Jumaat, 2 Januari 2015

Pernah Buat Tak??

Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?




Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tak akan basi ataupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu. Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau crystallized. Bila jadi macam nie ja , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan matikan api. Biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan. Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave kerana ianya berupaya membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna yang ada dalam madu.
Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :


Penyakit Jantung : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.
Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat pesakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.
Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.
Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).
Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.





10 ulasan:

  1. Madu ni memang banyak kegunaannya. Dari zaman atuk nenek kita dulu2 lagi diorg dh amalkan.. memang bagus tp pastikan madu asli ye.

    BalasPadam
  2. Wah kebetulan saya tengah selesema..nak cuba lah buat madu dan serbuk kayu manis ni. Terima kasih atas perkongaian ini dear.

    Jom baca ini Harga Promosi 3 Produk Serentak Pada Januari Ini Yang Pastinya Menguntungkan Pelanggan

    BalasPadam
  3. Banyak kelebihan dan kegunaan yang kita sendiri xthu...

    BalasPadam
  4. Suka madu..tp x pernah nak campur dengan serbuk kayu manis walaupun tahu khasiatnya.bila sis dah sebut balik,nampaknya kena prektiskkan kembai gabungan ni

    BalasPadam
  5. Kutahu madu je banyak khasiat, rupanya bila combine dengan kayu manis, lebih superb ya. Tq atas info ni

    BalasPadam
  6. Suka makan madu. Tak sangka ianya lebih berkhasiat dengan kayu manis. Bolehlah dicuba nanti.

    Tips Pemakanan Untuk Anak Lebih Pintar

    BalasPadam
  7. tahu madu dan kayu manis bagus..tapi tak tahu secara mendalam dari segi sains..

    6 Tips Memutihkan Muka

    BalasPadam
  8. Sebelum nie hanya tahu madu sahaja yg banyak khasiatnya.tq 4 info br sy tahu kayu manis pun banyak khasiatnya.

    BalasPadam
  9. Oo madu pun tak boleh dipanaskan ye.. baru tahu.

    BalasPadam

Kalau ada sebarang pandangan atau pertanyaan TERUTAMANYA TENTANG PRODUK SHAKLEE, tinggalkan aja dalam kotak yang tersedia ye..

^__^