak sekali.

♥♥♥♥♥

Kebaikan Pisang

PISANG mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian...

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.



**ppsstt...BERSAMBUNG :)

Anak2 plak dok buat bunyi bagai..
Nanti kita sambung lagi okay..

Fb: Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167
Id Shaklee: 1071145

Ahad, 15 Jun 2014

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Risiko Mendapat Osteoporosis

Assalamualaikum...

Hari nie berapa gelas susu yang kita dah minum? Minumlah sekurang-kurangnya 2 gelas susu berkalsium tinggi..^__^*

Orait. Seperti yang dijanjikan ye, hari nie nak sambung sikit pasal osteoporosis.  Tapi yang ini more on faktor-faktor yang meningkatkan risiko mendapat osteoporosis. Artikel nie diambil dari htaiping.moh.gov.my

Antaranya:

■ ATLET PROFESIONAL - yang menggunakan tenaga di tahap optimum seperti pelari marathon.

■ KURANG BERSENAM & DIET RENDAH KALSIUM - badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikan individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yg tinggi walaupun dengan nutrient yg cukup. Beberapa kajian menunjukkan bahawa senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan tulang (BMD) wanita yang menopause.

■ WANITA - lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3% kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5% setiap tahun bagi wanita.

■ BERBANGSA ASIA @ CAMPURAN ASIA - warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang tinggi berbanding warga Eropah dan Asia.

■ TERLALU KURUS & MEMILIKI KERANGKA TULANG YANG KECIL - berat badan berlebihan melindungi tulang daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat atau hormon leptin.

■ SEJARAH KELUARGA - ibunyg pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko 2x ganda lebih tinggi.

■ MENGALAMI KERETAKAN @ PATAH TULANG KETIKA DEWASA

■ MEROKOK & PENGAMBILAN ALKOHOL BERLEBIHAN

■ PENYERAPAN NUTREN & MAKANAN TIDAK SEMPURNA - nutrien yang tidak diserap dengan sempurna juga berisiko mendapat osteoporosis.

■ MENOPAUSE - wanita boleh kehilangan sehingga 4% kepadatan tulang setiap tahun untuk 5 hingga 10 tahun pertama selepas menopause. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30% dlm tempoh 10 tahun tersebut!!

■ PARAS HORMON RENDAH ketika menopause atau selepas melakukan pembedahan , embuang kedua-dua belah ovari.

■ RAWATAN KIMOTERAPI

■ AMENORRHEA - tiada haid dikalangan wanita muda yg menyebabkan estrogen rendah. Ia boleh terjadi kepada wanita yg melakukan senama terlalu ekstrim.

■ KURANG VITAMIN D - ia membantu badan menyerap kalsium dengan baik.

■ PEMGAMBILAN SESETENGAH UBAT - seperti heparian (untuk cairkan darah)

♡♡♡♡♡

Kalau anda dalam kategori seperti di atas, silalah cepat2 ambil tindakan. Makanlah lebih kalsium yg ada vitamin d sama. Minum susu atau makan makanan yg dari produk tenusu.

Nakkan satu vitamin yang lengkap dengan nutrisi yg berkaitan dengan kalsium dll, saya cadangkan OSTEMATRIX SHAKLEE. Complete.  ;)

Fb: Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167
Id Shaklee: 1071145

Sabtu, 14 Jun 2014

Apa Itu Osteoporosis?

Assalamualaikum...


Hari saya rajin kuasa 2. Sebab nak share pasal osteoporosis. Susah kan nak sebut osteoporosis nie? Tahu ke idok apa makna sebenar disebalik nama yg tergeliat lidah nk menyebutnya itu..? Heheee..


Apa Itu Osteoporosis?


Ia adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, sebab tu lah boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yg berlaku pada tulang rangka ini akan melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin tinggi. Tulang yang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.


Simptom


Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus  melainkan berlakunya keretakkan tulang dengan mudah.

Osteoporosis jarang berlaku di kalangan wanita muda tanpa penyebab lain yang mungkin dialami pada masamsama. Tapi awas ye pada mana-mana wanita yang badannya haluuuss jerr dan kecik comeeeyy jer..

"..wanita yg terlalu kurus dan memiliki kerangka tulang yang kecil mudah terkena osteoporosis berbanding dengan wanita yang berkerangka besar.."

*alhamdulillah, siapa yg punya rangka badan yg besar. Jangan mengeluh tau. Tak baik.;)
Hmm..ok lah. Next entry kita sambung tajuk "faktor yg meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis" nie.

*Kena rajin minum susu tau. Tak lalu susu, silalah telan Ostematrix Shaklee..hikhik

Fb: Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167

Jumaat, 13 Jun 2014

Petua Gigi Putih Bersih

Assalamualaikum..

^__^*

Hari nie saya rajin sikit sebab nak bagi petua..hihi..Petuanya ialah menjadikan Gigi Lebih Putih.

Gigi merupakan antara aset yang paling penting. Jika gigi anda kekuningan sudah pastinya akan membuatkan anda berasa kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai.

Jika anda adalah salah seorang yang tergolong dalam masalah nie, rilex..jangan risau..cool..^__^

Antra Petua Gigi Menjadi Lebih Putih

1. Colekkan sedikit kapur sirih dibahagian kapas. Gosok perlahan-lahan di celah-celah gigi yg kuning. Make sure selalu buat tau..

2. Bakar sebiji pinang sehingga hangus dan kemudian tumbuk halus. Gosokkan serbuk pinang ini ke gigi. Bila dah selesai gosok, kumur ye..

3. Mrnggoreng sedikit biji asam jawa tanpa minyak dan kemudian di tumbuk halus dan ambillah debunya. Godok pada gigi setiap hari sampai nampak kesan putih..

4. Cara nie paling popular.  Guna abu. Bakar daun kelapa sehingga menjadi abu. Gosokkan pada gigi sampai putih..

Kemudian gunakan ubat gigi..

Selamat Mencuba !!!

^______^*

Huda 0134806167
Fb: Nurul Huda Sobari
Shaklee Id: 1071145

Khamis, 22 Mei 2014

Vitamin Untuk Kanak-Kanak Sihat

Adakah Vitamin Perlu Untuk Kanak-Kanak Sihat ??



Ye..

Sebaik-baiknya anak-anak perlu mendapatkan vitamin daripada diet yang seimbang yang merangkumi : 

  • bijirin pernuh 
  • protein seperti ayam ikan, daging
  • buah-buahan dan sayuran segar 
  • susu, produk tenusu seperti keju, yogurt

Kenapa Mereka Perlukan Vitamin Tambahan?



Haa..memandangkan kebanyakkan masa ibubapa sekarang nie sangat terhad tapi tak semua (selalunya dikaitkan dengan beban kerja), jadi masa untuk memasak di rumah tu agak terbatas. Sebab tu lah ye, pakar kanak-kanak mencadangkan satu multivitamin setiap hari untuk:

  1. Kanak-kanak yang secara keseluruhannya lebih kepada makanan segera
  2. Kanak-kanak yang cerewet dalam bab makan
  3. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, asma dll.
  4. Kanak-kanak yang sangat aktif dengan rutin harian seperti bermain sukan.
  5. kanak-kanak yang suka minum minuman ringan - yg boleh 'menghilangkan' vitamin dan mineral dari tubuh mereka


Overall



Antara vitamin dan mineral yang diperlukan mereka:

a) Vitamin A - Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang normal. tisu dan pertumbuhan tulang kuat, kulit yang sihat, mata, sistem imun. Sumber terbaik termasuklah susu, keju, sayuran yang berwarna kuning.

b) Vitamin B, B2, B3, B6 dan B12 - untuk metabolisme, menukarkan makanan kepada tenaga, untuk sistem peredaran darah serta saraf yang baik. Sumber terbaik termasuklah dari ayam, daging, ikan, kekacang dll.

c) Vitamin C - untuk menggalakkan otot yang sihat, kulit, pertumbuhan tisu yang baik. Antara sumber vitamin C ialah buah-buahan sitrus, strawberi, kiwi dll.

d) Vitamin D -  Menggalakkan pembentukan gigi dan tulang yang kuat, membantu tubuh menyerap kalsium. Antara sumber terbaik; produk2 tenusu, kuning telur, minyak ikan dll.

e) Kalsium - membantu membina tulang yang kuat, Sumber: susu, yogurt, produk tenusu dll

f) Zat Besi - Untuk membina otot, untuk pembentukan sel-sel darah merah. Sumber: buah jambu, bayam, dll



Well, pemakanan yang baik bermulanya dari rumah. Pelbagaikan menu harian anak-anak anda. Biasakan mereka dengan piramid makanan. Walaupun its a bit challenge, kita as a parents seharusnya lebih peka apa yang terbaik buat anak-anak. Sebolehnya, elakkan menjamu mereka dengan makanan segera yang kebanyakkannya tidak berkhasiat. 








huda 
Id Shaklee: 1071145
FB: Nurul Huda Sobari


Isnin, 19 Mei 2014

Bahaya Suntik Vamin C

Suntik Vitamin C Bahaya Ke Tidak ???




TAHUKAH ANDA??? 




contoh


KEBANYAKKAN produk Suntikan Vitamin C di salun-salun, orang perseorangan yang menjual dan menjalankan perkhidmatan suntikan ini TIDAK BERDAFTAR dengan KKM..???? Sanggupkah anda memperjudikan nyawa semata-mata untuk kecantikan dengan menggunakan ubat yang tidak berdaftar?

Kaum wanita, wajib tahu akan hal ini. Vitamin c hanya kembalikan kulit asal kita. Nak tau kulit asal cuba lihat dada dan bahagian bawah lengan anda, itu adalah warna kulit asal. Namun ramai yang berpendapat, pengambilan vitamin C mampu memutihkan kulit melebihi kulit asal. 

Dos normal ialah 200 miligram. Namun, bagi yang hidup dalam keadaan stress , tekanan kerja dan udara di sekeliling kita kurang baik, dos yang terbaik ialah 500 miligram.


Walaubagaimanapun, mengikut North American Dietary Reference Intake, dos yang dicadangkan ialah 100 miligram sehari dan tidak melebihi 2 grams (2000miligrams) sehari  bagi orang dewasa yg sihat. 

Namun, AWAS dengan suntikan-suntikan vitamin c di klinik-klinik kecantikan, spa dan penjual perseorangan. Adakalanya, 1 kali suntikan 4000 miligram yang masuk ke dalam darah kita. Bayangkan seminggu 3 kali suntikan. Nah!!! Dos melebihi dan boleh mengundang bahaya!!!!!!!

Suntikan vitamin C tidak boleh melebihin dos yang ditetapkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan pembuluh darah kita mengeras dan menggangu pengaliran darah.


Kesan Suntikan Vitamin C

(overdose)




kesian....



" Pengaliran darah yang baik dihasilkan oleh kerjasama antara jantung, darah dan komponen-komponennya serta pembuluh darah itu sendiri. Apabila terjadinya terjadinya gangguan pada salah satu komponen tersebut, maka pengaliran darah akan terganggu. Akibatnya, bekalan darah tidak mencukupi dan lebih mudah untuk mendapat stroke/lumpuh dan serangan jantung. Oleh itu, pengaliran darah yang lancar sangat penting untuk kesihatan.



Kesan masa panjang juga boleh menganggu fungsi ginjal dan ia boleh membawa kematian.

Pengambilan vitamin c lebih 3 gram sehari boleh menyebabkan cirit birit. Cukup bagi setiap individu lelaki dan perempuan dewasa dengan memakan 1 biji Oren sehari.

Ada banyak lagi kesan kalau kita overdose vitamin c nie. Boleh klik di sini



*Ladies, janga terlalu ghairah ingin cantik, sehingga merosakkan kesihatan anda. Berhati-hati dengan produk-produk suntikan vitamin C diluar. Ambillah supplement sebagai alternatif lain jika anda tidak dapat mengamalkan makanan seimbang. BERSYUKURLAH APA YANG ADA.





**ppsstt..amek VIT C Shaklee jerr...Banyak yg kita akan dapat selain kulit cantik. Tak caya mai tengok nie...


heheheee:)

INGAT NA!!

Selasa, 6 Mei 2014

Vitamin Cinta: Vitamin E & Alfalfa

Kebaikan Vitamin E Dan Alfalfa Buat Suami Isteri


Vitamin Cinta nie hot dikalangan husband <3 wife tau. Tapi kan, kenapa Vitamin E dan Alfalfa nie dipanggil vitamin cinta naa?? Meh kita skodeng apa yang ada..




Ehh, bahaya ke..??


Suami & Vitamin E


Kebanyakan lelaki yg mengambil vitamin E sekurang2nya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dalam menikmati hubungan suami isteri berbanding yg tidak mengambilnya. Manakala wanita pula yg mengambilnya sekurang2nya selama 3 bulan, akan membantu meningkatkan "sexual desires" dan menikmati hubungan cinta dengan lebih baik. 

Antioksidan yg seimbang dalam Vitamin E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah pada alat sulit lelaki dan membantu ereksi yg lebih baik. Maka, Vitamin E telah terbukti membantu lelaki terutama yg mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan. 

Pengambilan Vitamin E berdosage tinggi iaitu 600-800IU setiap hari membantu badan wanita dalam menghasilkan estrol & progresterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi dimana "estrogen berlebihan" akan menyebabkan simptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, senggugut dan 'mood swings'...


 Sebotol Tahan 4 bulan



Pastikan vitamin E tu yang semulajadi tau. Macam mana nak check samada natural atau tidak? Ok cuba cek tengok labelnya pada botol - alpha tocopherol dan pastikan vitamin E itu beserta dengan unsur selenium sekali agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.


Isteri & Alfalfa


Perempuan kalau dah berkahwin ehem2 ok lagi. Tapi bila dah bersalin semuanya jadi kembang. Bukan setakat badan ja kembang..huhuu. Malu nak type lebih2. Paham2 sendiri lah ye.. Banyak testimoni (isteri makan alfalfa) semakin 'mantop'. Ehem2 yg mantop..hihii....Tapi kan, macam mana alfalfa yang kecil tu boleh mantopkan yg dah tak berapa ketat??

Haa...Tahukah anda Alfalfa ni mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido).

Ok. Sekarang dah tahu la kan cemana alfalfa nie bertindak..??



Tahan Berbulan-bulan






Antara testimoni customer yg berpuas hati..






Lepas nie, kalau husband&wife amalkan 2 benda nie, confirm hari2mau..heheheee...



Nak Order??
Call/sms huda 0134806167
Fb: Nurul Huda Sobari
Shaklee Id: 1071145



Apa Kena Mengena Makan Dengan Kanser Serviks ??

Atau Kanser Pangkal Rahim


Scary!!


Perkataan pertama yg terkeluar dari mulut. Tengok gambaq ja wehh!! Tapi dalam nie, kita boh gambar yg biase2 jerr..Kita tau kan, kanser nie orang pompuan jaa yg kena..Apa yg boleh di advise, tolong la buat checkup. Setahun sekali ja ponn..(betulkan kalau huda salah). Mak sedara huda meninggal pun sebab kanser ni..last stage baru dapat kesan.




 Dia nie kan mai sengap2. Signal apa tak bagi tetiba keluaq simpang..CONTOH. Ya la. Kalau tanya doktor sekali pun, rata2 mesti cakap yg "..dia nie tak dak tanda2 drastik.." Sebab tu lah, bila p buat check up ja, terkejut sbb kanser tu dah sampai tahap ke tiga & ke empat dah..

T__T

Merambu ayaq mata....!!
(Tapi tak semua macam tu..)

Kajian dari Pakar Perubatan dari Hospital Fortis, India berkata, satu pertiga kes kematian (kanser serviks) disebabkan pola diet yg salah. 

Penyakit mana pun, kita boleh cegah, in sya Allah, melalui banyak kaedah. Antaranya di sini ialah dengan mengubah tabiat/pola/diet pemakanan. Banyak makanan yg membantu kita tau....Antara yg disyorkan ialah:


Kaya Dengan Vitamin A 

Seperti lobak merah, buah oren, telur, tuna, produk2 tenusu, Carotomax Shaklee ;). Di katakan bahawa makanan ini paling baik utk mencegah kehadiran kanser serviks.




saja boh bambar carotomax shaklee..dia kan kaya dgn vitamin A..


Kaya Dengan Vitamin B Folate

Makanan yg mengandungi B Folate membantu menurunkan paras homocysteine dan zat yg menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal pada serviks. Antara makanan yg kaya dengan b folate ialah brokoli, kubis, B Complex Shaklee ;).




Kaya Dengan AntiOksidan

Buah avocado nie famous sbg bahan antioksidan yg tinggi. Ia juga mampu melawan radikal bebas sekaligus mencegah dari berkembangnya sel kanser. Selain avokado, bluberi, lada, ceri, ikan salmon, brokoli, bunga kubis dll juga dapat membantu ye..



avocado


Kaya Dengan Polyphenol & Flavonoid


Pengambilan teh hijau, minyak zaitun, buah anggur merah, tomato, kacang merah dan lada sangat digalakkan dalam membantu usaha mencegah kanser serviks nie. Kandungan polyphenol dan flavonoid di katakan dapat menyekat penularan sel2 tersebut..




Orang kata, baik cegah sebelum melarat. Nak makan apa ponn kena beringat. Tak kira la kanser ka apa ka an an....ngeeee


ct:mingguanwanita

Khamis, 24 April 2014

LELAKI BOROI

Lelaki Boroi Berisiko Hidap Diabetis 




"..Bahagia, Romantik, Isteri Pandai Jaga.."


Tiga yg diatas tu selalu sangat kita dengar, kan anda-anda sekalian.. Tapi kan selalunya bila orang laki kawen ja, berat mereka nie mesti akan bertambah dari setahun ke setahun...Mujoq bini ponn xbertambah dak..huii jangan lerr.

Tapi kenapa ye..Mungkin masa lebih banyak dihabiskan di rumah dengan anak2 n isteri. Ditambah plak dengan isteri yang pandai masak. Sat2 masak tu..sat2 masak nie..perghh...!! TERBAIKK !! Bila da kenyang, of coz la senang hati. Melingkor jerr ghojernye ye...hehehee

Ada kajian ye, lelaki berkahwin akan boroi selepas 2 tahun dan  ke atas. Hmm..?? Dan ada kajian jugak (kajian lagi..) orng laki yg mpunyai tumpuan lemak di bahagian perut  LEBIH BERISIKO TERKENA PENYAKIT DIABETES, ANGIN AHMAR & JANTUNG.



Ada Kaitan Dengan Penyakit Jantung


Walaupun banyak yg dok ingat perut boroi a.k.a buncit @ mara ke hadapan nie berkait rapat dengan penyakit jantung, tapi kan dia sebenarnya memberi risiko kepada penyakit diabetes!





Ya la memang ler sering digandingkan dengan jantung tapi dia nie sebetulnya bukan la secara langsung. Sindrom tersebut dinamakan sindrom metabolik..bukan sindrom down ye. Itu lain. Antara penyakit lain yg berisiko secara tak langsung - darah tinggi, pradiabetes dan kolestrol tinggi. 


Sebab BOROI??


Of coz disebabkan pemakan yg tidak seimbang & kurang/tak bersenam langsung! Macam somi ai..huhuu..Kedua-dua nie menyebabkan lelaki lebih berisiko nak dapat kencing manis & masalah kolestrol. 


Apa Yang En. Suami Harus Buat??


1. Kurangkan makanan yg bergoreng & berkolestrol
2. Kurangkan makanan yg berkalori tinggi. yg manis2, yg masin2...
3. Banyakkan sayur2an, buah2an
4. Digalakkan memakan lebih protein daging putih - ikan, ayam (tapi jgn gheja dok p hentam yang bergoreng punya) & kurangkan mengambil daging merah
5. Bersenam at least 30 seminggu
6. Rajin2kan diri makan supplement Omega Guard Shaklee...hihihiiii...ehh, ada kajian tau. Minyak ikan membantu proses turunkan berat badan tau..Sat nak tunjuk...












Betoi dak..Boroi, boroi jugak. Jangan over boroi sudaaahh...o0oppss.

Nak Omega Guard, calling2 lerr den..pm pon ok.hehee..



Selasa, 22 April 2014

JAGA PEMAKANAN JIKA MAHU ANAK CEMERLANG

Makan Untuk Hari Esok







"..harapan setinggi gunung.." 

Antara lirik yg ada dalam lagu otai kita ( xingat tajuk dia apa)..maaf Malaysia ^_^*. Tinggi kan harapan kita. Tak kira la untuk belajo ke, mencari pasangan ke, mendeko pelamin ke...aik? Macam tu juga la harapan ibubapa terhadap anak2 tak terkecuali laa aku ni ha..Selalunya dari dalam rahim lagi kita dah pasang sempoi punya (angan-angan) untuk anak yg bakal dilahirkan, betoi dak..

"..nanti baby nie dah keluar nak  boh nama Zabedah la. Besaq nanti boleh jadi pakar bedah.." Yang tu contoh...Nampak dak. Besaq kan harapan si ibu dan ayah??


Menyediakan pemakanan yg baik untuk anak2 bukan saja penting untuk saat dan ketika nie ye tapi ianya satu asas yg cukup baik in the future. Contoh la ye, bila anak2 makan dari jenis makanan yang baik selalunya ia sangat bagus dlm mempengaruhi kesihatan tubuh anak2. Selain tu, ia juga membantu menguatkan sistem daya ketahanan semulajadi tubuh.





Ia juga sedikit sebanyak mengurangkan risiko pada masa hadapan. Contoh: kalau dari kecil lagi berat badan anak "ala-ala chomel gittew", besar kemungkinan bila dah meningkat remaja ponn "ala-ala chomel gittew" tetap ada. 

Ehh, bila berat dah terlebih dari sepatutnya (overweight), ia sedikit sebanyak menggangu perkembangan sosio-emosi sebab bentuk badan yg kurang menarik menyebabkan anak2 akan merasa rendah diri..Percayalah !!


Kesian o0o kat depa..Walaupun mereka nie masih kanyaq a.k.a kecil lagi tapi mereka nie ponn punya hati dan perasaan tau....So, jangan main hentam sokmo jah.




Apa Yang Harus Ibubapa Buat

Sebagai orang tua...kepada anak2 kita la, kita kena la usaha sedaya upaya untuk bagi makanan terbaik kpd anak2 start dari kecil dan menggalakkan tabiat makan yg sihat. Tapi kan, makanan yg mahal tu xsemestinya bagus & yg bagus tu xsemestinya mahal..ye dop?? Pemakanan yg betul tu cukup la apa yg wajib ada dalam piramid makanan...




Bila kita dah bagi anak2 makan makanan yg baik2, kena la rajin2kan diorang utk beriadah jugak. Baru ler badan tu cergas n minda ponn cerdas gittew..heheeh



Ehh, cikedis bagai tu kalau boleh tak yah la bagi. Buang duit jah. Tak dak nutrisi ponn. Tapi kan, lagi bagus kalau setiap rumah ada mealshakes shaklee..(oitt..tetiba la pula). Sebab dia ada 24 jenis vitamin, mineral & zat perlu.. hihiii..promo sikit.O0oppss....
















PUNCA SELULIT

PUNCA SELULIT


SELUAR KETAT & KASUT TUMIT TINGGI




Tajuk nie memang famous la bagi orang pompuan a.k.a golongan wanita. Dan rasa2nya ramai yang dok ingat selulit dan wanita berbadan besar berpisah tiada. Ehh, jangan dok ingat mereka yang 'comel-comel' nie ja ada masalah selulit. Anda2 yang selim melim ponn boleh ada tau. Kiranya dia tak kira usia emas ka usia perak ka usia gangsa ka (aik ado ko?) hehehee...Haa, selain dikaitkan dengan masalah berat badan yang bertambah2 bagai di pam, ia juga boleh berlaku akibat stress tahap gaban @ melampau2, kurang bersenam, hormon dll.....


Menurut Dr. Massimiliano, Research and Export manager of Zuccari, selulit bukannya masalah kecantikan TAPI berkait dengan masalah kesihatan. 

Camno tu??

Menurutnya ye, bukan wanita saja yg ada masalah nie tetapi golongan lelaki ponn tak terkecuali. Tapi kan, orang laki nie tak la nampak sangat sebab kulit mereka nie lebih tebal berbanding kaum hawa yg ada baaaaaanyak lemak especially di bahagian paha, punggung, pinggul dan dada. Dada??




BAGAIMANA SELULIT TERJADI??

1. Pemakaian seluar yg terlalu ketat, pengambilan kafein, makanan berlemak, merokok, posisi duduk yg salah, pemakaian kasut bertumit tinggi dll...

2. Mereka yg memiliki badan gemuk, kemudian kurus dan gemuk semula 

3. Wanita hamil - terutamanya dibahagian perut. Dalam bahasa manjanya strechmark..betoi dak tau spelling dia..huhu


Tips Atasi SELULIT

1. Kurangkan garam, kafein, gula DAN 

2. TAMBAHKAN PROTEIN - ambil makanan yg mengandungi protein 2x sehari kerana protein adalah nutrisi penting bagi pertumbuhan yg sihat dan memperbaiki sel. Protein terkandung dalam produk tensu, tempe, daging tanpa lemak dan ikan. Dan protein terbaik pastinya ESP Shaklee...hohohooo...^__^*





3. Buah-buahan dan sayuran - ia adalah dua jenis makanan yang wajib. Pilihlah buah2an dan sayur2an yg berwarna terang kerana mengandungi antioksidan seperti lobak, mangga, blueberry, kiwi, bayam,tomato dll







Rabu, 16 April 2014

Set Darah Tinggi Shaklee

Tekanan Darah Tinggi


Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Diukur?



Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut :-120/80mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. 
Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar tekanan darah optima iaitu 130/80 mmHg.




Punca:-

Berkait rapat dengan faktor genetik, berat badan berlebihan, pemakanan yang tidak sihat dan peningkatan umur

Kategori berisiko tinggi
:-
  1. berat badan berlebihan/obesiti
  2. kurang aktiviti fizikal/bersenam
  3. menghidap kencing manis/diabetes
  4. mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan
  5. sejarah darah tinggi di kalangan keluarga 


Akibat:-

kerosakan salur darah yg mengakibatkan salur darah menjadi keras dah sempit. Dan ini meninggikan kebarangkalian pesakit untuk mengalami serangan jantung dan angin ahmar juga stroke.

Cadangan Set Darah Tinggi Shaklee:-

Berikut adalah cadangan supplemen Shaklee kepada penghidap darah tinggi dalam membantu mengurangkan, mencegah walaupun bukan dijamin 100%, juga untuk pemulihan high blood pressure/darah tinggi:-
  • Lecithin: metabolisma lemak --> mengemulsi lemak yg menjadi penyebab pembentukan kolestrol, menolong tubuh menyerap lemak tepu iaitu A,D,E dan K
  • Omega Guard: mengurangkan tahap kolestrol, melancarkan peredaran darah & menghalang pembekuan, mengurangkan risiko sakit jantung
  • Garlic: menurunkan tahap kolestrol, merendahkan tekanan & mencairkan darah, bantu kekalkan tekanan darah normal & tahap kolestrol
  • Vita-E: membekalkan selenium yang cukup kerana kekurangan selenium seringkali dikaitkan dgn penyakit jantung.
  • OsteMatrix:  kekalkan tekanan darah normal, menstabilkan denyutan jantung dan darah tinggi.
  • Alfalfa Complex: membantu sistesis lemak
  • Vitamin C : mengekalkan kolestrol sihat, mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat. 




Saranan pemakanan harian:-
- ambil makanan yang rendah lemak
- kurangkan penggunaan minyak dan santan
- kurangkan pengambilan garam dan gula
- tingkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin
- kurangkan pengambilan lemak tepu dan daging


ANTARA MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN GARAM



*Tips!
tahukah anda dgn meminum air suam yg dicampur sedikit madu di waktu pagi dapat membantu mengurangkan kolestrol, dan menormalkan aturan tekanan darah.



Ehh, kalau tak silap huda lah kan, sekali kita dah makan ubat darah tinggi, selamanya kena makan tau. So prevention is much better than cure. Tambah2 kalau keluarga kita ada sejarah darah tinggi..hmmm lagi la kena banyak beringat!


Well, macam biasa kalau nak order full set/budget set, simply call/sms huda 0134806167. Or 'visit' my fb:Nurul Huda Sobari.....^___^*