Agak-agak bayi yang baru dilahirkan cuma tahu menangis tak? Haa..tak juga ye. Bagi menyampaikan apa yang diinginkan, mereka juga punya cara tersendiri. Sebab itulah, ibu-ibu kenalah selalu perhatikan tanda-tanda seperti ini sama ada ketika dia menangis ataupun tak.
8 Cara Bayi Luahkan Rasa
1. Mata Yang Menatap Anda - Itu menunjukkan dia berusaha mengenali individu yang berada dekat dengannya. Tataplah kembali matanya sambil tersenyum agar dia sentiasa senang bersama anda.
2. Tersenyum - Jika dia tersenyum dalam tidur, itu tandanya dia merasa begitu selesa. Biarkan dia tidur dengan nyenyak. Tapi orang tua-tua kata, kalau dia senyum dalam tidur, dia teringat/sedang 'main dengan urinya'. Wallahualam..
3. Mengeluarkan Bunyi Melenguh - Ia menunjukkan bayi anda inginkan perhatian anda atau mahu bermain. Hampirinya dan ajak ler dia main.hihii..
4. Wajah Seperti Merengus - Kemungkinan bayi tidak selesa. Periksa lampin, kedudukan tubuh atau tempat tidurnya. Lihatlah sama ada bayi anda tidak sihat.
5. Menangis Dengan Kaki Bengkok - Seringkali terjadi jika ada serangan kolik. Buatlah dia merasa selesa dengan mendukungnya agar bayi tenang. Menyusu juga boleh menenangkannya.
6. Kaki Menendang - Mungkin bayi merasa bosan atau tidak selesa. Boleh jadi juga kerana dia mahu didukung.
7. Mulut Terbuka Dan Tertutup Berulang Kali - Jangan-jangan bayi anda lapar tak. Atau jika bayi anda baru sahaja menyusu, mungkin dia mahu didakap.
8. Menguap - Yang nie confirm dia mengantuk. Tidurkanlah dia. Jangan sampai dia menangis sebab terlalu mengantuk.
Biasalah kan. Setiap bayi punya gaya tersendiri. Selalunya setelah beberapa hari bersamanya barulah kita akan faham akan gayanya yang comel tu.
EXTRA
Part nie paling Huda suka. Selalunya kan, kalau kita suakan jari sikit ataupun breast, mesti dia sentiasa tercari-cari. Betul tak? Agak-agak dia lapar ke atau memang macam tu..? Di sini ada sedikit explaination..
"..Tahukah anda, semua bayi mempunyai beberapa reflex yang Allah ilhamkan. Salah satunya adalah "rooting reflex" atau refleks mencari. Ini adalah satu fenomena di mana ketika pipi bayi diusap atau disentuh di bahagian pinggir mulutnya. Sebagai respons, bayi akan automatic memalingkan kepalanya ke arah benda yang menyentuhnya, dalam usaha menemukan sesuatu yang dapat dihisap.
Rooting reflex akan diikuti dengan sucking reflex (refleks menghisap) jika disuapkan sesuatu ke dalam mulutnya. Ini adalah refleks fisiologi normal bagi bayi dan tidak semestinya bermakna dia kelaparan. Dan refleks ini akan hilang perlahan-lahan bila bayi anda berusia 4-6bulan.
Kadangkala anda sangka bayi anda menangis kelaparan kerana "tercari-cari" tapi bila diberikan susu dia masih menangis dan tak mahu hisap sgt pun. Kalau anda rasa anda dah berikan secukupnya, cuba burpkan dia.."
Sumber: Dr Hana (Bertarikh 13 November 2014)
Rooting reflex..mmg selalu baby bagi reaksi bila disentuh.sy pernah nampak .betulla.ingatkan baby lapar.rupanya itu reaksi biasa baby
BalasPadamKan..selalu dok ingat baby lapaq bila kita suakan jari.hahaa..sekarang baru ku tahu
PadamJAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA
info menarik..ibu-ibu baru pasti dapat manfaatkannya
BalasPadamhuhu...teringinnya nak ada baby lagi...info yang sangat menarik
BalasPadampenyusuan secara eksklusif cabaran buat ibu bekerja
Bgus info ni..tq for sharing
BalasPadamSyukur alhamdulilah ada baby sendiri.jaga sepenuh masa lak tu.Setiap perkembangan nya kita lalui bersama..
BalasPadaminformasi yang sangat bermanfaat, terima kasih dear..
BalasPadamResepi Mee Bandung Resepi Turun Temurun
Bila tengok bayi tersenyum kat kita memang rasa seronok terutama bila masa breast feed...syukur sangat..
BalasPadamTips Awet Muda
Bagusnya info ni. Ila yang dah ada anak tiga ni pun dapat info yang baru. Thanks for sharing!
BalasPadamPengedar Shaklee Semenyih
suka tengok baby tdo... macam-macam memek muka kita dapat tengok.
BalasPadam