Jumaat, 28 November 2014

Kaitan Makan Dan Kanser Serviks

Apa faktor risiko kanser pangkal rahim?
Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim:
  • Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) - faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.
  • Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim.
  • Herpes - wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim
  • Ubatan - anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim
  • Merokok - meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda.

Apakah gejala kanser pangkal rahim?
Kebanyakan wanita tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala pada peringkat awal barah pangkal rahim. Gejala barah selalunya tidak dirasai oleh pesakit sehinggalah barah telah merebak ke tisu dan organ lain. Berikut kemungkinan tanda atau gejala cervical dysplasia atau barah:
  • Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
  • Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
  • Pendarahan selepas putus haid
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Penambahan lelehan dari faraj
  • Jika anda mengalami gejala ini, sila berjumpa doktor dengan segera.



Ihsan Google

Menurut seorang pakar perubatan dari Hospital Hiranandani, India, satu pertiga kes kematian membabitkan kanser serviks adalah disebabkan pola diet yang salah. Sebenarnya peryakit ini boleh dicegah dengan mengambil beberapa jenis makanan seterusnya mempraktikkan diet yang baik untuk kesihatan. Antara yang disyorkannya adalah:

Kaya Vitamin A


  • banyak makanan yang kaya dengan vitamin A. Antaranya ialah lobak merah, oren, telur tuna serta produk tenusu


Kaya Vitamin B Folat


  • bagi mencegah kanser serviks, seseorang individu perlu mengambil makanan yangkaya dengan B Folat. Ia kemudiannya bertindak membantu menurunkan paras homocysteine dan zat yang boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal pada serviks. 
  • antara makanan yang dikenalpasti ialah brokoli, kubis dan lain-lain lagi.

Kaya Bahan Antioksidan



  • Buah avokado memang terkenal sebagai bahan antioksidan yang tinggi. Pada masa yang sama, ia juga mampu melawan radikal bebas sekaligus dapat mencegah dari berkembangnya kanser.
  • Selain avokado; bluberi, lada, ceri, dan ikan salmon juga boleh diamalkan.
  • Menurut Pakar Pemakanan dari Shaklee, penyakit kanser tidak dapat dielakkan tetapi risikonya masih boleh dikurangkan. Antaranya kita digalkkan untuk mengambil banyak makanan yang tinggi dengan antioksidan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Ini kerana antioksidan dapat menstabilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh badan kita. 
  • Selain itu, ada juga yang mendakwa bahawa asid lemak omega-3 dapat membantu mencegah kanser. Tetapi buat masa ini, masih tiada bukti dan kajian saintifik yang kukuh yang dapat mengesahkan bahawa asid lemak omega-3 dapat membantu mencegah serangan kanser.



Kaya Polyphenol & Flavonoid



  • Pengambilan teh hijau, minyak zaitun, anggur merah, tomato, kacang merah, kacang tanah dan lada amatlah sangat digalakkan bagi membantu mencegah penyakit kanser. 
  • Kandungan polyphenol dan flavonoid dikatakan membantu menyekat penularan sel-sel tersebut.



Sumber: Mingguan Wanita


++++++++++++++++++++++++++++++


** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

8 ulasan:

  1. Betul tu huda.. kanser ni kena cegah awal. Better ambil makanan tinggi antioksida untuk melawan sel kanser dan radikel bebas

    BalasPadam
  2. kadang2 tanda-tanda awal yang tidak berapa diambil berat...tq untuk info ini

    SEJUKKAN BADAN ANAK YANG DEMAM

    BalasPadam
  3. bahaya kanser serviks ni.. boleh meragut nyawa jika tidak dirawat segera.. dengan pengambilan supliment mungkin dapat membantu sedikit sebanyak dalam melawan sel2 kanser tersebut..

    NUTRISI PENTING UNTUK OTAK KANAK-KANAK SEDANG MEMBESAR

    BalasPadam
  4. Ngerinya... Bukan setakat kanser payudara, kanser pangkal rahim dan kanser yang lain pun nak kena diberi perhatian tanda2 dan mengelak risiko

    BalasPadam
  5. Memang pemakanan sgt penting..kena jaga dr awal. Sekarang ni dh macam jenis kanser.

    BalasPadam
  6. Kanser!! Kena jaga pemakanan dan amalkan baca al Quran.. Penawarnya ada di dalam tu

    Cara Bernafas Ketika Bersalin

    BalasPadam
  7. pemkanan harian perlu dijaga dari awal..jgn dah sakit baru nak jaga makan..

    Indeks Glisemik Rendah

    BalasPadam
  8. Jgn smpai terkena br nk mencegah.. Sbb kita Tak kawal gaya hidup mcm pemakanan. Jadi mcm2 penyakit.. Especially cancer..

    TIPS DAPATKAN PERUT KEMPIS

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^