Ahad, 16 November 2014

Perjalanan Penuaan Kulit

Masalah Pori-Pori Kulit Wajah Besar


Contoh situasi : 

"..Huda nak sangat kulit halus dan gebu macam Siti Nurhaliza. Tapi, struktur kulit muka Huda semakin berubah menjadi kasar bila usia menginjak 30-an. Tetiba ja dia perasan yang dia tak pernah megambil berat tentang penjagaan kulit wajah disebabkan kesuntukan masa menguruskan rumah tangga.
Dulu masa zaman anak dara tak lah teruk sampai macam nie. Jeragat pun tak ada. Jerawat cuma "berkhemah" masa datang bulan ja. Pori-pori tetap ada tapi halus-halus ja.
Sekarang nie kulit muka Huda kusam dan tak bermaya. Penuh dengan jeragat dan berminyak. Pori-pori luas terbuka. Dah macam-macam produk Huda guna tapi masih tetap tak berubah.
Dalam hati teringin sangat kulit cantik macam Siti Nurhaliza. Haaahh..."


Bermulalah Perjalanan Penuaan Kulit...



Bagaimana Ianya Terjadi???


Proses penuaan kulit berlaku berbeza pada setiap orang. Ianya lebih cepat dari apa yang kita sangka. Pada peringkat awal, otot-otot kecil di bawah kulit mula mengeras. Pasa masa ni lah, kita akan nampak garis-garis halus timbul. Lama kelamaan garis-garis halus ni menjadi dalam. Mekap tebal pun still boleh nampak.

Lepas tu, pori-pori mula menjadi besar. Kulit yang masa zaman anak dara dulu halus akan mula terasa kasar. Pori-pori yang besar akan mengeluarkan banyak minyak dan peluh bersama lain-lain bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit cepat berbau!

Kemudian, pigmentasi turut muncul menyebabkan tona kulit menjadi tak sekata dan berbintik-bintik. Sapu bedak pun tetap tak nampak sekata. Pigmentasi yang besar sangat memberi kesan. Tak kurang juga munculnya skin tags yang berupa tahi lalat kecil di bahagian muka dan leher. (owwhhh my..!!)

Seterusnya, salur darah yang mula keras pada kulit juga menyebabkan ianya timbul dan kelihatan membayangi kulit. Disebabkan hormon tak stabil, rerambut halus mula tumbuh menjadi janggut dan misai.

Lepas tu, kehilangan kolagen dalam kulit menyebabkan kulit nampak jatuh dan kesan garisan seperti ni akan membuatkan wajah kita seolah-olah "masam" dan stress.

Kesan graviti akan menarik lemak pada muka yang menyebabkan pengumpulan banyak lemak di bahagian dagu. Kesannya akan menyebabkan wajah kita sedikit berubah. Ia akan mewujudkan ruang kosong di bawah mata, di bahagian pipi dan sebagainya.

Sumber: Dr Rushmini, Perunding Kecantikan Marissa Esthetic


Boleh bayangkan tak bagaimana proses itu terjadi???
Adakah anda sedang atau dah pun mengalaminya??


Produk Anti Penuaan : ViViX






Ia adalah satu produk revolusinari anti-penuaan yang membantu bertindak melawan penuaan pada tahap selular. Dari segi fizikalnya, ianya sejenis minuman campuran botani, penghasilan terbaru didalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti penuaan semulajadi. 


Keistimewaan ViViX

1. Vivix mengandungi resviratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih tenaga daripada resviratrol, di samping tidak mengandungi alkohol sebaliknya hanya menggunakan bahan semulajadi, tanpa pewarna tiruan dah HALAL.

2. Hasil kajian mendapati orang Perancis gemar menikmati daging yang berlemak tinggi dan gemar minum wain dengan banyak tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah. Dan akhirnya selepas beberapa tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia disebalik Paradoks Perancis terdapat Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

3. Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

4. Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC.

*Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) - is a method of measuring antioxcidant capacities of different foods.


Bagaimana ViViX Bertindak??





- 4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Selular:


  • Kerosakan DNA - Ramuan Vivix membantu melindungi dan membantu memperbaiki selular DNA dari radikal-radikal bebas yang merodakkan DNA.
  • Pengawal Genetik - Dalam ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix membantu mengaktifkan satu pengawalan genetik yang menolong melambatkan penuaan.
  • Pengeluaran Tenaga - Ramuan Vivix membantu menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) sel penjana tenaga  iaitu mitichondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  • Melambatkan Penimbunan Protein AGE (Advance Glycation End Product) - Ramuan Vivix 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur Muscadine) yang boleh melambatkan pembentukan protein AGE yang mengganggu ketahanan dan jangka hayat sel di dalam badan.


So, bagi anda yang mementingkan kesihatan dan kecantikan yang menyeluruh dengan ramuan semulajadi, maka Vivix adalah jawapannya.



Bagaiman Hendak Mendapatkannya?





Haa..kalau nakkan Vivix nie, boleh  hubungi saya ataupun order terus dari Shaklee. Tapi pastikan anda mempunyai kad kredit atau kad debit. Klik jer di sini -> Saya Mahu Beli Vivix Terus Melalui Online

Di sini ada tutorial -> Bagaimana Caranya Menggunakan E-Sell Atau Online Ordering Untuk Beli Vitamin Shaklee . Boleh refer ye..




** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com


Sabtu, 15 November 2014

Punca Kemaruk Makanan Tertentu

Kemaruk Makanan


Ia disebabkan kerana tubuh badan kita kemaruk dengan makanan yang meningkatkan aktiviti kelenjar hormon yang dominan. Kita sukakan makanan tertentu yang meningkatkan aktiviti kelanjar dominan sebab tubuh badan kita akan merasa "puas hati"  apabila hormon dominan meningkat. 

Contohnya macam ni..

"..Huda suka sangat makan makanan yang masam. Tak kiralah asam boi, buah mangga dan lain-lain. Kalau makan buah jambu sekalipun, Huda akan makan bersama asam. Kiranya makan benda-benda masam ni dah jadi satu aktiviti kegemaran sejak dari zaman anak dara. Dan walaupun dah berkahwin, berkerjaya, "tabiat" kegemaran ni tetap diminati.."

&

"..Amalina adik kepada Huda tak berapa suka makan makanan yang masam. Tapi lebih kepada makanan yang yang memberi rasa sederhana seperti sup panas dan buah-buahan segar tanpa asam boi.."



Pengaruh Hormon Ikut Kumpulan

Kumpulan P 

  • merupakan mereka yang mempunyai kelenjar pituitari yang aktif (masa form 4 belajar segala jenis kelenjar kan hihi). Mereka senang di kesan sebab punya bentuk kepala yang agak besar berbanding orang lain.
  • mereka punya soket mata yang bulat sebab tu mereka ni kelihatan awet muda. Bentuk tubuh pula sering mempunyai rangka kaki yang panjang dan rangka tubuh yang pendek.
  • Mereka nampak seperti kanak-kanak riang. Sifat utama kumpulan ini ialah suka berangan dan berfantasi. Mudah didekati tapi susah nak difahami dan sering berkhayal dalam dunia fantasi mereka.
  • Mereka berhati baik dan mudah kalau kita nak minta tolong. Mereka ni merupakan pekerja yang senang mengikut arahan. Makanan kegemaran mereka biasanya yang berempah dan agak panas. Mereka bercitarasa lembut dan bersederhana


Kumpulan L 

  • Kumpulan ni mempunyai perut yang besar. Walaupun badan tak berapa gemuk tapi perut still buncit dan kendur. Mereka punya perwatakan yang suka berjenaka dan pendengar yang setia. Sebagai kawan, mereka boleh dipercayai dan menghiburkan.
  • Kumpulan golongan nie sangat gemarkan makan makanan yang berlemak. Masak lemak cili api, masak lemak kubis, kari kepala ikan, nasi lemak..haaa banyak lagi lah. Sebab tu lah mereka ni mudah terkena masalah yang berkaitan dengan jantung dan kolestrol. (sila klik sini). 



Kumpulan Adrenal

  • Kumpulan ni punya kelompok paling ramai. Mereka mempunyai bentuk tubuh epal. Rangka tubuh bahagian atas agak berisi manakala dibahagian bawah nampak kecil. Bentuk muka mereka sering kali bulat.
  • Kumpulan nie rajin bekerja, bersemangat dan sering berjaya dalam kerjaya. Tapi mudah stress dan cepat marah (sila klik sini) . Mereka tak pandai mengawal rasa marah. Namun sifat setia kawan dan prihatin adalah jiwa mereka.
  • Mereka sering menjadi bos dalam sebuah organisasi. Oleh sebab mereka mengumpul lemak dibahagian muka, leher dan badan di bahagian atas, wajahmereka menjadi terlalu bulat dan berpenampilan tidak menarik.
  • Makanan kegemaran mereka ialah karbohidrat dan juga yang masin-masin dan mereka mudah terkena penyakit kencing manis. (sila telan vivix ye..hihi)


Kumpulan T   

  • Merupakan kumpulan yang agak besar. Mempunyai bentuk muka yang bujur dan panjang. Sering mempunyai bentuk badan yang seimbang dimana bahagian tangan dan kaki kelihatan sama panjang.
  • Mereka cenderung dalam sukan jenis marathon. Kiranya "hantu" sukan..Sebab terlalu minat sukan.
  • Makanan mereka sederhana saja. Tak berapa manis dan tak berapa pedas. Yang sedang-sedang saja..bak lagu Iwan Dangdut.hihi..  tapi kadang-kadang mereka ni agak cerewet dalam memilih makanan kegemaran mereka.
  • Mereka amat sensitif, suka pendam perasaan, perahsia dan sangat berhati-hati dalam memilih sahabat.
  • Penyakit yang sering melanda mereka ialah penyakit jantung dan masalah saluran darah. sila klik sini

Kumpulan O

  • Huruf O merujuk ovari wanita. Biasanya ahli kumpulan ini terdiri daripada golongan wanita sahaja. Mereka mempunyai lemak yang banyak dibahagian paha dan punggung.
  • Bentuk badan mereka ialah jenis pear. Mereka bersifat penyayang dan mempunyai ciri-ciri keibuan yang tinggi. Mereka sering bercakap tanpa memikirkan akibat. Sebab tu mereka sering dilabel celupar.
  • Makanan kegemaran ialah yang berasaskan keju. Gemarkan kek, mentega dan kuih-kuih yang lembut dan berkrim.
  • Masalah kesihatan yang sering mengganggu mereka ialah masalah berkaitan rahim seperti fibroid dan masalah period.



Sumber: Dr. Rushmini, Perunding Kecantikan Marissa Esthetic









Jumaat, 14 November 2014

Vitamin C Shaklee

7 Biji Setengah Buah Oren Dalam 1 Tablet




 1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

 2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

 3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.



 MANFAAT VITAMIN C


  • Imuniti - dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Antioksidan - ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.
  • Hypertension- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.
  • Kecantikan kulit - banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang, mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini, memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ianya mampu mengurangkan kolestrol, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah dll
  • Membentuk kolagen - merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik







Bagaimana Jika Nak Dapatkan Vitamin C Shaklee?






** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610


Email: nhudas8575@gmail.com

Khamis, 13 November 2014

Set Buasir Shaklee

Pemakanan Tidak Seimbang Undang Masalah Buasir


Buasir adalah penyakit yang berlaku di bahagian dubur dan apabila dikesan munculnya pembengkakan pada saluran tersebut. Pada awalnya pesakit akan rasa sakit akibat tekanan otot dubur ke atas bahagian yang bengkak dan menyukarkan mereka membuang air besar.


" Kajian menunjukkan 55% penduduk Malaysia mengalami masalah buasir dan 79% adalah lelaki dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun"

Sumber: Klinik Lelaki


Bagaimana Ianya Terjadi?


Bengkak pada dubur disebabkan pengembangan saluran darah pada bahagian tersebut atau ketumbuhan sel  yang melapisi saluran itu. Justeru, berlaku pendarahan semasa membuang air besar akibat geselan najis keras yang menyebabkan buasir @ dubur bengkak/luka.

Puncanya adalah dari pemakanan tidak seimbang iaitu terlalu banyak makan dan kurang pengambilan air yang boleh mengganggu proses pelawasan dan menjadikan najis keras.


Jenis-Jenis Buasir


1. Bengkak Dalam - Bengkak pada bahagian dalam
2. Buasir Luar - Bengkak terjulur keluar daripada saluran dubur


Tanda-Tanda Buasir


  • Bengkak pada saluran dubur
  • Rasa gatal pada saluran dubur
  • Rasa kepanasan selepas membuang air
  • Rasa sakit berdenyut
  • Sukar membuang air besar
  • Tidak selesa dibahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung lama
  • Nanah dikawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria
  • Luka pada saluran dubur disebabkan nanah
  • Kanser dibahagian dubur
  • Ketumbuhan dibahagian dubur


Bagaimana Shaklee Dapat Membantu?


Berikut adalah cadangan Set Buasir yang boleh di ambil.







Ostematrix Mengandungi Kalsium, Magnesium dan vitamin D iaitu untuk melembutkan najis seterusnya melancarkan pembuangan. 

Omega Guard : Bertindak untuk mengecutkan otot-otot yang bengkak. Omega guard juga bertindak untuk melancarkan proses pembuangan air besar.

Zink Complex Amat disarankan ambil bagi mereka yang mengalami buasir pada rahap berdarah. Disamping itu Zink bertindak untuk pulihkan luka-luka disekeliling dubur dengan cepat.



Testimoni Set Buasir Shaklee







Bagaimana Untuk Membeli Set Buasir Shaklee?




** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **


Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:

Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Wasap: 0134061610
Email: nhudas8575@gmail.com


Rabu, 12 November 2014

Garlic Shaklee

Khasiat Bawang Putih Dalam Botol



Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  

Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan sangat terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. ( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. 

Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

·         Membantu mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
·         Membantu menormalkan keseimbangan lipoprotein
·         Membantu menurunkan tekanan darah
·         Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
·         Berfungsi sebagai anti-oksidan
·         Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
·         Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
·         Bantu rawat asthma


Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee

  • Pengekalan allicin aktif 100%
  • Dwi tindakan dilakukan untuk mengawal bau bawang putih
  • Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Sprearmint 
  • Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan meningkatkan keberkesanan garlic dalam tubuh badan manusia. Kebiasaannya vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan ialah y-tocopherol.
  • Setiap 2 tablet Garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar!



Khasiat Garlic Shaklee

  1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung dengan baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  2. Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk peningkatan sistem imun badan agar dapat menghalang sakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  3. Membantu mengatasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergik seperti hidung yang sensitif, sinus, asthma, selsema dll
  4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah penghadaman seperti kembung perut, senak, ulser gastrik danketidakhadaman.
  5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, membantu melindungi jantung dan membantu menghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosaime. Garlic merupakan antioksidan kerana mengandungi sebatium selenium, asid amino yang melindungi tubuh dari radikan bebas yang merupakan penyebab kanser.
  9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki. 
  10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus) 
  11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah. 
  12. Mampu melawan bakteria dan semea jenis jangkitan pada:
-       Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
-       Perut memulas (stomach upset)
-       Cirit-birit (Diarrhea)
-       Bronkitis
-       Luka-luka (infected wounds
-       Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, 
     dada, sistem air kencing








+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sekiranya anda ingin bertanyakan soalan boleh terus hubungi Huda ye. 




** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **

Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:
Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167, Telegram: 0193413064, Wasap: 0134061610
Fb: www.facebook.com/nurulhudasobari
Page: www.facebook.com/sihat&cantik
Email: nhudas8575@gmail.com

Selasa, 11 November 2014

Aku Bertambah Stress Kalau Tak Makan B Complex

B COMPLEX

KENAPA BADAN KITA MEMERLUKAN VITAMIN B COMPLEX




BADAN KITA MEMERLUKAN VITAMIN B YANG MENCUKUPI BAGI MEMBANTU PROSES PENGHADAMAN , iaitu PERTUKARAN MAKANAN KEPADA TENAGA serta memastikan kesihatan saraf sekaligus meredakan tekanan dan sakit kepala. Sebab itu, dalam program kesihatan Shaklee… B Complex merupakan salah satu supplement  asas yang wajib diambil untuk kebaikan dan kesihatan badan secara menyeluruh.


B Complex Shaklee berbeza dengan kebanyakan B Complex yang berada dipasaran?



Hal ini terbukti apabila para saintis Shaklee sendiri telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran adalah bersifat  sintetik.

Selain itu,  B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% BIOTIN DAN ASID FOLIK. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.








Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui system pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.




Siapa Yang Perlukan B Complex??


  • Mereka yang sering terdedah dengan sinaran matahari
  • Mereka yang Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak 
  • Mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan migrain
  • Mereka yang tidak dapat fokus dalam melakukan sesuatu kerja
  • Mereka yang pentingkan kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Ibu yang hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang ambil pil perancang 


Kebaikan Dan Manfaat Vitamin B Complex

 1. Dapat menukar makanan kepada tenaga - membantu penghadaman, menukar lemak,karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.

 2. Melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepada, tekanan dan mengurangan kemurungan serta insomnia.

 3. Membantu Tumbesaran - menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

 4.Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala dan kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.

 5. Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata dan mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan,perkasaan memori dan daya pemerhatian/daya fokus.

 6. Dapat mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan anti bodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendakan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, peming , lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.

 7.Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS) meredakan kerisauan , keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

 8. Mencegah perlcche -  dikenali juga sebagai kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah serta nafas berbau.

 9.Detoksifikasi - meredakan alahan.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

 1. Merangsang pertumbuhan.
 2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
 3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

 1. Menambah tenaga.
 2. Mengurangkan stress.
 3. Melambatkan proses uban di rambut.
 4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

 KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

 1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
 2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).



Bermula hari nie silalah amalkan vitamin B Complex. Walaupun hanya 1 biji sehari, pelbagai khasiat telah dibekalkan kepada badan kita bagi melancarkan segala proses didalam tubuh badan. 






+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sekiranya anda ingin bertanyakan soalan boleh terus hubungi Huda ye. 




** These statements have not been evaluated by Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose,  treat, cure, or prevent any disease. **

Untuk maklumat lanjut, hubungi Huda:
Nurul Huda Sobari
Id Shaklee: 1071145
Cell: 013-4806167
Fb: www.facebook.com/nurulhudasobari
Page: www.facebook.com/sihat&cantik
Email: nhudas8575@gmail.com