Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan

Khamis, 6 November 2014

Kaitan Matahari Dan Ostematrix

Vitamin D: Matahari Dan Ostematrix


Kita selalu kaitkan Vitamin D dengan matahari. Betulkan? Macam mana nak dapatkannya?? Dengan 'mengambil' cahayanya pada waktu pagi. Tapi tak ramai yang tahu kegunaan vitamin d ini. Antaranya ialah:

• Untuk pembentukan dan perkembangan tulang
• Memperbaiki masalah tulang
• Membantu penyerapan kalsium dan fosforus oleh tulang
• Memperkukuhkan sistem imun tubuh
• Mengekalkan fungsi otak / memori (mengelakkan nyanyuk)
• Membantu dalam mengurangkan berat badan
• Mengurangkan serangan penyakit asthma
• Mengurangkan risiko penyakit radang sendi (rheumatoid arthritis)
• Melindungi tubuh dari kerosakan radiasi / radikal bebas
• Mengurangkan risiko mendapat kanser
• Membantu dalam rawatan penyakit TB (tuberkulosis / batuk kering)
• Mengurangkan risiko kematian yang disebabkan oleh serangan jantung



Cara dapatkan sumber vitamin D yang diperlukan tubuh


1. Tindak-balas kulit dan matahari
2. Makanan dan suplemen 

Dengan kerap kali berjemur di bawah matahari pagi, kulit mungkin akan dapat menghasilkan vitamin D TAPI agak-agak kita tahu tak apa yang terkandung di dalam matahari pagitu? Adakah ia benar-benar bagus dan selamat?



FAKTA yang perlu kita tahu tentang sinaran UV (matahari)


1. Vitamin D kurang terhasil dari tindak-balas matahari jika mempunyai kulit yang gelap atau jika memakai sun-block
2. Sinaran matahari pada pukul 11 pagi hingga 3 petang adalah sangat terik dan tidak selamat. 
3. Boleh menyebabkan kanser kulit
4. Boleh mendatangkan masalah penglihatan seperti katarak
5. Boleh mengganggu sistem imun tubuh
6. Akan menyebabkan kulit mengalami simptom penuaan pra-matang


KESAN sinaran UV (matahari) terhadap KULIT


  • Merosakkan kolagen pada kulit
  • Merosakkan elastin pada kulit yang menyebabkan kulit hilang keanjalan
  • Pigmentasi / kulit menjadi gelap
  • Jeragat, bintik-bintik gelap
  • Kulit kasar
  • Garis-garis penuaan
  • Warna kulit tidak sekata
  • Tompok-tompok merah
  • Kanser kulit


Walaupun kita tahu yang Vitamin D sangat penting untuk tubuh dan matahari penting untuk penghasilan Vitamin D itu, tetapi ia tetap berberisiko untuk mendapat pelbagai masalah pada kulit dan tubuh. Ada cara yang lain yang mudah dan selamat. Caranya adalah dengan pengambilan suplemen.

DAN supplemen itu pastinya Ostematrix Dari Shaklee!!

Sepintas Lalu Tentang Ostematrix



  • Mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh seperti kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan boron.
  • Sangat berkesan dan telah diakui oleh ramai pengguna.
  • Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita, dan menghalang endapan sesetengah mineral.
  • Kebanyakan kalsium dipasaran tidak menepati kandungan di atas maka sebab itulah ye bila kita mengambil ostematrix shaklee, kita akan dapat merasai kesan yang sangat cepat dan menakjubkan.
  • Dan yang pasti ianya selamat dan 100% semulajadi!!




Siapa Yang Perlu Ambil Ostematrix Shaklee?


  • Individu yang mengalami sakit pinggang, sakit lutut dan sendi
  • Individu yang sering mengalami kebas kaki/tangan (sebab tak cukup kalsium dalam badan)
  • Ibu-ibu hamil 
  • Individu yang sembelit, yang tak suka minum susu/alah pada susu
  • Ibu menyusu yang sememangnya memerlukan jumlah kalsium yang tinggi
  • Individu yang sering dalam keletihan dan stress









Manfaat Utama Ostematrix Shaklee

  • Menguatkan tulang, kuku, gigi dan sistem saraf
  • Ia juga dapat membantu merawat tulang retak, kuku rapuh, ekzema, kekejangan dan gusi berdarah
  • Membantu mengatasi kekejangan dan kebas-kebas
  • Pengambilan ostematrix sebelum tidur dapat membantu mengurangkan rasa kebas-kebas, kejang, sakit sendi
  • Membantu mengurangkan stress kerana ia dapat mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena dan membantu mood swing ketika sakit kepala
  • Mengurangkan masalah haid. Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak  dapat meringankan sakit ketika waktu datang bulan dan membantu pembuangan air kecil.
  • Membantu mengurangkan hiperaktif perut dan masalah gastrik
  • Membantu atlet sukan membekalkan kalsium dan mineral penting dalam tubuh. Justeru, pergerakan dan aktiviti lasak dapat dilakukan dengan selesa dan mudah







+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sekiranya anda ingin bertanyakan soalan boleh terus hubungi huda di alamat yang tertera ye. 


ATAUPUN

Klik sini untuk belian terus --> Saya Mahu Beli Ostematrix Terus Melalui Online

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:
Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167
Email: nurulhudasobari85@gmail.com






























Sabtu, 1 November 2014

Otot Sengal Selepas Berolahraga

Otot Sengal Selepas Olahraga Perkara Normal??


Ehh ya ka?
Betul normal? Kang tak pasal2 kang..hihii

Olahraga mampu membuatkan tubuh badan kita menjadi lebih segar dan lebih cergas!
Tapi kan, kesan daripada aktiviti ini sedikit sebanyak boleh menyebabkan permukaan otot berasa sengal-sengal, sakit-sakit.

Tapi, keadaan sebegini dikatakan "biasa la" atau normal dan tak dak yang nak dibimbangkan pun. Rileks k...

Menurut seorang ahli olahraga dan penulis buku The Exercise Cure , Jordan Metzi, biasanya rasa yang disebabkan oleh keradangan pada otot itu akan muncul kira-kira 2 hari selepas olahraga dilakukan. 

"..Pada hari pertama, tubuh badan kita akan memberi tindak balas pada bahagian yang cedera dengan melepaskan hormon sitokin. Hormon ini kemudian akan memacu sel-sel di dalam tubuh untuk menyembuhkan otot yang mengalami kecederaan.." 

Menurutnya lagi, pada waktu yang sama prostaglandin, hormon yang mempengaruhi tindak balas sel cedera, akan mengirimkan darah ke bahagian tersebut untuk menyembuhkannya.

"..Proses penyembuhan tersebut akan menyebabkan otot berasa sengal dan kadangkala sukar untuk digerakkan. Jika anda ingin segera meredakan rasa sakit ini, lakukan kegiatan aktif seperti berjalan-jalan mahupun yoga, selain lebih kerap melakukan olahraga.."

Kredit: SinarHarian



Nie nak cerita jugak..

Last 2 weeks, Huda ada kerja yang sangat best. Hahaa..Kiranya kena guna otot jugak la kan. Serius. Memang sakit. Terasa sengal2 tu tak tau nak habaq. Biasa la kan, cheq nie kan surirumah sepenuh masa. Jadi bila tiba2 terpaksa ber"olahraga" nie memang terasa bebeno.

Tau Huda buat macam mana? 
Huda telan 3biji Omega Guard (anti inflamasi) dan 4biji ostematrix sebelum tidur. Keesokan hari tu, alhamdulillah. Rasa lebih baik dari hari sebelumnya tu. Korang pun try la. In sya Allah berkurang.

Try lah sekarang!!

^___^*








** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **

Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:
Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167
Fb: www.facebook.com/nurulhudasobari
Page: www.facebook.com/sihat&cantik
Email: nhudas8575@gmail.com


Ahad, 15 Jun 2014

Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Risiko Mendapat Osteoporosis

Assalamualaikum...

Hari nie berapa gelas susu yang kita dah minum? Minumlah sekurang-kurangnya 2 gelas susu berkalsium tinggi..^__^*

Orait. Seperti yang dijanjikan ye, hari nie nak sambung sikit pasal osteoporosis.  Tapi yang ini more on faktor-faktor yang meningkatkan risiko mendapat osteoporosis. Artikel nie diambil dari htaiping.moh.gov.my

Antaranya:

■ ATLET PROFESIONAL - yang menggunakan tenaga di tahap optimum seperti pelari marathon.

■ KURANG BERSENAM & DIET RENDAH KALSIUM - badan akan mengekalkan kepadatan tulang mengikut aktiviti fizikan individu. Bagi mereka yang kurang bersenam, badan tidak akan mengekalkan kepadatan tulang yg tinggi walaupun dengan nutrient yg cukup. Beberapa kajian menunjukkan bahawa senaman ringan seperti aerobik, angkat berat ringan dan sukan ketahanan dapat mengekalkan atau meningkatkan kepadatan tulang (BMD) wanita yang menopause.

■ WANITA - lelaki mempunyai kepadatan tulang lebih tinggi daripada wanita dan hanya hilang 0.3% kepadatan tulang mereka setiap tahun berbanding 0.5% setiap tahun bagi wanita.

■ BERBANGSA ASIA @ CAMPURAN ASIA - warga Afrika mempunyai kepadatan tulang yang tinggi berbanding warga Eropah dan Asia.

■ TERLALU KURUS & MEMILIKI KERANGKA TULANG YANG KECIL - berat badan berlebihan melindungi tulang daripada osteoporosis melalui peningkatan beban berat atau hormon leptin.

■ SEJARAH KELUARGA - ibunyg pernah mengalami retak pinggul akibat osteoporosis menjadikan anak berisiko 2x ganda lebih tinggi.

■ MENGALAMI KERETAKAN @ PATAH TULANG KETIKA DEWASA

■ MEROKOK & PENGAMBILAN ALKOHOL BERLEBIHAN

■ PENYERAPAN NUTREN & MAKANAN TIDAK SEMPURNA - nutrien yang tidak diserap dengan sempurna juga berisiko mendapat osteoporosis.

■ MENOPAUSE - wanita boleh kehilangan sehingga 4% kepadatan tulang setiap tahun untuk 5 hingga 10 tahun pertama selepas menopause. Ini boleh menyebabkan kehilangan kepadatan tulang sehingga lebih 30% dlm tempoh 10 tahun tersebut!!

■ PARAS HORMON RENDAH ketika menopause atau selepas melakukan pembedahan , embuang kedua-dua belah ovari.

■ RAWATAN KIMOTERAPI

■ AMENORRHEA - tiada haid dikalangan wanita muda yg menyebabkan estrogen rendah. Ia boleh terjadi kepada wanita yg melakukan senama terlalu ekstrim.

■ KURANG VITAMIN D - ia membantu badan menyerap kalsium dengan baik.

■ PEMGAMBILAN SESETENGAH UBAT - seperti heparian (untuk cairkan darah)

♡♡♡♡♡

Kalau anda dalam kategori seperti di atas, silalah cepat2 ambil tindakan. Makanlah lebih kalsium yg ada vitamin d sama. Minum susu atau makan makanan yg dari produk tenusu.

Nakkan satu vitamin yang lengkap dengan nutrisi yg berkaitan dengan kalsium dll, saya cadangkan OSTEMATRIX SHAKLEE. Complete.  ;)

Fb: Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167
Id Shaklee: 1071145

Sabtu, 14 Jun 2014

Apa Itu Osteoporosis?

Assalamualaikum...


Hari saya rajin kuasa 2. Sebab nak share pasal osteoporosis. Susah kan nak sebut osteoporosis nie? Tahu ke idok apa makna sebenar disebalik nama yg tergeliat lidah nk menyebutnya itu..? Heheee..


Apa Itu Osteoporosis?


Ia adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, sebab tu lah boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yg berlaku pada tulang rangka ini akan melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin tinggi. Tulang yang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.


Simptom


Osteoporosis tidak mempunyai simptom khusus  melainkan berlakunya keretakkan tulang dengan mudah.

Osteoporosis jarang berlaku di kalangan wanita muda tanpa penyebab lain yang mungkin dialami pada masamsama. Tapi awas ye pada mana-mana wanita yang badannya haluuuss jerr dan kecik comeeeyy jer..

"..wanita yg terlalu kurus dan memiliki kerangka tulang yang kecil mudah terkena osteoporosis berbanding dengan wanita yang berkerangka besar.."

*alhamdulillah, siapa yg punya rangka badan yg besar. Jangan mengeluh tau. Tak baik.;)
Hmm..ok lah. Next entry kita sambung tajuk "faktor yg meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis" nie.

*Kena rajin minum susu tau. Tak lalu susu, silalah telan Ostematrix Shaklee..hikhik

Fb: Nurul Huda Sobari
Cell: 0134806167