Aduih, jenuh mak. Kesian lagi anak mak..!
Pernah terjadi macam tu jugak kan? Tak semua ibu-ibu atau mak-mak smooth jer perjalanan penyusuannya. Macam Huda dulu masa menyusukan anak ke 2, waktu malam (time nyusu) nak tidurkan anak, boleh pulak dia nangis. Tetiba ja. Kita nie ingatkan apalah. Semut gigit ke, gatal, demam ke apa. Rupa-rupanya lepas pujuk semua tak kena, encik suami cakap,
"..ntah2 susu ibu tak dak dah kot..?"
Haa, lepas tu barulah Huda tahu kenapa anak nangis bagai nak rak (sebab dia kuat nyusu!). Tapi mujur Huda buat stok (alhamdulillah). Then, bila dah selidik semua Huda baru tahu punca yang menyebabkan susu berkurangan.
Hmm..Agak-Agak Kenapa Susu Badan Boleh Berkurang?
- Menyusu ikut jadual masa (ikut jam) dan bukannya ikut keperluan bayi
- Tak kosongkan breast sepenuhnya (walaupun pada hakikatnya breast tak pernah pun kosong sepenuhnya!)
- Anak kurang menyusu pada waktu malam
- Tak ada rangsangan tambahan SEKIRANYA bayi punya selera yang kecil (tak kuat nyusu)
Jadi, Apa Yang Patut Ibu Buat?
Sebolehnya, menyusukan anak dengan lebih kerap. Jika perlu, pam/perah susu dan pelbagaikan kaedah memerah susu. Selalunya waktu awal pagi kita dapat menghasilkan banyak susu kerana pada waktu tu hormon prolaktin sangat tinggi. Dan sekiranya ibu seorang yang berkerjaya, ambillah cuti. Walaupun ibu dapat pam dengan lebih kerap, TETAPI bayi adalah pam semulajadi yang paling berkesan. Ambil peluang ini untuk berehat dan menyusu mengikut kehendak bayi. Lama kelamaan aliran susu ibu in sya Allah pasti akan meningkat kembali.
Selain Amalan Di Atas, Apa Lagi Yang Harus Dilakukan?
Kita sebagai mak/ibu nie kena pandai dan cepat mencari ikhtiar ye. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah dengan mencari alternatif lain iaitu makan makanan yang dapat memperbanyakkan susu (milkbooster).
Macam Huda sendiri, bila dah jadi keadaan macam tu, cepat-cepat amalkan lobak putih, sayur sawi, kucai dan kurma. Walaupun setakat ni tak ada lagi kajian saintifik yang menyatakan bahawa ianya berkesan, tapi ianya alhamdulillah membantu dan memang dah pun diamalkan sejak dari dulu lagi.
Walaubagaimanapun, kita semua kena faham ye, tak kiralah apa jenis makanan penggalak susu atau milkbooster sekalipun, konsep demand and supply kena tahu dan kena ikut. Kerap kosongkan breast dan kerap menyusu. Cari dulu punca apa yang menyebabkan susu berkurangan, bertenang dan kurangkan stress. Dan paling penting sekali, doa. In sya Allah, moga-moga Allah permudahkan urusan penyusuan kita. Aamiinn...
Antara Pengalaman Yang Tak Dapat Dilupakan & Cara Seorang Ibu Berkerjaya Yang Berjaya Mengatasi Masalah Susu Drop!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
** These
statements have not been evaluated by Food and Drug Administration. These
products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any
disease. **
Untuk
maklumat lanjut, hubungi Huda:
Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167,
Wasap: 0134061610
Email:
nhudas8575@gmail.com
Susu kurang adalah perkara yang ditakuti oleh seorang ibu yang sedang menyususkan bayi..
BalasPadam3 Langkah Untuk Kurus
Seorang ibu akan berusaha sebaik yang mungkin untuk cari sesuatu untuk pastikan susu untuk anaknya sentiasa dipenuhi...
BalasPadamtingkatkan sistem imun badan dengan nutriferon
Kena usaha juga utk beri susu ibu pd bayi..
BalasPadamDalam tempoh 2 tahun penyusuan, pasti ada pasang dan surutnya. Kerana itulah perlu sentiasa berdisiplin dan istiqamah dalam penyusuan.
BalasPadamPermainan Kanak-Kanak Zaman Dahulu Yang Menyeronokkan
Kena ada ilmu pngatahuan meyusu ni.Kalau tak, susu kering payah ni
BalasPadam