Sabtu, 20 Disember 2014

1 Jenis Resipi Orang Malas Tapi Kenyang Dan Berkhasiat

Biasalah...
Tak semua hari yang ada dalam seminggu tu, kita rajin..
Kadang-kadang nak mandi pun malas. Betul tak? Eleh, macam tak biasa plak..;D
Memandangkan hari nie hari Sabtu, cuti sekolah plak tu kan..Mesti ada yang dah plan siap-siap nak bawak anak-anak pergi jalan-jalan. Tak pun bawak pergi beli baju sekolah ^___^.
Huda nak kongsikan 1 resipi yang simple giler. Tak payah pening kepala bagai. Cepat plak tu.
Resepinya ialah..

Gulungan Pisang & Mentega Kacang !!

Bahan-bahannya ialah...
  1. Suku cawan mentega kacang 
  2. 2 keping roti tortilla
  3. 2 sudu besar madu
  4. 2 biji pisang (ikutlah nak besar mana)

Macam mana nak buat..??
  1. Sapu mentega kacang di atas roti tortilla yang dah dibakar dalam microwave. Tapi kalau tak dak boleh letak atas kuali leper rasanya..
  2. Pastu letak madu atas mentega tu tadi (ikut pada manis masing-masing ye)
  3. Letak pisang..
  4. Last sekali, gulung pisang dengan roti tu tadi. Dah siap!!

Tahukah khasiatnya??

Mentega kacang kaya dengan protein dan 2 sudu madu mentega kacang bersamaan dengan 7g protein. Lemak yang terdapat dalam mentega kacang bukan lemak tepu dan ini menjadikan ia pilihan yang terbaik. Lemak tidak tepu boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan memberi nutrien yang cukup kepada tubuh. Mentega kacang merupakan sumber vitamin E dan B6, zat besi, folat, kalsium dan niacin.


Sumber: Majalah Rapi



Haa...lepas nie boleh la try. 
Selamat Mencuba!!

^_____^*



Gambar Sekadar Hiasan



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

6 ulasan:

  1. Mudahnya resepi ni tapi nampak menyelerakan sangat. Bolehlah cuba esok sebab kat rumah banyak pisang.
    Meraikan Anak Autisme

    BalasPadam
  2. anak-anak mesti suka, pantang jumpa peanut butter

    BalasPadam
  3. Saya selalu buat macam resepi ni...memang sedap dan anak-anak suka...ianya resepi ringkas tapi sedap dan menyihatkan.

    Sekurang kurangnya 400 mcg Asid Folik Diperlukan Untuk Ibu Hamil

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^