Ahad, 30 November 2014

Petua Orang Dulu-Dulu 2.0


Assalamualaikum..

Memandangkan hari ini hari Ahad jadi Huda nak buat lagi satu entry berkaitan dengan PETUA..
Last week kita ada petua untuk hilangkan kuning baby (jaundis), petua kurangkan jerawat, petua hilangkan bau ketiak, dan sebagainya. Kali ini Huda nak tambah lagi 4 jenis petua..
Jomm kita..


Ulam Raja Banyakkan Susu Ibu

Bagi ibu yang baru melahirkan anak, amalkan memakan ulam raja bersama nasi untuk memperbanyakkan susu badan. Di samping itu, ia juga baik untuk awet muda. Selain ualam raja, kita juga boleh amalkan dengan memakan sawi, halba, minuman soya yang sudah pastinya ESP SHAKLEE, ALFALFA SHAKLEE, lobak dan lain-lain lagi.

Buah Mengkudu Hilangkan Kelemumur

Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kelemumue, ambil 3 biji buah mengkudu yang sudah tua. Campurkan dengan sedikit air. Kemudian ramas dan tapis. Guna air tersebut untuk dilumurkan pada kulit kepala yang berkelemumur itu. Biarkan selam 5 minit dan kemudian cuci seperti biasa. Boleh diamalkan sehingga kelemumur hilang.

Air Tapai Penawar Bisa

Jika anda digigit lipan, sapukan air tapai pulut pada bahagian yang disengat. In sya Allah, berkurangan sakit itu.

Petua Rawat Demam Denggi

Bagi mengurangkan gejala demam denggi, ambil 3 tangkai daun betik jantan. Kisar dengan sedikit garam dan air. Tapis airnya dan minum 2 kali sehari.


Orang dulu-dulu macam tu lah ye. Banyak petua yang kadang-kadang kita sendiri pun tak pernah dengar. Ye lah. Dulu-dulu mana kenal dengan Shaklee kan. Jadi mereka ni lebih kepada penggunaan bahan semulajadi. 

Oklah..
Tunggu minggu depan pula ye untuk lain petua.
Manalah tahu ada petua masakan pula kan..hihii
Bye....

^___^*

Terima Kasih Google..hihii


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

10 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat bermanfaat bagi mereka yang tercari2 petua yang bersesuaian dengan penyakit masing2 kan?

    Cara Kreatif Untuk Menggalakkan Anak Anda Makan Dengan Berselera

    BalasPadam
  2. Buah mengkudu blh guna g2 eh
    . Baru tau.. Yg tau buat ulam je.. Hehe.. Tq sis share psal petua ni..
    Esp dan alfalfa Mmg utk milkbooster yg Sgt hot.. Rzeki anak utk minum byk2..
    TIPS DAPATKAN PERUT KEMPIS

    BalasPadam
  3. Memang banayak petua dulu..tak dinafikan ememng ada yang berkesan..nmaun sekarng zaman moden biasa orang pilih yang senang..

    Masker Muka

    BalasPadam
  4. Petua orang dulu-dulu memang masih ada yang diterapkan sampai sekarang, dan adakalanya petua itu memnag manjur dan berkesan.

    Jom baca ini Sikap dan Perbuatan Orang Tua Yang Berbahaya Bagi Perkembangan Anak

    BalasPadam
  5. Petua orang dulu-dulu hasus diamalkan dan diwarisi oleh generasi muda pula.

    BalasPadam
  6. Petua orang dulu2 yang membantu dlm permasalahan tertentu

    JANGAN AMBIL MUDAH JIKA KEBAS

    BalasPadam
  7. Petua nenek moyang kita memang boleh dipakai. Banyak yang betul dan membantu kita sampai sekarang :)

    BalasPadam
  8. Baru taw air tapai boleh dijadikan penawar bisa..selama n8e taw makan tapai jer..kiki..terima kasih atas perkongsian ini huda :)

    BalasPadam
  9. Petua-petua kian luput jika tiada generasi yang mengamalkan

    Tingkatkan Daya Fokus Anak

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^