Rabu, 17 Disember 2014

Mati Hidup Semula Dalam Dakapan Ibu

Sentuhan Kulit Ke Kulit & Penyusuan Susu Ibu


Huda ada terbaca satu artikel dalam sebuah buku, "Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu" dan terberhenti bila sampai pada sebuah kisah bayi pramatang yang bagaikan mati hidup semula dalam dakapan ibunya. Jadi Huda nak kongsikan di sini agar kita semua dapat belajar tentang sesuatu dan boleh ambil iktibar dari kisah Kate, David dan anaknya, Jamie Ogg.

Jamie Ogg dilahirkan tidak cukup bulan dan beratnya hanyalah 600 gram masa dilahirkan. Dia dan kembarnya hanya sempat berada dalam rahim ibunya selama 27 minggu. Kembarnya Emily dapat diselamatkan tetapi Jamie pula disahkan meninggal dunia oleh doktor. Doktor ingin memberi peluang kepada si ibu dan ayah, Kate dan David bagi menghabiskan saat-saat terakhir bersama bayi mereka. Kate melakukan sentuhan kulit ke kulit sebagai tanda kasih sayangnya kepada anak kecil yang belum sempat dikenalinya..



Saat-saat terakhir bersama Jamie (dalam bulatan)

Kate meletakkan Jamie di atas dadanya. Tapi Jamie hanya diam dan kaku. Kate dan David cuba untuk berbual-bual dengannya. Selama hampir 2 jam mereka bercerita tentang namanya, dan harapan mereka pada bayi kecil itu. Dan sesekali Jamie seolah-olah menarik nafas tetapi doktor mengatakan yang ianya hanyalah satu tidakan refleks dan tindakan itu adalah normal after death. 

Tak lama selepas tu, Jamie mula bergerak-gerak dan menarik nafas dengan lebih kerap dan teratur. Kate cuba memberi sedikit air susunya dengan menggunakan jarinya sendiri. Perlahan-lahan Jamie membuka mata dan memegang jari ibunya. 

Pada mulanya doktor sukar untuk mempercayainya tapi selepas jantung Jamie diperiksa, doktor hanya mampu berkata, "it was a miracle!". 



"..If we spread the word about miracles like the life of little Jamie, perhaps more parents will be encouraged to give their little ones a chance at survival and a long, healthy life.."





Alhamdulillah, dengan izin dariNya jua, kasih dan sayang seorang ibu serta dibantu oleh sentuhan kulit ke kulit, bayi pramatang ini berjaya diselamatkan. Ingatlah, belaian sentuhan, ciuman dan kasih sayang ibu adalah ubat terbaik untuk semua bayi yang baru lahir. Sentuhan kulit ke kulit dan penyusuan ibu adalah perkara yang sangat diinginkan oleh bayi kita.





9 ulasan:

  1. Sedihnya baca kisah ini. Betapa kasih sayang seorang ibu mampu memberikan sinar baru kepada kehidupan seorang bayi yang sangat kecil. Buat ibu di luar sana, jika mampu berikanlah susu ibu buat anak-anak kita kerana susu ibu memang diciptakan buat si comel yang baru lahir dan sehingga ia berusia 2 tahun.

    6 Kebaikan ESP Yang Buat Hati Tertawan

    BalasPadam
  2. Kuasa Allah tiada siapa yang dapat menandingi kan.. Allah yang menghidupkan, Allah jua yang mematikan dan menghidupkan semula.. Keyakinan kita sebagai orang Islam begitu la kan..^_^

    3 Step Mudah Resepi Air Asam

    BalasPadam
  3. Kuasa Allah mengatasi akal manusia.. kena yakin pd pencipta kita...

    BalasPadam
  4. Pernah tengok video cmni jgk..kuasa Allah..subhanallah..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..kuasa ALLAH..segalanya mungkin..

    Masalah Kesuburan

    BalasPadam
  6. Saya ada tengok video kisah ni.. rupanya betul sebab tengok translation nya dalam bahasa arab. Subhanallah Maha Kuasa Allah.

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^