Khamis, 6 November 2014

5 Masker Atasi Masalah Kulit

Segmen Masker!!


Hmmm seronok sungguh kalau apa-apa yang berkaitan dengan kecantikan. Tak kiralah untuk lelaki ataupun wanita. Termasuklah Huda. Tambah-tambah kalau bahan tu senang nak dapat. Macam telur, pisang, madu, tomato dll.

Bukannya sebab apa pun. Tak semua orang sesuai dengan produk yang berlambak dipasaran. Ada yang alami alahan terutamanya pada mereka yang mengalami kulit sensitif. Jadi sebab tu lah, entry kali nie lebih kepada bahan-bahan semulajadi. 


Mohhh Kite!!!!



Masker Strawberi: Meremajakan Kulit

Bahan-bahan: 
  1. 4 biji buah strawberi-dikisar halus
  2. 2 sudu air mawar
  3. 2 sudu putih telur
  4. 1 sudu madu
Cara Membuatnya:
  • Gaulkan ke semua bahan tadi sampai sebati
  • Sapukan pada wajah dan leher, biarkan sampai kering
  • Kemudian bilas dengan air suam

Khasiat: Kaya dengan saliki dan Vitamin B, C, E & K. Ia dapat membantu menegangkan dan meremajakan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit. Gunakan 2 kali seminggu.

Masker Avokado: Atasi Kulit Kering

Bahan-bahan:
  1. Setengah biji buah avokado
  2. 4 sudu air mawar
  3. Kapas muka
Cara Membuatnya:
  • Kisar buah avokado sampai halus
  • Sapukan pada seluruh wajah dan leher
  • Biarkan selama 30 minit
  • Cuci wajah dengan kapas yang direndam dengan air mawar

Khasiat: Mengandungi asid amino. Sangat sesuai untuk golongan yang mempunyai masalah kulit kering.





Masker Tomato : Menghaluskan Wajah

Bahan-bahan:
  1. 1 biji tomato masak
Cara Membuatnya:
  • Lenyek buah tomato sampai lumat
  • Sapukan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit
  • Bilas dengan air bersih
  • Bagi mereka yang berdepan masalah kulit terbakar, perah tomato kemudia sapukan air perahan tomato tadi (dapat menyejukkan wajah dan menyamakan tona kulit)




Khasiat: Kaya dengan zat besi, protein dan Vitamin A. Dapat menghaluskan wajah dan mengatasi masalah kulit terbakar.


Masker Pisang : Melembapkan Kulit

Bahan-bahan:
  1. 1 ulas pisang
  2. 2 sudu minyak zaitun

Cara Membuatnya:
  • Lenyek pisang sampai lumat dan campurkan bersama minyak zaitun. Kacau sebati.
  • Sapukan pada wajah. Biarkan selama 10-15 minit kemudia bilas dengan air suam





Khasiat: Kandungan vitamin, serotinin dan tanin dalam pisang dikatakan amat mujarab untuk melembapkan kulit wajah. Ia juga membantu menghilangkan parut dan cela pada wajah


Masker Lemon : Mencerahkan & Mengawal Minyak

Bahan-bahan: 
  1. 1 biji perahan lemon
  2. 1 biji putih telur


Cara Membuatnya:
  • Campurkan air perahan lemon dan putih telur
  • Gaulkan sebati dan sapukan pada wajah
  • Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air suam
Khasiat: Mengandungi vitamin A, C, B1, B2 dan B3. Penggunaan secara konsisten akan membuatkan kulit wajah cerah sekata dan dapat mengatsi kulit berminyak





Sumber: Mingguan Wanita




Haaa...acanerr??
Mesti nak buat jugakkan??
Mohh lerr kite...!!!

Pakat-pakat Cantik 


















15 ulasan:

  1. Tq for sharing.Blh try nie.slalu bermasker dgn esp dan vit e je.pun dah rasa cantik...heheee...perasan sungguh.

    BalasPadam
  2. Kulit gebu dan licin selalu bila rajin buat masker ni

    BalasPadam
  3. Wah boleh cuba ni..selama ni saya masker muka dgn esp,vit c,vit e je..sayur-sayuran dan buah buahan banyak tu dalam peti ais..tq for info dear

    Shaklee Lebarkan Sayap Ke Indonesia

    BalasPadam
  4. Macam best je masker2 ni kan... Boleh cuba nanti... Tq sis for sharing this info...

    Cara Merawat Kencing Manis Dengan Berkesan

    BalasPadam
  5. sedapnye masker2 nii.. hihi suka sangat. kalau tambah vita e pun.. perghh bestt

    Jejak Kapal Titanic Dijumpai!

    BalasPadam
  6. Terima kasih untuk tips...nanti nak wat laaa...boleh kinclong muka guna tips ini

    Dilema Anak Kurus Kering Dan Tak selera Makan

    BalasPadam
  7. Banyak betul tips untuk buat masker ya...kena cuba ni.

    BalasPadam
  8. Bertambah lg ilmu pasal bahan2 utl buat masker..tq for sharing

    http://goo.gl/JeNVlK

    BalasPadam
  9. Wahhh!! macam best,nak cuba lah nati.

    BalasPadam
  10. Seronok je kalau tengok orang yang suka pakai masker ni.. Tapi, kenapalah saya jenis yang tak minat nak bermasker..Kadang rasa nak cuba. Tapi tak terbuat-buat juga..hihi.

    Migrain Mengganggu Prestasi Baik Anda di Pejabat?

    BalasPadam
  11. Saya memang mengamalkan masker tomato last time.. kulit lembut je.. tp skrg xde masa nak manjakan diri. Cara cepat nak dapatkan kulit gebu gebas skrg dengan consume ESP je. Mudah, cepat dan banyak khasiat.. cantik in and out..

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^