Isnin, 3 November 2014

Alahan Terhadap Susu Ibu

 AGAK-AGAK WUJUD TAK???



Comelnya....agak2 anak sapa??
hihii


Susu ibu sememangnya adalah yang terbaik untuk bayi. Tapi pernahkah anda sendiri mengalami situasi di mana anak  yang menyusu badan lebih kerap menangis dan meragam berbanding anak atau bayi lain yang mengambil susu formula?

Agak-agak KENAPA bayi anda KERAP MENANGIS dan MERAGAM?

Ianya  terletak pada DIET PEMAKANAN SEHARIAN si ibu.

Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk bayi dan akan  sedaya upaya memenuhi keperluan zat yang diperlukan oleh bayi.

TETAPI adakah makanan sumber vitamin tersebut sesuai untuk bayi? Terdapat sesetengah makanan yang sebenarnya bagus untuk ibu, tetapi boleh mendatangkan kemudaratan pada bayi.

Antaranya...



1. BUAH-BUAHAN SITRUS:





• Buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C seperti lemon, limau, oren dan limau gedang.
• Mengandungi jus berasid yang boleh mengganggu sistem penghadaman bayi yang belum matang
• Bayi yang alah kepada sitrus dalam susu ibu mungkin akan mengalami RUAM LAMPIN dan KEMBUNG PERUT



2. MAKANAN LAUT DENGAN KANDUNGAN MERKURI YANG TINGGI:
• Ikan yu, ikan todak, tenggiri raja, dan tilefish
• Tahap merkuri yang tinggi akan MENJEJASKAN OTAK dan SISTEM SARAF bayi
• Untuk sumber protein, boleh ambil ikal air tawar atau salmon



3. ALAHAN TERHADAP MAKANAN:

Ini banyak yang terjadi:

i) Sakit perut, cirit-birit, kembung perut, muntah
ii) Masalah untuk tidur
iii) Gatal-gatal, ruam, dan ekzema
iv) Kerap sakit
v) Pernafasan berbunyi

• Bayi yang menyusu badan juga boleh menghadapi masalah alahan kepada laktosa (Lactose-Intolerance). Oleh itu hadkan pengambilan susu dan produk tenusu
• Hadkan pengambilan produk gandum, kerang, kacang tanah dan produk kacang yang lain


4. MINUMAN BERKAFEIN:
• Minuman kafein boleh mengakibatkan iritasi atau keradangan pada bayi dan akan mengganggu tidurnya.
• Berjaga2 dengan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman coklat



Bayi anda akan menerima apa saja yang anda makan. Jadi makanlah dengan baik untuk penyusuan yang baik dan berkualiti. Dan jangan ingat walaupun anda meyusu badan ia tidak bermaksud susu anda itu penuh dengan khasiat yang diperlukan oleh anak.




Gambar sekadar hiasan





















6 ulasan:

  1. Thanks for sharing. Info yang menarik untuk panduan ibu bapa di luar sana...


    Vitamin Terbaikku

    BalasPadam
  2. Panduan ibu bapa yg berguna...

    ninyfariza82.blogspot.com

    BalasPadam
  3. info yang sangat berguna utk bakal ibu...

    BalasPadam
  4. info yg berguna...tp ada jugak bayi menangis xtentu pasal ni...kata org nampak sesuatu..wallahua'lam..

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^