Rabu, 10 Disember 2014

Kasut Sesuai Buat Ibu Hamil

Kasut Selesa Buat Ibu Hamil


Google: Naahh..lega pakai but.hihii..


Kasut yang dipakai semasa dalam tempoh kehamilan perlu juga diberi perhatian. Selain faktor keselesaan, faktor keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan juga perlu dititikberatkan. Sebab tanpa kasut yang sesuai, susah sikit buat si ibu untuk menyeimbangkan pergerakan kerana kehamilan membuatkan keseimbangan badan menjadi kurang baik dan tubuh akan cenderung untuk condong ke depan.

Walaupun kita nie hamil, tapi tetap nak nampak cantik dan comel gitu..kan. So kat sini ada sedikit panduan yang mungkin dapat membantu anda. Jomm...!

1. Daya Sokongan Yang Kuat - kasut yang dipilih seharusnya berupaya menyerap hentakan yang kuat. Jadi, pilih tapak kasut yang mencengkam dan kalau boleh tu jangan beli kasut yang tapaknya licin sebab mudah tergelincir.

2. Elakkan Bertumit Tinggi - pilih kasut bertumit rendah atau tanpa tumit, dan elakkan yang bertumit runcing, kerana mudah membuatkan anda terjatuh.

3. Jenis Sarung - pilihan yang bijak bagi saya ^__^ . Tau sebab apa? Sebabnya adalah anda tak perlu membongkokkan badan ketika memakai kasut. Cuma sarungkan saja. Susah tau nak bongkokkan badan terutamanya bila perut semakin membesar.

4. Jangan Sekadar Muat - seeloknya beli kasut pada waktu petang ataupun malam. Sebab pada waktu macam nie, saiz kaki kita memang berada pada tahap maksimum. Dan kalau boleh tu, janganlah beli kasut yang sekadar muat. Ianya bagi mengelak masalah pengaliran darah di bahagian kaki.

5. Kasut Sukan - kalau sesuai dengan bidang tugasan harian, sangatlah digalakkan memakai kasut sukan kerana ianya lebih menjamin keselesaan dan memberi lebih keseimbangan.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com

10 ulasan:

  1. Kak tun memang tak boleh pakai kasut tinggi sejak kawin sebab nak sama tinggi dgn abg bila berjalan. tim mengandung lagi lh nk yg flat je...

    BalasPadam
  2. Sejak mengandung dan lepas bersaling memang selesa sangat pakai kasut tanpa tumit. Maklumlah bila dah ada anak ni kena dukung bayi pulak, kalau pakai kasut tinggi takut terpelecok pula.
    Pengedar Shaklee Semenyih 

    BalasPadam
  3. Memang cantik tengok org lain guna kasut tumit tinggi,tapi jangan ingat cantik je...selesa tu penting..Lebih-lebih lagi semasa hamil..Jangan ambil risiko!

    Lecithin vs OmegaGuard

    BalasPadam
  4. Saya suka kasut yang nipis jer..biasa pakai brand scholl jer..

    Air Detox

    BalasPadam
  5. pakai kasut tumit tinggi hanya untuk attend interview and meeting je...

    BEZA PADA NAMA TAPI BUKAN KHASIATNYA

    BalasPadam
  6. Saya jenis yang tak suka pakai kasut tumit tinggi...masa ngandung lagi lah.

    panduan dan tips mudah hamil bersama set kesuburan shaklee

    BalasPadam
  7. Sy pakai kasut tumit tinggi masa kenduri dan interview je..masa time kawen dulu mmg ada beli sepasang heels yg agak tinggi tp x oakai2 selepas tu.nak jual preloved tp syg pulak sebab tu kenangan kawen

    BalasPadam
  8. lama dah surrender kasut bertumit tinggi ni sejak mengandung, dukung anak beranak pinak ni hehehe

    BalasPadam
  9. saya suka pakai tumit tinggi... tapi hubby xbagi..die kata kalao jadi pape sape yg susah.? hehehehe... kena lah ikut ckp hubby...

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^