Ahad, 7 Disember 2014

Petua Orang Dulu-Dulu 3.0

Assalamualaikum...
Yuuuhuuu...!!
Agak-agak hari ni hari apa..?
;D
Ahad kan. So macam biasa SEGMEN PETUA!!
Kali ni Huda nak kongsikan dengan anda semua..
4 lagi petua..
Jomm kita tengok..



1. Merangupkan Jering Tua
- Caranya ialah tanamkan jering tersebut ke dalam tanah atau pasir. 
Biarkannya selama 3 hari. 
Setelah itu, keluarkan dan bersihkan jering tersebut. 
Anda akan mendapati jering tersebut akan rangup apabila dimakan.


2. Membuang Kulit Sotong Dengan Mudah
- Masukkan sotong ke dalam air beras dan biarkannya sekurang-kurangnya 10 minit.
Kemudian anda akan mendapati kulit sotong mudah lekang dan senang di cuci. Baunya juga akan berkurangan. Ataupun anda juga boleh merendamkan suratkhabar bersama-sama dengan sotong. Sambil tu boleh ramas suratkhabar pada basan sotong (kira tonyoh okay). Kulitnya akan mudah tanggal. In sya Allah..


3. Menghilangkan Hapak Beras
- Sekiranya anda mendapati beras sedikit berbau hapak, petua ini boleh membantu. Caranya ialah dengan memasukkan sehelai atau dua helai daun pandan ke dalam beras. Pastikan beras itu di basuh dahulu ye. In sya Allah daun pandan tu tadi akan memberikan aroma yang sangat wangi. 


4. Melazatkan Kentang 
- Bermacam-macam cara boleh dilakukan untuk menambahkan lagi keenakkan kentang. 
Salah satunya ialah, kentang akan lebih enak jika dimakan jika tanpa membuang kulitnya.
Gosokkan kentang dengan hampas kelapa sehingga kulitnya menjadi bersih. Seterusnya cuci dan masukkan kentang tersebut ke dalam masakan atau digoreng begitu sahaja...



Sumber: Majalah Rapi


Haa..acaner??
Pernah buat tak petua-petua yang Huda kongsikan di atas?
Hmm mesti ada yang pernah buatkan..
Antaranya hilangkan hapak beras..
Kalau belum pernah, cubalah.
^___^







++++++++++++++++++++++++++++++


** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

15 ulasan:

  1. Kentang dna beras je pernah buat.hehe thumb up 👍


    Resdung atau Sinus

    BalasPadam
  2. Wah, banyak petua yg baru kak tun tahu ni.. tq sudi kongsi..

    BalasPadam
  3. hehehe sangat2 menarik. petua2 ni memang tak lapuk dek ujan.

    BalasPadam
  4. Petua lama ni memang berguna. Saya pun banyak amalkan petua lama.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    BalasPadam
  5. baru tahu semua tu..sgt berguna especially jering tu, husband suka makan jering..thanks

    BalasPadam
  6. alang-alang dah nak amik suplemen tu, amik yang the best dan vit c Shaklee ni penuhi semua kriteria tu..murah je, berbaloi beli sbb stok utk 6 bulan

    BalasPadam
  7. Ada 1 petu nak kurangkan bau mulut selepas makan petai atau jering...
    minum air citrus contohnya lemon,limau nipis atau kasturi dan kumur dengan air tersebut
    mmg best.dah x perlu risau hubby komplen

    BalasPadam
  8. Buang kulit sotong tu cm pertama kali dengar..

    Masker Muka

    BalasPadam
  9. Sekarang jarang dah orang ingat petua2 ni kalau tak diingatkan. Terima kasih ye :)

    BalasPadam
  10. Thanks atas petuanya kak....zaman sekarang susah nak tanya petua-petua ni kat bandar.

    Adakah anda salah Satu Daripada Mereka Yang Perlukan Vitamin C

    BalasPadam
  11. boleh cuba nie petua dekat rumah... the best..!!!

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^