Khamis, 12 Disember 2013

MAKAN MALAM BUAT KITA CEPAT GEMUK????

** MAKAN MALAM : 4 JAM SEBELUM TIDUR **


SEBENARNYA...tak salah yer kalau kita nak makan pada malam hari.Tapi dengan syarat jarak waktu makan dengan tidur adalah at least 4 jam. Di fahamkan waktu yang diperlukan untuk mencerna makanan mengambil masa lebih kurang 4jam yer..

MENGAPA digalakkan berbuat demikian?? pergh ayat skema la pula..!!   Kerana bila kita tidur, badan akan mengeluarkan hormon pertumbuhan 30 minit selepas kita tidur. Hormon ini juga dihasilkan bila kita bersenam. Hormon nie berperanan dalam pertumbuhan dan berfungsi untuk memecahkan lemak..Haaa..sebab tu lah bayi/kanak-kanak digalakkan untuk banyakkan tidur especially bayi..bagus untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.

SYARAT untuk hormon pertumbuhan tu keluar dengan sempurna ialah perut haruslah kosong..kosong..kosong oo..oo.. Jika hormon pertumbuhan keluar time tidoq, maka proses penguraian lemak akan semakin meningkat dan badan berada dalam keadaan siap untuk membakar lemak. Hasilnya badan akan mudah langsing..


>> KEBIASAAN MAKAN SEBELUM TIDUR <<

Jika kita tidur dengan perut terisi..bukan berisi yerr hihi MAKA hormon pertumbuhan tidak keluar sehingga tidak ada proses pemecahan lemak. Dan akhirnya makanan tadi akan bertukar menjadi lemak dan senanglah nak gemuk...


KESIMPULAN : Benda nie paling senang nak praktikkan..bagi kita sebagai orang Islam, kalau boleh yer, kita ikutlah cara Rasullullah saw kita makan...Macam mana?? Rasulullah saw makan malam sebelum waktu magrib. Ini kerana otak akan berfungsi menyerap ilmu dengan aktif 2jam selepas makan!!

TAPI......

Jangan sesekali tinggal makan malam..Barangsiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda!!