Selasa, 2 Disember 2014

Bagaimana Untuk Mengekalkan Kulit Wajah Yang Sihat?

Pernahkah anda jadi sebegini..??

"..ishh, aku rasa aku dah cuci bersih dah muka ni tapi kenapa jerawat masih tumbuh? Kenapa liang pori semakin jelas?? Kenapa jadi macam nie?? Apa yang tak kena..?"

Haa..kita kena tahu yang membersihkan wajah bukan sekadar basuh macam tu dengan pencuci saja tau. Asalkan anda mengikut cara yang betul dan rajin mengamalkannya, pasti kulit wajah idaman akan menjadi milik anda. Jomm kita tengok apa yang harus dilakukan..!


BERSIHKAN WAJAH ANDA!



1. Wajah haruslah dibersihkan dengan teliti. Setiap bahagian wajah yang disolek mestilah dibersihkan dengan sempurna. Kalau boleh tengok cermin dan lihat sekiranya masih ada bahagian yang tidak bersih. Cuba lebihkan dibahagian yang dioles dengan bedak. 


2. Anda harus tahu pencuci bagaimana yang sesuai dengan struktur kulit anda. Pastikan jenis kulit anda sama ada jenis kering, normal atau berminyak. Hal ini sangatlah penting kerana setiap jenis kulit memerlukan set penjagaan yang berbeza. Kulit di sekitar mata merupakan bahagian yang paling sensitif. 

3. BAHAGIAN YANG SELALU DIABAIKAN! Iaitu mengenakan toner/penyegar wajah. Tips yang paling baik untuk menggunakan penyegar/toner adalah dengan memastikan setiap bahagian pada kapas, basah supaya sapuan lebih rata. Untuk makluman anda, apabila kita mencuci muka, ia akan membuka liang pori untuk dibersihkan. Penggunaan penyegar /toner adalah untuk 'mengutip' setiap sisa kotoran yang tidak dapat dibersihkan oleh pembersih wajah selain bertindak sebagai merapatkan/mengecilkan semula liang pori yang terbuka. Sebolehnya, cuba elakkan penyegar/toner yang mengandungi alkohol kerana ia akan mengeringkan kulit dan tidak sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif.

4. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan penyegar/toner, anda boleh menggunakan air. Tetapi, jangan sesekali menggunakan air panas kerana ia akan merangsang liang pori untuk membesar. Air yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk adalah yang terbaik. Setelah selesai membersihkan wajah, jangan lupa untuk lapkan sehingga wajah benar-benar kering.


5. TAHUKAH ANDA, membersihkan wajah bererti kelembapan semulajadi pada kulit akan hilang. Tetapi tidaklah begitu ketara. Oleh itu, setelah selesai membersihkan wajah anda, sapulah krim pelembap...



Orait. Memandangkan anda dah betul-betul tahu tentang langkah-langkah asas untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat, untuk entri yang seterusnya, Huda akan kongsikan dengan anda semua tentang satu rangkaian produk yang TERBAIK dan in sya Allah akan memenuhi keinginan anda untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan lebih cantik..

Tunggu tau..

^__^*



++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **



Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com























13 ulasan:

  1. bagus tips di atas...
    semua wanita mahukan kulit wajah kekal sihat...

    SELAMAT TINGGAL GASTRIK

    BalasPadam
  2. Tips yang bagus untuk di amalkan. Bukan semua orang tahu masalah kulit mereka kan... Thanks for sharing dear..

    Tampil Cantik Menawan Tanpa Jerawat Dan Jeragat Di hari Bahagia? Apakah Caranya?

    BalasPadam
  3. Betul saya pun dah lama tak pakai toner sejak makan vitamin shaklee ni hehe

    BalasPadam
  4. tak suka pakai toner..nanti kulit jadi semacam..huhu..tips no 2 sy skip..tapi yang lain inshaAllah sangat berguna untuk saya..betul ckp akak vitamin, sejak makan suplemen shaklee, muka makin cantik walaupun kurang jaga..hehe..

    CANTIK TANPA JERAWAT

    BalasPadam
  5. Tips yg sangat bagus utk di amalkan.x perlu susah payah nak pakai toner.masih tetap boleh cantik.

    BalasPadam
  6. Saya Kalau tak pakai toner mula la muka naik mcm2.. sapu je toner.. Tak smpai smnggu smua hlang.. Hehehe.. Parut hitam2 pn hlang..

    SAYA PENGSAN SEMPENA PROMOSI DISEMBER

    BalasPadam
  7. dulu rajin buat step tu, cuci, toner, krim, serum hihih
    skrg ni rajin cuci, skrub dan mask je, itupun cloth mask. Selain sbb busy dgn anak-anak, masalah kulit pun dah kurang sejak amal vitamin Shaklee

    BalasPadam
  8. Wajah yang bersih memang menjadi idaman semua wanita. Kalau yang kulit sensitif tu, memang perlu penjagaan yang lebih.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    BalasPadam
  9. tips yang sangat baik untuk diamalkan...jom cuba set kecantikkan shaklee

    jom buang lemak dengan lecithin shaklee

    BalasPadam
  10. Perkongsian yang sangat baik. Boleh diamalkan dan ditambah dengan pengambilan suplemen untuk kulit. Dapatla kulit yang mabeles comel, gebu dan halus gitu

    Mencari Cara Atasi Jerawat Dan Parut Yang Memburukkan Wajah

    BalasPadam
  11. Penting jaga kulit muka ni, barulah jerawat segan nak tumbuh

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^