Selasa, 10 Disember 2013

JENIS DARAH REFLEKSI PERIBADI

ADAKAH jenis darah yang mengalir dalam tubuh anda mampu mengambarkan personaliti seseorang?? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?? Jomm, intai rahsia darah bersama saya kali ini...






>>DARAH O 

    Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu, mereka ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua keadaan sekalipun khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, mereka ini akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut no matter what happen!! Adakalanya mereka dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat, terlalu serius dalam persaingan sehinggakan mampu memberikan tekanan kepada dirinya sendiri.


>>DARAH A 

    Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam kehidupan. Gemar melakukan kerja2 berkumpulan & juga gemar melibatkan diri dengan berpesatuan. Mereka ini bijak bergaul dan sentiasa senang beasa senang untuk bekerjasama. Sikap sensitif, sabar & bertimbang rasa yang ada dalam diri golongan ini melambangkan bahawa mereka ini dalam kategori individu bersifat penyayang. Walaubagaimanapun, adakalanya mereka ini agak degil & terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.


>>DARAH B
    
    Sempoi!! Itulah ungkapan yang paling sesuai!! Mereka ini lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula, mereka ini adalah individu yang terlalu jujur & lebih gemar bertetus terang. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, mereka lebih gemar melaksanakannya dengan cara tersendiri. Mereka ini adalah individu yang kreatif, & fleksibel..mudah bagi mereka meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi sekalipun. Mereka ini bijak bersosial. Namun adakalanya sikap yang gemar berdikari * tidak gemar meminta bantuan orang lain itu mampu mendatangkan masalah buat diri sendiri.


>>DARAH AB

     Tenang & bijak mengawal emosi. Mereka ini sentiasa menghormati orang lain & menjadikan orang yang berada di sekeliling mereka berasa selesa. Mereka juga memiliki sikap humor semulajadi & sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Walaubagaimanapun, mereka ini perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri...




***EXTRA***