Ahad, 14 Disember 2014

Petua Orang Dulu-Dulu 4.0

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera ..
Kepada Anda Semua Moga Bahagia..
Disamping Keluarga Yang Tercinta..
Semoga Kekal Selamanya Hingga Ke Syurga...
In Sya Allah..Aamiin.

Hari nie Huda nak tambah 4 lagi petua. Huda dapat dari satu page. Lupa nama page tu. Takpa. Nanti bila dah dapat cari, Huda letak link tau..
 ^___^
Hari nie Huda ada banyak jemputan kenduri kahwin. Biasalah. Musim cuti sekolah katakan. Tapi sebelum bersiap apa yang patut, Huda kenalah buat entry ni dulu kan..
Jomm kita..!


1. Mengembalikan Kesegaran Sayur
- Kalau anda simpan sayur beberapa hari dalam peti ais, kesegarannya pasti akan hilang. Jadi untuk kembalikan kesegaran sayur yang dah tak fresh tu, anda rendamkan sayuran tadi di dalam air yang telah dicampur dengan setitik cuka. Selain untuk kesegaran, cuka juga bertindak sebagai agen menghilangkan kotoran..
Tapi kalau Huda pulak, cuka memang tak pernah beli. -__-
Apa yang Huda buat, Huda selalu rendam sayuran atau buah-buahn dalam air yang berisi setitik dua basic H. ;D


2. Membersihkan Minyak Gorengan
- Ambil beberapa keping asam keping dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tu akan bertindak sebagai agen penyerap kehitaman pada minyak gorengan anda. 
Tapi yang nie Huda tak pernah buat. Sebab lepas guna minyak buat kali yang ke 2 Huda suka buang. Minyak memang tak pakai banyak sangat pun.hihii..^__^


3. Mengharumkan Dapur
- Bagi mengatasi masalah bau dapur yang kurang best especially lepas menyiang ikan, kita boleh rebus beberapa keping kayu manis, cengkih dan cuka biasa. Pastu bila air rebusan tu dah sejuk, bolehlah semburkan atau pun lapkan pada kabinet dapur, jubin dan sekitar dapur rumah kita. 


4. Membersihkan Siput Sedut
- Ambil sebekas hampas kelapa dan gaulkan dengan siput sedut tadi tan biarkan semalaman. Besok tu baru anda buang hujung cengkerang siput  tu sebelum di masak. Dengan itu, bau lumpur dari siput sedut akan hilang..



Cubalah..
^_____^*
Bye..!!






+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

9 ulasan:

  1. mmg seronok menunggu petua Huda setiap weekend heheh utk bau hanyir tu, saya ada petua baru, hanya sembur basic-H2 pada sinki, mmg hilang bau hanyir

    BalasPadam
  2. Petua segarkan syur tu zoe suka.sayur ni memang cepat layu.Nak masak pun tak best kalau tak segar

    BalasPadam
  3. Petua mengharumkan dapur tu saya suka sebab dapur ni dengan macam2 barang kat dapur memnag bau kurang menyenangkan..

    Masalah Kesuburan

    BalasPadam
  4. Teringat masa zaman kecik-kecik dulu, selalu tangkap siput sedut di sawah. Zaman sekarang susah sangat nak jumpa siput sedut dah kan? Klau tak, boleh guna petua ni :-)

    Kisah Liat Bayar Hutang

    BalasPadam
  5. macam-macam pilihan petua orang dulu2...

    BalasPadam
  6. tak pernah dengar lagi bersihkan minyak gorengan tu.. boleh cuba kot.. eksperimen..

    MAKANAN TERBAIK UNTUK PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^