Sabtu, 29 November 2014

AIR ASAM BERKERISIK

SEGMEN RESEPI: AIR ASAM BERKERISIK


Baru tengok saja TAPI terliur tahap jingga! Hehee..
Tapi betul tau..
Sedap sungguh sampai tak tahu nak cerita macam mana!
Sebenarnya resipi Air Asam Berkerisik tu Huda dapat dari "muka buku"..
Mak saudara Huda yang start dulu..hahaa
Saja nak kongsikan di sini..
Dengan korang semua..
Tapi Huda tahu..
Korang semua lagi expert dalam bab nak buat air asam yang macam dalam gambar tu kan..
Jomm tengok apa bahan-bahannya..




Ihsan: Pesan Nenek 

Bahan-Bahannya:

Bahan A
** 3 biji cili merah
** 15 cili api
** 1 sudu makan belacan bakar
** 2 sudu teh garam
** 2 sudu teh gula
Bahan B
2 biji tomato - dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris nipis
1 sudu makan kerisik
1 biji cili merah - dihiris bulat nipis
2 atau 3 biji limau kasturi - diambil jusnya. Kulitnya dihiris-hiris
2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air masak - gaul dan asingkan bijinya.

Cara Membuatnya:

Di dalam lesung, tumbuk bahan A hingga lumat. (Mesin pun boleh)
Masukkan cili merah hiris. Lenyek-lenyekkan saja.
Masukkan bawang besar. Tumbuk manja-manja saja.
Masukkan tomato. Lenyek-lenyekkan aje.
Masukkan kerisik ke dalam air asam.Kacau rata.
Masukkan bahan tumbuk/mesin, gaul rata.
Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang sudah dihiris. Gaul rata.
Siap!!

Makan dengan nasi panas-panas + ikan bakar. Tak kiralah ikan pari ataupun ikan kembung a.k.a temenung. Fuhh, terangkat habis!! 
Silap haribulan, mak mertua lalu pun tak perasan..hihii
Hmm okay lah. 
Jumpa lagi minggu depan okay..
Bye..!!
^___^*





9 ulasan:

  1. Ya Allah Sdapnya.. Mmg terliur Tgk..
    Sdap cicah ng ikan Bakar ni...
    BAHAN ASID APAKAH YANG TERDAPAT DI DALAM MINUMAN BERGAS??

    BalasPadam
  2. Dah lama cari resepi air asam yang sedap, selama ni buat guna kicap je. Boleh cuba ni :-)
    Penyakit G6PD dan pantang larangnya

    BalasPadam
  3. mmm...sedapnya..dah terbayang...terima kasih sudi kongsi resepi dear... macam tak sabar pulak nak masak, dah terliur nie...hiihiih

    Jom baca ini Pedas Yang Membawa Banyak Manfaat Bagi Kesihatan

    BalasPadam
  4. Ermmmm...nampak sedap dan menyelerakan..patut cuba buat ni

    ATASI MASALAH KEDINGINAN

    BalasPadam
  5. Husband suka makan air asam ni..leh cuba nanti..

    Masalah Kesuburan

    BalasPadam
  6. lama dah tak buat air asam makan dengan ayam atau ikan panggang.. tp tak pernah lg buat air asam letak kerisik.. boleh cuba ni..

    BalasPadam
  7. Alamak, sedapnya Ieda..Sy selalu buat air asam tak menjadi..huhu. My febret dgn suami.. Petang ni jugak try resepi Ieda plk..Tenkiu Ieda I Like air asam..

    BalasPadam
  8. Makan ngan ikan bakar?perghhh..makan ngan nasi panas2,mmg

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^